Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, December 23, 2014

Adam dan ayah




Friday, December 19, 2014

Aktiviti baru adam


Suka betol main bakul baju n sepahkan baju..









Saturday, November 29, 2014

14 nov lalu..


Tepat 14 nov..
Adik yg ke2 dah selamat jadi isteri orang..


Tahniah acah..








Kisah Adam solat


Layan gambar je la ya..
Malas nak taip..

















Saturday, October 11, 2014

2 tahun..


Happy birthday sayang..
Dah 2 tahun n mcm2 ragam adam sekarang..




Ni plak hasil karya seni adam.. Adeh..



Friday, October 3, 2014

Oktober rupanya..


Tanpa disedari sudah pun bulan Oktober ya.. lusa pula Hari Raya Aidil Adha.. Macam2 tugas dalam bulan September lepas.  Sampaikan nak updet blog pun tak ada mood..

Semuanya kena kejar dateline.. Aduh.. macam tak cukup je kaki tangan nak handle semua mende dalam satu masa.. tapi dah kerja.. kena buat jugak kan..

Ok la.. membebel je aku ni.. Nak solat Isyak jap..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ... kawan2...


Sunday, September 7, 2014

Kenangan Manis


Masih teringat lagi ketika melahirkan Adam di hospital Semporna, oktober 2012. Ketika itu aku hanya ada suami dan kawan karib sahaja. Aku dah admit di hospital awal sebab masa tu aku xpandai lagi nak agak bila waktu bersalin. Pergi hospital baru je buka 1.5cm.. Lambat lagi, tapi dah kena tahan terus.

Malam pertama di hospital, jiran-jiran katil aku semuanya warga Semporna. Sempat la berkenalan. Wad aku tu wad menunggu untuk bersalin. hanya ada 4 katil.. 2 katil ada darah tinggi kena tahan di hospital supaya dapat dipantau tekanan darah mereka, 1 katil lagi orang pulau. kakak tu Masuk hospital awal sebab takut tak sempat nak bersalin di hospital memandangkan di pulau hanya ada klinik desa je kann..

Aku dah lupa nama kawan-kawan jiran aku ni. tapi dah kitorang bosan nak tggu baby pun xnak keluar lagi. Jadi sembang2 la kan.. terus la jadi rapat walau sekejap. Masing2 kesian tgok aku sebab aku xboleh tidur baring. Aku tidur duduk sebab sakit belakang yang amat sangat. Besoknya ramai kawan2 cikgu satu sekolah dtg melawat aku. tapi masa tu aku dh malu sebab aku tak mandi. Aku hanya tukar baju ja. Hospital tu tak ada air.

Ada seorang ustazah ni suruh aku mandi juga supaya boleh bantu aku cepat bersalin. Aku pun menurut perintahnya aja. Malam yang kedua.. memang ada contraction.. tapi kejap ada.. kejap tiada. Dalam keadaan sakit2 tu aku pun telefon ma kt kl... telefon teh kt sarawak nak bagi hilang rasa sakit ni. dah sakit mana boleh layan kan.. Bila tak tahu nak buat apa baru la aku baca2 apa yang patot bersama2 ayat yg ma berikan pada aku.

Tepat jam 1.30 pagi (hari kedua di hospital).. aku dah boleh masuk labour room. Alhamdulillah. Dan tepat jam 4 pagi Adam selamat dilahirkan. Terus aku ditempatkan ke wad lain plak. Dah dapat katil.. Adam pun dah menyusu dan tido. Aku pun tido kepenatan.


Tetiba aku dengar suara.. Rupanya 2 orang jiran aku dari wad menunggu bersalin tu datang melawat aku dan Adam. Ya Allah.. Aku rasa terharu sangat. Kami baru kenal dalam 2 hari je kot. Tapi aku dapat rasakan keikhlasan dan kegembiraan muka rakan baru aku bila melihat aku dan Adam. Ingat lagi mereka pada aku kan..

Pukul 4 ptg, aku pun dah boleh balik sebab lama betul nak tunggu Adam kencing. Alhamdulillah, sebelum aku bergerak balik.... sempat aku bersalam dengan 2 rakan baru aku itu. Sehingga sekarang aku masih teringatkan mereka. Semoga rakanku di sana sentiasa bahagia dan aman damai di sana. Aminnn..



Wednesday, August 13, 2014

Riang ria sambutan raya di sekolah

Ini kali kedua sambut raya di sekolah baru... Makanan memang superb.. Ada 3 ekor kambing golek.. Alhamdulillah..

Ok.. Layankan gambar je la ya..
























Monday, August 11, 2014

22 bulan



Wajah comot adam di kala genap 22 bulan..





















Saturday, August 9, 2014

Rancangan tak menjadi




Salam 13 Syawal.. 
Niat aku pagi ini nak kemas dan mop rumah sebelum pergi sekolah..
tapi.. tak jadi..

kena buat mende alah ni.. malam tadi dah plan nak buat..
tapi aku terlelap keletihan bersama2 Adam...

Ok la.. dah Subuh pun..
banyak lagi kerja ni.. bye..




Tuesday, August 5, 2014

10 peratus diskaun itu..



Assalamualaikum.. 
Selamat Pagi 9 Syawal 1435Hijriah..

Hari ini nak bercerita kisah PTPTN plak.. Aku adalah pembayar tegar PTPTN dan bayarannya aku buat ikot tolak gaji untuk memudahkan urusan hidup aku. Dah namanya hutang dan aku telah pun tandatangan semasa membuat pinjaman PTPTN akan bayar balik. Apa lagi bayar la kannn..

Semasa Bajet 2013 berkaitan diskaun PTPTN, aku memang paling teruja la. Tapi nak bayar penuh rasa macam duit simpanan tu nak guna untuk perkara lain. Masa tu belum beli rumah lagi. Aku kecewa sebab tahun 2012 aku nak beli rumah di Jalan Kebun, Shah Alam tu. Aku ditolak mentah-mentah oleh penjual sebab aku kerja di Sabah.. Susah jugak la nak survey rumah di Semenanjung sebenarnya sebab aku bekerja di Sabah kan.. Takkan aku nak stay Sabah sampai pencen.. Tak kuasa aku nak naik kapal terbang bila dah tua2 nanti.. dah namanya Semenanjung tu tanah tumpah air aku kann.. 

Ok.. merepek mende lain plak.. teruskan cerita sepatotnya ya..

Potongan diskaun tu akan diberikan pada pembayar yang membayar pinjaman PTPTN bermula oct 2012 sehingga oct 2013 secara konsisten. Jadi aku pun tunggu la sampai awal tahun 2014. Aku semak akaun PTPTN dan dapati diskaun 10% masih tidak dilakukan. Ape lagi Aku ni geram la sebab tak de diskaun kan sedangkan aku layak. 

Bermula bulan Februari aku terus hubungi pegawai yang uruskan akaun aku tu. Boleh semak nama pegawai tu di website PTPTN. Rupanya ada quiry sebab bayaran bulan oct 2012 lambat. Aku pun kena lampirkan bukti penyata gaji aku kepada pihak PTPTN. Memang agak lambat sikit la. tapi kena sabar la buat urusan macam ni kan.. Akhirnya berjaya jugak aku dapat potongan 10% itu. Alhamdulillah.. Walaupun lambat dan kena follow up jugak. Tapi tak apa.. yang penting usaha aku berbaloi.. Terima kasih PTPTN



jadi la diskaun RM213.19 dari tak ada langsung kan..








Sunday, August 3, 2014

7 syawal..





Muka dah semakin tembam.. Bulan puasa pun badan naik..







Thursday, July 31, 2014

Hari raya pertama 2014



Tema adalah caca marba..








Adam setahun 9 bulan..








Wednesday, July 23, 2014

Lebai adam









Wednesday, July 16, 2014

lagi...


Ini adalah kali kedua aku menghadap data LINUS dalam bulan Ramadan ini..
naik cemuh aku dibuatnya..
Ingatkan dalam bulan Ramadan tak perlu buat kerja di rumah..
tapi ada jugak...nak buat kt sekolah tak sempat sebab kena mengajar..
masa free baru nak mengerjakan solat..
Sabar nik...

Kerja.. kerja.. kerja..









Monday, July 14, 2014

Food



Saja suka2 letak gambar makanan plak walaupun sy ni jenis tak berseni bila ambil gambar.. Gasak la..


Kuih cara inti kaya utk adam guna cupcake maker..







Puding roti...



Cartoon pancake guna mini cartoon cake maker...





vade la plak..





Friday, July 11, 2014

21 bulan



Alhamdulillah.. hari ni anak ummi dah genap 21 bulan..
lagi 3 bulan boleh la kita cuba cerai susu ye sayang..


muka masyam baru bangun tidur..