Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, May 31, 2016

PENGASUH KAKAK


Assalamualaikum dan hye...


Kali ni nak bercerita mengenai PENGASUH KAKAK,,, Alhamdulillah.. setakat ni kakak dijaga dengan baik. Saya jenis tak cerewet. Asalkan masa hantar dan ambil kakak dalam keadaan baik dan terjaga.. dah cukup. Susu pun diberi.. Memang nampak kakak happy dengan Pengasuh ini. Pengasuh ini orang Indonesia berkahwin dengan warganegara Malaysia.

Orangnya jenis kasar sedikit dan nampak agak tertekan dengan kewangan keluarga beliau. Status pekerjaan suaminya aku tak tahu dah kerja atau tidak. Beliau menjaga 4 budak.. kakak-1 tahun, budak A- 2 tahun, budak b- tahun dan seorang baby 3 bulan. Pengasuh ni jaga bersama-sama dengan ibu mertuanya. Ibu mertua ni berjiran dengan pengasuh. Jadi duit upah menjaga anak akan dibahagikan kepada dua.


Sepanjang setahun pengasuh ini menjaga kakak, setiap bulan akan  pinjam duit dari saya, Alasannya senang tolak gaji, Nampaknya di sini saya yang kena kawal kewangan dan perbelanjaan saya. Bukan beliau. Beliau tak cukup je minta saya. Susah juga saya nak bajet belanja bulan memandangkan saya mempunyai banyak komitmen,. Saya bayar 2 kereta. satu kereta saya dan satu lagi kereta ibu saya (mujur kongsi dengan adik).


Kenapa tak buat kerja sampingan? Memang boleh buat, Tapi saya tak pandai bahagikan masa. Sebab? Kerja sekolah terlalu banyak dengan data2 yang perlu diisi.. Murid sekolah saya mencecah 2 ribu.. Tak sempat.. semak buku pun bawa balik ke rumah.. Saya nak quality time dengan anak2 saya, Jadi untuk mendapat 'quality time' tu saya memang tak boleh buat 2 kerja..


Berbalik pada pengasuh ini.. saya baru je beri upah asuh anak. 4 hari kemudia nak pinjam rm60 dan siap berjanji akan bayar bila parent anak asuhan yang lain bayarkan gaji. Saya macam berat hati nak beri sebab perbelanjaan sy btol2 cukup2 shj sampai tak boleh nak simpan duit. Tapi pengasuh ni bila minta pinjam duit hari,, HARI NI la dia nak duit tu.. Kebetulan memang saya tak ada duit di tangan. kena pergi withdraw.. Padahal saya dah plan nak amik duit besok.. tak ke saya kena bergegas2 sebab dia.. Dia selalu buat saya macam ni.. hari ni nak pinjam.. hari ni juga nak duit..


Saya tak beri. Saya hantar kakak macam biasa. Muncul si pengasuh ini dengan muka masam. Memang saya dah agak,, dia ni kalau kita tak ikot kehendaknya memang kuat lenting. apa katanya..

"CIKGU, SAYA NAK PINJAM BUKANNYA SAYA TAK BAYAR.. SAYA TOLAK GAJI.. NI SAYA BAYAR DUIT VAN ANAK SAYA"

dengan nada yang kuat...

saya cakap saya xcukup duit nak bagi..

lepas tu sambung lagi...


KALAU CIKGU RASA SUSAH SAYA ASYIK PINJAM SAHAJA.. CIKGU HANTARLAH ANAK CIKGU KE TASKA.. KITA NI BAGUS JAGA ANAK... ADA LAGI 2 ORANG BUDAK NAK KITA JAGAKAN.. ANAK CIKGU NI DAH LA SUSAH DENGAN ORANG..

ok.. berlagaknya...

ermm.. tak pe la.. akan saya usahakan cari pengasuh yang lain untuk kakak.. memang kakak susah dengan orang yang ida tak biasa,, tapi itu tak ape.. semua perkara tu ALLAH yang izinkan.. InsyaAllah kakak boleh dengan pengasuh baru... INSYAALLAH..





No comments: