Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, May 29, 2017

3 Ramadan 1438 H -2017


Salam Ramadan..

Dah masuk 3 Ramadan pun kan.. dah hari ke3 cuti pertengahan tahun. Memang saya bercuti tapi hari ni saya baru berjaya siap tanda kertas periksa sebanyak 8 set. Fuh. Alhamdulillah dah selesai..


 gambar sekitar 9-10 pagi.. anak2 tak puasa dah mulakan sarapan masing2..
abam adam pula ada ulser di lidah.. asyik merengek ajer..



ni gambar jam 9.14 malam. nampak tak si ayah tutup hidungnya..ha ha ha
menahan bau poo poo si kakak... kakak selamba ajer ya..


ok la.. selamat menyambut Ramadan dan beribadat di bulan Ramadan.
Saya nak sambung tulis dalam buku report card murid kelas saya pula..

bye bye bye..


Thursday, May 25, 2017

MC 2 hari


Salam Sejahtera Semua..

Hari ni baru masuk kerja setelah dapat MC 2 hari berturut2. Sebenarnya tak sangka Dr akan bagi MC 2 hari. Tapi xpe la.. boleh saya berehat kan.. MC tu untuk kita berehat dan memang sy berehat dengan selama 2 hri tersebut.

Alhamdulillah syukur diberi nikmat. Hari ni saya dapat bekerja. Tapi agak letih juga sebab masih lagi dalam musim peperiksaan. Musim periksa untuk tahun 2 memang boleh rehat lagi.. tapi untuk tahun 1 perlu mental dan fizikal yg tinggi. Sepanjang jaga periksa tahun 1 tak boleh duduk langsung.. Sebab kena ajar murid tahun 1.. ajar apa:

1. Ajar tulis nama - kemudian semak setiap meja pastikan nama ditulis dengan betul. (masih ramai lagi murid tahun 1 tak boleh tulis nama sendiri). bila murid tak pandai tulis nama sendiri, maka gurunya kena tolong tuliskan..

2. Ajar cara nak jawab seoalan. Bagaimana nak bulatkan SATU jawapan shj. tu pun kena round tengok setiap meja.. dah kena hadap 35 kertas.. boleh je aku buat bodoh.. tapi kesian pd guru yang akan tanda kertas periksa tu.. mesti dapat kertas periksa tidak bertanda atau bulat semua jawapan. itu la penjaga peperiksaan kena betul2 jaga untuk murid tahun 1.

3. Baca arahan untuk murid. cara jawab pun perlu diajar conton soalan sains. Senaraikan makanan manis dan masam. Jika tidak disemak. murid akan salin perkataan manis sebagai jawapan.

tetiba cerita pasal jaga periksa kann...

ok la.aku ni jarang MC tau. sebab aku malas nk gi klinik. Prinsip aku, selagi aku boleh bangun aku akan datang kerja. cuma pernah sekali aku MC sebab batuk dan sakit tekak sampai xkeluar suara. tu pun g klinik 1 Malaysia yg ada Dr. dapat la MC sehari untuk rehatkan diri dari dok bercakap kuat2 pada murid2. nape aku sanggup tunggu lama di klinik kerajaan? sbb aku penjawat awam dan xde panel klinik swasta. Kedua, bila gi klinik swasta akn dapat ubat banyak sgt dan slalunya kau tak dapat habiskan ubat tu. Sebab tu aku rela ke klinik kerajaan. sebab alu xlarat nak makan ubat banyak2..

Berbalik MC 2 hari itu. Rupanya menjadi tanda tanya rakan2 guru sebab aku ni memang jarang MC. Maka cepatla khabar aku xsihat tersebar. Moga aku diberikan rezeki kesihatan untuk teruskan kerja aku ni kann.. dapat kawan2 kerja yang prihatin. Rasa bertuah sangat2..


ok la.. aku nak rehat.. penat td jaga periksa murid.. bye bye bye




Wednesday, May 24, 2017

Lamanya...


Hai semua.. Salam Sejahtera

Sudah lama sepikan diri dari dunia blog gara2 layan drama Korea the legend of blue sea, Pinocchio dan the heir. Ada je cerita nak bubuh dalam tp i malas... hihi

Alhamdulillah.. I dapat APC tahun 2016.. terima kasih pada pentadbir petang saya yg baik hati.. merasa la jugak... Alhamdulillah..