Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, January 31, 2013

3 bulan 7 hari
















Wednesday, January 30, 2013

Surat Cinta Lagi




Ini surat cinta murid tahun 4 yang berjaya aku rampas. Jom geledah apa cerita dalam surat tuh…

Murid Perempuan : Wafi, boleh kah ko jangan suka saya
Murid Lelaki            : Napa?
Murid Perempuan : Aku tidak mau tapi kita kawan jak
Murid Lelaki           : Aku tahu napa ko suruh aku tidak suka ko sebab ko ada boy
Murid Perempuan : Tiada tapi kita masih mudah (muda)
Murid Lelaki    : tidak boleh sebab nama mu ada dalam hati ku untuk selamanya
Murid Perempuan : tidak boleh…………………………. (tiada sambungan sebab aku dah rampas)

*terhibur aku baca surat cintun budak-budak ni.. terus hilang penat lelah mengajar..*




Saturday, January 26, 2013

Sibuk ler sangat kannn..



Minggu ni dah bermula aku bawa balik buku murid ke rumah..
tak sempat nak tanda kat sekolah...
nak stayback.. meja kongsi ngn cikgu petang...
nanti kacau derang wat keje.. (tapi macam la aku nak stay back sgt kan..haha)




cukup bawa balik 10 buku jer...
tak kuasa aku nak angkut banyak2.. 
 yang penting semuanya berjaya disemak..


lepas tu nak cite mende lain plak..
aku ada beli medela milk collection shell...
memang agak membantu tapi tak ada la meriah sangat susu tuu..
 
 
 ni jer hasilnya..

sampai rumah terus bagi Adam minum guna sudu..
malas aku nk simpan dalam fridge....





Tuesday, January 22, 2013

Selasa dan Baju Kuning




Sekarang setiap hari Selasa kena pakai baju korporat warna kuning..
ohh..aku xsuka sangat sebab persekitaran sekolah aku
memang tiada aircong.. jadi panasla beb pakai baju neh..



 aku dan baju kuning


sekadar hiasan untuk entry hri neh.. 







Monday, January 21, 2013

Hectic Monday



Rasa penat la plak... dah pam susu tetiba plak penutup botol tak bawak.. lari balik rumah sekejap p antar susu.. nasib baik la masa tu memang tak de kelas.. 

Lepas tu kenkonon nak updet fail panitia.. laptop plak tertinggal.. jadinya xbuat jgk kerja..

macam2 mende tertinggal... jadi hri ni malas nk buat ape2.. + ada sikit menyampah ngn maid neh.. dah pandai nak ambil kesempatan di atas kebaikan majikannya..

ermmm.. SABAR! SABAR!..




Saturday, January 19, 2013

100 days


Alhamdulillah...
Ku panjatkan kesyukuran padaMU Ya ALLAH..










Wednesday, January 16, 2013

CER CITER LAGI...




Asyik nak cerita pasal sekolah je kan.. dah tu keje I.. memang nak cerita pasal sekolah je la.. 


CERITA I – MAMAKKU (IBUKU) LAMBAT BERSIAP..

Pada suatu pagi yang indah, ada beberapa murid 4 Bersih didenda semasa waktu Pendidikan Jasmani termasuk seorang murid perempuan ini.

Murid ini didenda sebab beliau lewat datang ke sekolah. Ini dialognya…
Guru    : kenapa kamu lambat?
Murid : Aku tidak lambat cikgu, tapi mamakku (ibu) lambat bersiap
Guru  : Siapa mamakmu?
Murid : CIKGU AZURA (dengan jujurnya menjawab)..

* dengan selambanya si anak menyalahkan ibunya yang lambat. Tak pasal-pasal ibunya dah malu sebab bersiap lambat nak pegi sekolah…  itu lah jawapan budak yang sangat tulus.. haha*

CERITA II – LUMBA SIFIR

Aku suka lumba sifir dengan murid-murid supaya derang tu ada keinginan nak hafal sifir dan mengalahkan guru matematiknya sendiri. Semalam adalah hari pertama aku berlumba sifir dengan murid tahun 4. 

