Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, December 27, 2015

Susu adik



Abang dah 3 tahun 2 bulan. Baru boleh bercakap xpelat genap 3 tahun bulan 10 lepas. Seblum genap 3 tahun. Abang Adam boleh bercakap tapi pelat dan kadang2 maknya sendiri pun tak paham.
Kali ini nak fokuskan perkataan susu. Masa adam setahun.. bila nak direct feeding dgn ummi adam akan cakap "me mek". Konon-konon dari perkataan "milk" la kannn.. ntah mana adam dapat perkataan tu..


Bila ummi dh pregnant 4 bulan. Abang adam terpaksa juga minum formula milk ms ummi kerja sebab ummi dah xlarat nak perah susu. Masa kt rumah je baru boleh bagi susu ibu sbb direct feeding. Sebab utama.. ummi malas bangun bancuh susu. Jd bagi aje abang adam direct feeding. Masa tu lah ME MEK dah bertukar jadi SUKU.. SUKU tu ialah susu version adam. Penat ummi ayah betolkn sebutan suku jd susu.. tpi tetap juga perkataan SUKU menjadi pilihan abg adam.
Wean of Adam masa umur adam genap2 2 tahun. Sekejap je.. agak senang juga nak ceraikan susu abg Adam.


May 2015.. kakak dh dilahirkan. Dah sebulan lebih dan kami ber4 pindah ke rumah baru. Masa tu saje je nak stopkan susu abg adam. Jadi sorokkan botol susu dia. Tapi.. plan xjadi la plak. Sebab dalam masa yg sama ummi nak latih kakak minum botol. Abang adam nampak botol kakak terus meraung-raung minta susu dengan bunyi.. "nak suku".. "nak suku"...


Maka terpaksa la ummi bancuh susu utk abang. Botol abang ada satu aje.. botol yg satu tu la letak di rumah babysitter adam n kakak. Kononnya tak ada botol susu di rumah boleh bg alasan xnak buat susu. Plan kedua tak berjaya juga sebab...


Abang adam nampak botol susu kakak. Terus abang tunjukkan botol susu kakak.. kena la bancuhkn susu lagiiiik... sejak itu bila abang adam minta susu dia akan cakap.. "nak suku adik".... suku adik sebab guna botol susu adik adam.. hmmmm..


Masih juga nak sebut SUKU... puas dibetulkan.. kekadang bila tengok kakak direct feeding. Adam akan cakap.. "adik nak SUKU". Bila kakak dh berhenti menyusu. Abang adam pun cakap "SUKU BIS".. Maksudnya susu habis.. lawak jugak la bunyinya...


Alhamdulillah.. genap je abang 3 tahun bulan 10 2015.. abang dah berjaya tukarkan SUKU menjadi SUSU.. tapi tetap juga nak minta susu dengan bunyi.. "nak susu adik" sebab masih guna botol adik..


Abang... abang...