Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, July 10, 2014

Aktiviti dalam kelas



Selamat Hari Khamis...
Dah 12 Ramadan pun.. Alhamdulillah..
Kali ni cerita pasal budak-budak plak..


Ajar kelas akhir ni perlukan kesabaran yang tinggi sebab murid2 aku ni ada pelbagai watak dan ragam masing2.. Setiap seorang dari mereka masing2 nak cari perhatian aku.. penat weyhhh.. tu belum lagi ada sorang murid yang memang susah nak handle..

Seorang murid ini sangat hiperaktif. dah petang nak balik sekolah pun boleh lari2 pusing satu kelas. Tu belum lagi kacau kawan2nya.. Aktiviti wajib dia kacau kawan.. Pantang nampak alat tulis kawan2nya yang cantik semua nak rembat.. tapi kalau orang kacau dan rembat barang dia.. tahu plak dia mengamukk sakan satu kelas. 

Kaedahnya, murid ni kacau kawan2 tak pe. biar dia pukul, tendang orang tapi jangan orang lain kacau dan pukul dia..bila aku tegur dia.. cikgunya plak dimarahnya.. tu belum kuar perkataan vavi, t*t*k dan lain2 yg seangkatan.. macam2 kan.. penat tahap maksima aku dibuatnya..


belum lagi satu kes.. Murid ni pantang nampak botol air kawan2nya yang sedap.. selamba je dia teguk tanpa minta izin.. menangis la kawannya tu tengok air sendiri diteguk oleh orang lain sampai habis.. Air aku (cikgunya) pun dia pernah rembat tau.. Nganga dalam hati je aku tengok.. Sabar je la..


Nak tangankan.. aku malas dah.. sebab budak ni tak makan saman.. Sampaikan cleaner sekolah aku pun tahu perangainya sebab memang jelas cleaner sekolah aku nampak dia tak hormat gurunya. cleaner tu siap cakap mcm ni ngn aku.. "nakal budak ni cikgu.. pukul aja"

Sory la... aku tak kuasa nak pukul.. haha

Semoga Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dunia pendidikan sekarang yang makin mencabar..

jom usha gambar 2 keping je ni..


Aktiviti huruf B.. Senang je cari template B kat pakcik Gugel...



Making a kite..
kebetulan belajar huruf k.. so nak bagi budak2 seronok sikit..
buat layang2 guna suratkhabar lama..



No comments: