Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, September 7, 2014

Kenangan Manis


Masih teringat lagi ketika melahirkan Adam di hospital Semporna, oktober 2012. Ketika itu aku hanya ada suami dan kawan karib sahaja. Aku dah admit di hospital awal sebab masa tu aku xpandai lagi nak agak bila waktu bersalin. Pergi hospital baru je buka 1.5cm.. Lambat lagi, tapi dah kena tahan terus.

Malam pertama di hospital, jiran-jiran katil aku semuanya warga Semporna. Sempat la berkenalan. Wad aku tu wad menunggu untuk bersalin. hanya ada 4 katil.. 2 katil ada darah tinggi kena tahan di hospital supaya dapat dipantau tekanan darah mereka, 1 katil lagi orang pulau. kakak tu Masuk hospital awal sebab takut tak sempat nak bersalin di hospital memandangkan di pulau hanya ada klinik desa je kann..

Aku dah lupa nama kawan-kawan jiran aku ni. tapi dah kitorang bosan nak tggu baby pun xnak keluar lagi. Jadi sembang2 la kan.. terus la jadi rapat walau sekejap. Masing2 kesian tgok aku sebab aku xboleh tidur baring. Aku tidur duduk sebab sakit belakang yang amat sangat. Besoknya ramai kawan2 cikgu satu sekolah dtg melawat aku. tapi masa tu aku dh malu sebab aku tak mandi. Aku hanya tukar baju ja. Hospital tu tak ada air.

Ada seorang ustazah ni suruh aku mandi juga supaya boleh bantu aku cepat bersalin. Aku pun menurut perintahnya aja. Malam yang kedua.. memang ada contraction.. tapi kejap ada.. kejap tiada. Dalam keadaan sakit2 tu aku pun telefon ma kt kl... telefon teh kt sarawak nak bagi hilang rasa sakit ni. dah sakit mana boleh layan kan.. Bila tak tahu nak buat apa baru la aku baca2 apa yang patot bersama2 ayat yg ma berikan pada aku.

Tepat jam 1.30 pagi (hari kedua di hospital).. aku dah boleh masuk labour room. Alhamdulillah. Dan tepat jam 4 pagi Adam selamat dilahirkan. Terus aku ditempatkan ke wad lain plak. Dah dapat katil.. Adam pun dah menyusu dan tido. Aku pun tido kepenatan.


Tetiba aku dengar suara.. Rupanya 2 orang jiran aku dari wad menunggu bersalin tu datang melawat aku dan Adam. Ya Allah.. Aku rasa terharu sangat. Kami baru kenal dalam 2 hari je kot. Tapi aku dapat rasakan keikhlasan dan kegembiraan muka rakan baru aku bila melihat aku dan Adam. Ingat lagi mereka pada aku kan..

Pukul 4 ptg, aku pun dah boleh balik sebab lama betul nak tunggu Adam kencing. Alhamdulillah, sebelum aku bergerak balik.... sempat aku bersalam dengan 2 rakan baru aku itu. Sehingga sekarang aku masih teringatkan mereka. Semoga rakanku di sana sentiasa bahagia dan aman damai di sana. Aminnn..