Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, June 22, 2016

B.A.H.A.G.I (Part 2)



Assalamualaikum dan Salam 17 Ramadan - Hari Nuzul Quran..

Tetiba pula boleh ada entry BAHAGI part 2 ya.. Ada cerita dan memori di sebalik BAHAGI yang aku nak ingat sampai bila-bila sewaktu aku berusia 9 tahun dahulu.. Kenangan yang mengusik jiwa.. 

tahun 1993 - kelas 3 Biru - SK Datok Keramat 1

Hari ni ada subjek Matematik dengan cikgu NorAzzah.. Kami belajar topik baru hari ini iaitu bahagi secara bentuk lazim. Pagi yang biasa macam pagi-pagi yang lain. Aku cuba berikan tumpuan pada pengajaran cikgu azzah tentang konsep bahagi.. Ada kawan-kawan aku senang mengikuti pembelajaran dengan cikgu, tapi tidak pada aku, dah la mengantuk.. terkebil-kebil aku nak cuba pahamkan kaedah bahagi yang diajar guru.. 

cikgu azzah : Ok, faham tak?
murid lain dan aku : FAHAM

Berani aku cakap faham masa tu.. sebab aku belum pernah gagal buat matematik dan siapkan latihan matematik sebab aku boleh buat. mana la tahu masa buat latihan nanti aku boleh buatkan.. Cikgu azzah memang bagi latihan banyak nanti,,


Di rumah setinggan, KL - Ibu Ayah aku tak mampu beli rumah. jadi kami dok rumah setinggan aje laa... 

Aku cuba buat latihan BAHAGI tuuu.. tak boleh buat la.. satu mende pun tak paham.. aku menangis sebab aku tak boleh buat.. kerja rumah nak kena hantar besok ni.. Terus mengadu kat ayah sambil teresak-esak...

"AYAH.. macam mana nak siapkan kerja sekolah?.. Nik tak reti buat"


Ayah pun tanya apa kerja sekolah aku.. Alhamdulillah.. Ayah yang ajar aku,,Ayah cukup sabar ajar aku cara bahagi.. satu-satu ayah terangkan. Magiknya aku boleh faham apa yang diajar ayah.. sama macam cikgu azzah ajar.. Berkat ayah ajar bahagi tuu.. dapat aku siapkan latihan tu semua dengan semua betul ya pada hari tersebut juga..

Sehingga la usia aku dah 32 tahun ni.. Memori ayah ajar aku bahagi masih terpahat dalam ingatan ini.. Kenangan yang aku akan ingat sampai bila-bila... Ayah ajar aku dengan penuh kesabaran.. lembut je ayah ajar aku.. sampai aku paham buat BAHAGI ni tau.. Kebtulan pula aku cikgu matematik.. dapat je topik BAHAGI mesti ingat AYAH.. 

SELAMAT HARI BAPA, AYAH...

NIK SAYANG AYAH...




1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)