Cara lumba sifir kami ni.. guru akan menulis sifir di whiteboard manakala murid pula akan menulis sifir di buku tulis matematik masing-masing.

Bila perlumbaan dimulakan.. memang aku akan isi sifir dalam kotak sifir tu dengan laju.. respon murid-murid aku..

Respon 1 : Na.. lajunya cikgu…
Repson 2 : Lajunya cikgu… Mengaku kalah la kami…

Masa tu berbagai-bagai reaksi muka yang digambarkan oleh murid cilik aku.. nak tergelak aku tengok muka derang… itu la.. moral cerita ini.. sila la hafal sifir yerr…



Saturday, January 12, 2013

' Aku ingat cikgu belum kahwin '



Semalam... macam biasa rutin sebagai guru masuk kelas mengajar..

tapi, tak boleh nak ajar sebab murid-murid kena check gigi.. jadi I pun bersantai dalam bilik darjah sambil mark buku budak-budak.. lepas tu kena jugak la melayan murid-murid yang ala-ala peramah ni.. 

Murid I (Natasha) : Cikgu, kita suka letak nama anak cikgu Muhammad Ihsan B. Mohd Fauzi
NikSensei                 : Aik... ok ape nama Adam. Tapi kenapa panggil Adam Intan Payung
Murid I (Natasha) : sebab dia manja…
Murid II (Azhana) : eh.. cikgu sudah ada laki ka?
NikSensei                : iye la.. cikgu sudah kahwin.. kenapa?
Murid II (Azhana) : Aku ingat cikgu belum kahwin..

Wahh.. penyataan yang sangat membahagiakan aku.. Nampak macam belum kahwin.. Teteh.. memang la aku dah kurus.. murid aku pun cakap macam tu.. nanti ada masa I upload gambar bagi teteh dan azie tengok…




Friday, January 11, 2013

Genap 3 bulan


Adam dah genap 3 bulan...


video

Semoga Adam baik2 jer bila ummi pergi kerja ye sayang!!





Wednesday, January 9, 2013

Oh SAODAH!!



 
Sejak 2009-2012 aku ditugaskan mengajar Matematik tahun 6. Tapi tahun ini aku terlibat dengan Matematik Tahun 4. Sangat suka…. Sekali-sekala nak juga ajar kanak-kanak riang ni. Kalu tahun 6 ni derang macam dah matured sikit.. Sebagai guru, aku memang akan berusaha mengenali nama murid aku. Memang ambil masa, tapi sekali dah ingat semua nama senang nak kawal kelas. Tak ada la nak guna perkataan KAMU je kan. Cara aku kenal murid aku dengan memanggil nama untuk pulangkan buku.

Masa tu la aku akan check tulisan murid, cara dia menulis dalam buku dan ape-ape yan g menyakitkan mata aku. Awal tahun ini, kena tekankan sikit cara menulis dalam buku. Nanti tak kemas dan tak ikut cara cikgu NIK nanti. Memang menyakitkan mata je la bila nak tanda buku tengok tulis nombor pun tak betul la, garis tak guna pembaris, tak tulis hari dan tarikh dan yang lain-lain….

Semalam, seperti biasa selepas dah terangkan topik hari ni, aku akan pulangkan buku pada murid-murid…

HAZRIN!!!!
Tiada sesiapa ke depan…
HAZRIN!!! (nada suara ditinggikan sedikit)

Seorang murid datang ke depan tapi muka blur… aku buat bodo je la sebab aku engat maybe dia salah dengar ke.. masih tak ada budak HAZRIN datang ambil buku..

Maka dengan muka bengang membaca nama penuh HAZRIN….
HAZRIN BIN ………………………..
Datang budak muka blur itu….

Siapa nama kamu?
NAZRIN….

La… kreatif betul huruf N boleh bertukar jadi H..
Sengallll…

Kemudian aku dengan muka konfiden panggil satu nama lagi/…
SAODAH.. versi suara kuat..

Satu kelas gelak..

Datang si gadis ke depan ambil buku..

Sekali aku tengok name tag dia..
Namanya SAEDAH laa..

Hai.. macam-macam.. ada ke tulis huruf E macam huruf O…
Haha..