Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, January 16, 2016

P.E.N.A.T


Salam hujung minggu..

Pagi tadi ada aktiviti merentas desa di sekolah. Pagi sabtu minggu ketiga bulan ni kelam-kelibut mak anak dua siapkan abang dan kakak untuk hantar pada babysitter. Kesian kat anak ummi.. terpaksa korbankan waktu bersama ummi sbb ummi tak dapat balik awal amik korang berdua. ummi kena 'stay back' siapkan kerja-kerja ummi. Maafkan ummi ya sayang..

Aktiviti di sekolah habis ngam-ngam sampai pukul waktu zohor. Ummi solat dulu. lepas tu terus sambung kerja updet fail.. tak nak buang masa sebab ummi nak cecepat amik anak2 ummi. Alhamdulillah.. 3.30 petang ummi terpaksa juga berhenti. kalau layankan nak siapkan kerja. memang lambat la ummi amik korang.

3.30 petang gerak dari sekolah.. singgah kedai tepi jalan beli kuih karipap nak bagi pd babysitter anak2 ummi. Seronoknya bila sampai aje tgok JIDAH (babysitter) dukung kakak. Kakak dah tersengih-sengih tengok ummi. Bahagia betul. Hilang penat kerja. Abang Adam pun sama. terkinja-kinja seronok tgok ummi..

Pukul 8 malam, ayah ajak pegi rumah wan (nenek). Tapi ummi tak larat nak pergi. Baju pun dah 3 bakul tak dilipat. Maafkan ummi ya sayang. Tak dapat jumpa dan main dengan sepupu korang. Tanggungjawab yg ummi pikul terpaksa korbankan masa korang berdua. InsyaAllah ummi akan cuba manfaatkan masa yg berharga bila kita bersama.

Malangnya minggu depan akan mula perang isi data pula. Terpaksa la ummi korbankan lagi masa dengan korang berdua.. Sedih betol. Banyak benar tanggungjawab kerja. Kerja banyak tapi tempoh untuk buat kerja tak sepadan dengan kerja yang diberikan. Bila banyak buat kerja isi data ni.. Terus terang ummi nak sampaikan..kualiti ummi mengajar di dalam kelas dah ke lautttt.. sebab tak cukup tidur isi data.. kepala bingung.. bangun pgi ngadap laptop... masa free tak mengajar kelam kabut isi data...kesiannya anak murid ummi kan.. Berikan la ketabahan pada diri ini untuk dapat laksanakan tugas yg semakin mencabar...AMIN..



Selamat menikmati cuti hujung minggu...



No comments: