Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, January 29, 2018

Kelahiran Bayi Ammar



Assalamualaikum....

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak ke3 kami pada 14.01.2018 pukul 4.10 ptg. Anak lelaki dengan berat 3.095kg secara normal. Pengalaman melahirkan bayi ammar ni sangat mendebarkan dan cukup berbeza dengan abang dan kakaknya. Jadi saja nak abadikan dalam ni sebagai memori.

Semasa kandungan 28 minggu, ummi minum air gula dan sangkut bacaan MGGT dengan 8.0. Jadi ummi disahkan GDM semasa mengandung. Bila dah GDM, kena bersalin ikut due date bayi Ammar iaitu 14 Jan. Jadi ummi berdoa setiap hari moga2 cepat bayi Ammar nak jumpa dunia. tapi tak ada juga tanda nak bersalin maka ummi kena la serah diri ke hospital.

Sebelum pergi hospital, hantar kakak bermalam di rumah pengasuh. Kemudian ajak ayah n abang makan kuey tiaw celup. Dah siap isi perut baru lah ummi serahkan diri ke hospital.


muka adam dan ummi dalam wad 


Tinggal la ummi di wad ibu mengandung. Ummi bersalin kat hospital kerajaan. Suka tengok mak2 yang serah diri ak bersalin terus je dapat baby. Macam ummi dengan kakak dulu.. dtg je.. hari yg sama terus bersalin kakak. Kali ni serah diri masih lagi tak rasa sakit2 nak bersalin. Bila la baby ni nak keluar ya?

Mujur la ada beg telekung dalam kereta, ummi minta ayah bawakn utk ummi solat sementara menunggu pagi besok utk sesi 'induce'. Yang bestnya di sini ada ruang utk ibu2 solat. sempat la sembang2 dengan geng2 mak mengandung di ruang solat. Tido di hospital ni asyik2 kena ganggu aje.. lepas tu kena intebiu ngn budak medic.


Medic student : Pn., ini kandungan ke berapa?
Pn.                   : ke-3 dan GDM.
Medic student : Kenapa ada GDM?
Pn.                   : Ibu saya ada diabetes Anak pertama GDM. Kedua tak ada. Ke3 ada GDM.
Medic student : Berapa berat anak pertama pn semasa dilahirkan?
Pn.                 : anak pertama, 2.7kg, kedua 3.0kg
Medic student : (air muka mcm xcaya) - sbb biasanya ibu GDM akan lahirkan baby besar atau baby                              berat lebih 3.5kg

Sesi intebiu dh selesai. Ummi sambung tido. tetiba nurse dtg check tekanan darah dan jantung baby. memang xlena tido.ada je gangguan. nak marah tak boleh dah memang itu keje derang kan. Pukul 2.30 pagi ummi dah rasa sakit dan pergi tandas.Alhamdulillah ada keluar lendir bercampur darah. tu tanda nak bersalin. Leganya ummi. Maknanya besok ummi tak perlu 'induced'.

Ok, besoknya 14.01.2018... Pukul 5.30 pagi ummi dah bangun pergi mandi dan solat Subuh.Pukul 6.30 pagi ummi dipanggil dan dr check hanya buka 3cm. Allahuakbar.. baru 3cm.. lama lagi la ummi kena tahan sakit kan. Pukul 11.30 tgh hari, budak medic check bukaan dan katanya 8cm.
Ummi dah gembira, tapi cik misi tak percaya dan cik misi check bukaan hanya 3cm aje.. jauhnya perjalanan nak jumpa Ammar.. Ummi pun gerak la ke katil ummi no. 25.

Pukul 1.oo petang,sepupu ummi misi wahida dtg melawat. Tak lama lepas tu dr check bukaan dah 6cm dan dr pecahkan ketuban. Tapi dr dapati ammar dah berak. RIsaunya ummi.. boleh ke ummi bersalinammar secara normal.. masa ni bukaan baru 7cm. tapi ummi belum rasa nak teran lagi. masa ni nurse tengah pantau CTG Ammar nak pastikan baby dalam keadaan baik. dalam menahan sakit, datang lagi 2 pelajar medic nak cucuk tangan ummi kiri kanan sebelum ummi masuk labour room.

pukul 4.00 petang ummi dah berada dalam labour room. ramainya staff hospital yang bantu ummi. mungkin sebab baby dah berak kan. ada 5 org keliling katil nak bantu ummi bersalin. 3 perempuan muslim dan 1 dr india perempuan dan 1 dr india lelaki. Dr India minta ummi teran. tapi ummi tak larat nak teran. jadi derang decide nak vacuum. Ummi masa tu pasrah aje. sebab ummi dah tak larat.

Tak lama lepas tu datang dr pakar untuk vacuum. Dr pakar tu bertudung orangnya.. dia datang ke dan cakap.."ibu, cuba teran"Entah macam mana tetiba ummi ada kekuatan untuk teran baby Ammar dan Alhamdulillah selamat melahirkan Ammar tepat 4.10 petang. Alhamdulillah, ummi bersyukur sangat2 pada Allah diberi bantuan oleh staf nurse, doctor dan doctor pakar. Allah berikan kekuatan
pada ummi untuk melahirkan Ammar.








No comments: