Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, April 30, 2013

Makanan Pejal untuk Anakanda


Dah lama aku cari labu di Semporna... 
tapi aku nak labu yang dah siap dipotong-potong..
malangnya tak ada pulak..
padahal dulu melambak-lambak je aku jumpa..


bila dah ke Tawau.. 
cepat-cepat aku rembat labu dan avocado untuk Adam..



nasib ada labu yang siap dipotong..
beli RM1 ajer.. pemalas kan aku neh..



2 biji avocado - RM4.50..


lepas tu dah blur tak tahu buat puri avocado..
terus la tanya huda, ummi mikail neh..
ngeh.. ngeh.. ngeh...








Monday, April 29, 2013

Cincin Tunang...


Khamis lepas,,, aku kerap bergerak ke sana sini di kawasan sekolah..
masuk kelas.. lepas tu uruskan barang-barang kerja, buku la, buku rekod la..
worksheet budak la.. sebab nak guna bilik guru sebagai tempat jamuan..
kesian kan sekolah aku..Sekolah Gred A.. tapi Bilik Gerakan pun tak ada.


tu la dok berkemas jer.. bilik sempit dan padat.. nak letak buku pun cukup2 dengan
kuota murid satu kelas 40 murid.. buku latihan budak yang aku belum siap tanda tu aku
simpan dekat dengan toilet sekolah aku.. sory la.. terpaksa.. dah xde tempat nak simpan...
asalkan buku ank murid aku SELAMAT..


oleh kerana bergerak je kan.. maka cincin tunang aku pun terlucut dari jari aku..
jari aku dah mengecil sekarang ni.. tu yg cincin tunang tu jadi longgar..,,,



iklan jap.. itu cincin tunang saya..
ni masa resepsi sebelah perempuan..


ok.. sambung balik.. bila dah perasan cincin itu hilang..
aku dah gelabah... mula la mencari tapi tak jugak jumpa..
akhirnya aku REDHA je la kan...

balik rumah.. asal je lepas solat berdoa minta jumpa cincin tu balik..
ok..malas nak pikir.. ada rezeki jumpa la kan...
dan aku tak berani nak cerita pada laki aku..



iklan lagi.. gambar selepas siap make up.. 17.12.2011


hari keesokannya.. JUMAAT - 26.04.2013
menunggu di depan pejabat bersama guru2 lain menanti kedatangan Menteri..
Ada guru tanya, ada hilang cincin tak?
Ada sorang ustaz jumpa cincin emas..


ape lagi, cecepat aku tanya ustaz tu..
memang betul tu cincin tunang aku..
itu la aku... bila hilang brang diam2 jer...
malas nak kecoh2.. 
terima kasih ya ustaz..


Alhamdulillah... dah jumpa.. 

hari itu juga terus aku ceritakan pada suami kisah cincin tunang itu...


=)




Sunday, April 28, 2013

Durian Crepe itu



Petang ini, aku nak mark buku dan lengkapkan soalan semester pertama..
tapi beg kerja & laptop tertinggal plak dalam kereta..
husband dh guna kereta tu g kerja...
jadi aku pun updet blog la...
dah nak masuk bulan mei.. cepat betul..


Sabtu lepas kami bertiga ke Tawau..
baru la aku dapat beli durian crepe yg org heboh-heboh
kat fb tu... dah nak hampir setahun baru aku dapat merasa..
sebelum ni mana ada org buat durian crepe kt area tawau & Semporna..



RM10 utk 3 ketul.. boleh la.. baru nak makan kan...



mula-mula makan macam pelik...
lepas tu makin sedap plak...


Adam dah 6 bulan baru aku dapat makan..
masa mengandungkan Adam tahun lepas terliur je aku tgok gambar kt fb..
dah la xbalik semenanjung.... takkan nak pos durian crepe plak kan...


Akhirnya... merasa jugak...
haha.. jakun sekejap...



Monday, April 22, 2013

Sudah 6 Bulan










first time makan pisang guna food feeder kidsme..


xsempat nak taip ape2.. sekarang
bz buat kerja sekolah..





Saturday, April 20, 2013

Cerita Hari Ini


Hari ini kena pergi sekolah... sekolah ganti gara-gara sekolah ditutup 5 hari sebab peristiwa Lahad Datu..

Sampai je di sekolah. dah penuh kereta sebab ada penamaan calon di Stadium Pekan..

Ngam-ngam stadium tu depan sekolah aku...

ada perarakan setiap parti.. aku nampak dari sekolah aku jer..

xkuasa aku nak menjengah melihat ape yg berlaku itu..

masuk bilik guru.. dengar satu kisah..

ada tembakan di kawasan Inabah Kamal... 

Dekat dengan sekolah aku, dan juga dekat ngan rumah aku..

Risau balik.. aku dah tak nak jadi masa kes bulan Mac lepas..

Aku rasa trauma dan takut itu masih ada...senyap dan sunyi bila malam menjelma....

Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan kami.. Amin...



Friday, April 19, 2013

Handbag dan Sekolah


tetiba nak cerita pasal handbag plak ea..
tapi ciri-ciri handbag aku mesti BESAU..
sebab macam-macam aku nak sumbat..


antara handbag BESAU yg aku ada..



nak sumbat mende-mende alah ni la..

beg merah paling BESAU dalam handbag aku ialah pencil case I..
senang.. sebab kekadang free setengah jam untuk makan di kantin..
jadi dari kantin teruskan kaki ke kelas dengan KONFIDEN..
sebab dah ada mende penting.. dalam tu ada marker pen la,
pen merah la.. pen biru laa...

tisu pun hand sanitizer wajib ada sebab tangan aku selalu
terkena whiteboard marker pen tu..
+ basuh tangan sebab kena air liur budak..
yang itu memang BONUS + NASIB MALANG..
sebab aku penah kena masa aku naik tangga ke kelas..
ada tempias air liur budak dari atas tangga kena ke muka aku..
dan TERPALIT sedikit di tudung aku..
perghh.. geram giler aku...
budak sini memang peel derang suka meludah..

yang warna purple..beg simpan tuala wanita..
yang ni wajib kang ada emergency.. sonang makcik...

beg warna pink tu tempat simpanan compact powder dan lip balm aku..
dan 2 beg kecil tu.. orange corak hati dan warna ijo tu adalah coin purse aku..
yang warna coklat plak..itu ler.. wallet makcik..


dan..

bekas mentos ni aku buat simpan buah kismis aku..
senang.. asal kebulur je.. terus ngap ke mulut..


ok la.. aku nak cuci pinggan n tadah air..
hari jumaat ni memang slalu xde air kat sini..
bye..



Tuesday, April 16, 2013

Hari Selasa

suasana sekitar jam 5.55 pagi di Semporna, Sabah..



kalu di Semenanjung masih gelap lagi kan?








Saturday, April 13, 2013

Carta Makan Bayi










Friday, April 12, 2013

Adam first meal...


Si intan payung kami...
Adam dah genap 6 bulan..


jom tengok reaksi Adam makan..


video




video
saje bagi Adam duduk diam2 atas carter booster dia tu..




Monday, April 8, 2013

jom mengemas!!



hari ni Adam tolong ummi mengemas yer..
ummi baru je siapkan cd Adam tu...
hasilnya..
-
-
-
-
-
-




muka Adam kena marah..



muka hepi dapat main-main..





Sunday, April 7, 2013

Lagi petua




Petua banyakkan susu ibu dengan cepat
---------------------------------------------
cara ibu-ibu ingin memperbanyakkan kuantiti susu dengan cepat.
1. Makan nasi banyak
2. Makan sup sayur sawi
3. Makan ulam pegaga
4. Makan sup lobak putih
5. Makan ulam jantung pisang
6. Makan kurma
7. Makan longan kering
8. Makan tapai pulut
9. Makan sup sayur daun kucai
10. Makan buah tin
11. Masak nasi campur halba sedikit
12. Masak sup buah betik muda campur daging ayam kampung
13. Minum susu dan air suam banyak-banyak
14. Minum milo
15. Minum jus lobak susu suam
16. Minum horlick suam
17. Minum air rebusan biji buah mata kucing campur gula batu
18. Selalu pam susu
19. Berurut
20. Emosi ibu harus tenang
21. Set minda untuk memberi susu badan kepada bayi
22. Elakkan perasaan tertekan


Saturday, April 6, 2013

Nak Pindah..



Wah.. pejam celik dah hampir 5 tahun saya di Semporna, Sabah. Dari zaman anak daro sampai mak anak satu.. Tiba masanya untuk memohon pindah ke tempat sendiri pula.. Kita bagi pada orang lain plak bekerja di Sabah. Harapan aku, tolong la pihak KPM hantar guru-guru baru datang ke Sabah. Baru la kami yang lama di sini boleh pulang. Agak tidak adil la.. Kami pun nak juga merasa bekerja di tempat sendiri kan.. Timbang rasa la sikit.. tak pun hantar pulang warga Sabah yang bekerja di Semenanjung..

ok jugak kan..

Aku ni agak risau sebenarnya. Kawan aku isteri navy. Lakinya dah setahun pindah ke Perak. Tapi dia dah 4 kali isi pertukaran dari Semporna ke Semenananjung masih tak lepas. Kenapa la susah sangat kami nak keluar dari Sabah ni. Sebab tu la aku dah mohon awal-awal ni.. tengok la ada rezeki dapat la tukar.. kalu tak ada.. duduk la sini dulu....mood sedey..

Malam tadi, aku dah nak isi eg-tukar. Tapi sistem dalam penyelenggaraan dan boleh digunakan jam 10 pagi hari ini. Jadi jam 10 pagi aku cuba la isi.. tetiba je blackout plak..ermmm.. nak sambung isi balik.. dah ada kelas plak. Hari ini kami ganti sekolah ...

Harapan aku.. semoga tahun depan dapat bekerja di tempat sendiri.. cukup la kami berada di sini. Dah hilang motivasi aku nak kerja di sini. Nak juga cuba tempat lain. Nak rasa situasi baru, kemudahan yang lengkap macam meja guru sorang satu ke. Nak rasa nyamannya duduk di bilik guru yang ada penghawa dingin.. Toilet yang selesa. Tak macam toilet sekolah aku ni.. ada 2 toilet untuk kapasiti 45 orang guru sidang pagi dan 35 guru sidang petang. Jenuh nak tggu turn masuk toilet tau..

Tu la siapa cakap kerja guru senang. Cuba korang datang sini. Betapa hebatnya guru di sini menangani keadaan tak cukup kemudahan ni... Panasnya.. berkongsi meja.. tahan kencing tunggu turn masuk toilet.. haa.. tempat korang kerja ada tak sama macam tempat kerja saya?.. best kan..




Friday, April 5, 2013

Long Sleeve Jersey


Beberapa hari yang lepas... saya sesaje la usha website Zalora..
tetiba terjumpa satu jersey untuk perempuan yang lengan panjang..
Auwww... terus cepat2 tengok baju tu dan saiznya...
dan rembat sehelai brand Lancaster saiz M..

sebelum ni berminat juga nak beli tshirt jersey ni..
senang nak pakai bila aktiviti sukan di sekolah...
tapi kan banyak yang lengan pendek.. 
malas la nak pakai sarung tangan tu...

Sekarang dah ada yang lengan panjang..
sangat jakun sebab baru jumpa kot..
tak tau la orang lain kann...



kredit to Zalora..





Thursday, April 4, 2013

Babysitter Adam





Penghujung Mei 2012 aku  dah booking sorang budak untuk jadi babysitter (BS) anak yang di dalam perut aku lagi masa tu. Aku minta dia mula kerja Oktober 2012. Malangya ada orang dah curi BS aku ni. Nak buat macam mana dah aku pun tak bagi deposit lagi. Jadi awal Oktober aku jumpa seorang BS. Rumahnya jauh dari sewa kami jaraknya 12km. Dah jauh macam ni terpaksa husband aku ambil dan hantar dia sebab kami kena pergi sekolah sebelum jam 6.50 pagi. Boleh tahan la minyak kereta habis di situ..

BS yang pertama ni mula kerja 15 Oktober 2012. Aku bersalin Adam 11 Oktober. Alhamdulillah kehadiran BS ni banyak membantu kami berdua buat kerja rumah. Masa tu kami bertiga sahaja. Husband aku yang uruskan aku masa dalam pantang. Dia la yang mandikan Adam, sediakan tungku dan masak makanan untuk aku.

Nasib baik masa tu ada kawan2 terdekat bagi lauk pantang bagi aku makan. Kerja2 rumah macam membasuh dan menyapu semua BS aku tu yang uruskankan. Jadi tak la penat sangat husband aku uruskan kami (Aku dan Adam). BS pertama aku ni jenis yang rajin, cepat belajar dan sangat peka orangnya. Senang betul nak minta tolong. Tapi BS pertama aku ni tak boleh ditegur. Dia akan bersuara tinggi dan membentak. Bila dapat gaji atau apa-apa barang dari aku tak pernah dia ucap Terima kasih. Perlahan-lahan aku tegur dia secara baik.. Alhamdulillah, BS pertama dah pandai membawa diri.


Tapi, ermm.. boleh plak dia minta husband aku tumpangkan kakak dia sekali balik ke rumah. Ingatkan sekali je nak tumpang.. rupanya pagi Isni seterusnya, kakak dia pun dah tunggu sekali nak minta tumpang pergi tempat kerja kakaknya. Memang la satu jalan. Tapi kami dah ada perjanjian dengan BS pertama ni 
bahawa hanya dia seorang sahaja yang boileh naik kereta kami. Bukan nak berkira sangat.. tapi bila dah berhenti banyak kali dah melambatkan masa pergerakan suami aku tu. Dah la jauh. Bila aku tegur BS pertam ni terus membentak.. katanya dipaksa oleh kakaknya.. ermm lantak kau la. Yg tu aku tak nak ambil tahu sebab yang penting selepas ini tak ada istilah tumpang lagi. Kereta kami tu buka teksi!
 

Mac 2013. Jiran kami dapat pindah Semenanjung. Dia offer pada husband aku BS beliau. BS kedua ini rumahnya dekat dan dia boleh dating dan balik sendiri. Pada awalnya husband aku tak nak ambil BS kedua ni sebab kasihan pada BS pertama. Jiran tu tetap pujuk husband aku.. BUAT APA KASIHAN ORANG, KENA KASIHAN DIRI KTA DULU, BS YG NI KO TAK PAYAH AMBIL HANTAR Bila kami terpikir kan balik. Betul jugak kan. Jadi kami setuju nak ambil BS kedua kerja.

Dengan BS pertama, aku berhentikan dia dan beritahu sebabnya secara jujur yang aku dah ada BS yang baru. Tak sampai hati nak beritahu. Tapi terpaksa jugak. Sedih aku tengok bila BS aku tuh menangis dan cium Adam pada hari terakhir dia bekerja dengan kami -28 Mac 2013.


1 April 2013. Adam dengan BS kedua. Alhamdulillah kami dah tak rushing macam dulu. Berkejar ke sana ke mari.. Semoga semuanya dipermudahkan..
Amin..




Tuesday, April 2, 2013

rewards @ ganjaran



hari ini aku beli 2 kotak pensel sebagai ganjaran pada murid yang
siapkan kerja rumah cuti seminggu lepas..

hasil dapatan... 4A - 10 dari 19 murid
4B - 9 dari 17 murid...


jadi jimat la duit aku nak bg hadiah..
dasar kedekut.... haha...