Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, March 18, 2015

Muridku yang Gedix


Bermula bulan februari 2015, aku terpaksa menggunakan English Resource Room. Sebabnya aku dah tak larat nak menapak ke kelas.. Jadi, murid2 aku yang akan bergerak ke Bilik BI tu.. Mengajar di sesi petang suasananya agak kelam-kelibut sedikit? 

KENAPA?

Mengajar di sesi petang memerlukan aku tunaikan 2 waktu solat iaitu Zohor dan Asar. Sekiranya jadual aku penuh  dan hanya ada masa 20 minit (rehat murid) untuk solat Zohor.. aku xmampu nak solat dalam masa 20 minit tersebut.

Faktor..

1. Tandas - kompem la ibu pregnant ni kuat kencing kan.. sebelum nak solat mesti singgah tandas. tandas sekolah aku plak jauh hujung dunia. pergi ke tandas pun dh makan masa 10 minit dengan muatan berat aku ni. Series termengah2 beb kalu aku nk kejarkan solat dalam masa 20 minit.

2. Surau - surau plak di tingkat bawah.. Bangunan lain dgn bilik guru dan bilik BI. Jauh jugak nak menapak.. 

3. Belum lagi bergerak ke pejabat.. ke bilik reso nak buat latihan budak2.. bilik guru (tingkat 2) memang penat.

Faktor ini menyebabkan aku pilih satu bilik untuk aku stay. kat situ jugak la aku solat untuk menghargai ketepatan masa masuk kelas dan tak mengah-mengah mengejar masa. itu belum lagi bergerak dalam kelas masa mengajar kan..takkan nak duduk aje dengan 38 kepala yang berbagai ragam. Murid 1,2,3 ni aktif sangat. ligat ajer..

Kebiasaan perjalanan murid aku ke kelas BI akan bawa satu buku kawalan kelas (buku rekod guru yg mengajar untuk kelas). itu adalah tugas ketua kelas. Bila ketua kelas tak hadir. Ada la di kalangan budak2 ni berebut nak bawa buku ni.

Aku dah risau, mana sorang lagi murid aku..

"Teacher, Azri menangis dalam kelas"

Laa.. kenapa dia nangis?

"dia nangis sebab xdapat bawa buku ni"

* eee.. geramnya aku.. sebab buku je pun nak merajuk n menangis bagai. Tak lalu nak handle situasi macam ni..

dalam masa 15 minit. Azri masih belum turun ke kelas BI. Tetiba datang cikgu kaunseling.

"Nik.. kenapa budak tu nangis?"

Budak tu GEDIK... xdapat bawa buku dah nak merajuk bagai.. hai, sampai kecoh dibuatnya. cikgu lain pun tahu... rimas aku..  sabar2..

At last, turun jugak si azri ke kelas BI dengan muka sedih. baru aku lega... huh..










No comments: