Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, November 10, 2013

13 bulan?






Besok Adam dah genap 13 bulan. Adam mendapat vaksin sepenuhnya. Satu pun tak tertinggal. Cuma nak kongsikan pengalaman adik aku yang merupakan seorang doktor di salah sebuah hospital kerajaan. Ada sepasang suami isteri bawa anaknya yang demam panas. Pasangan ini dah bawa anaknya ke klinik2 lain sebelum ini tapi tak kebah juga demam anaknya. Doktor yang merawat anaknya adalah lelaki dan pasangan ini tidak mahu doktor lelaki pegang anak perempuan mereka berumur sekitar 3-4 tahun.
Jadi adik aku yang ambil alih sebab dia mmg di bawah doktor lelaki tersebut.

Dalam kes kanak2 perempuan ini, adik aku terpaksa memberikan dos antibiotic yang paling tinggi sekali sbb dos yg sepatutnya diberikan pd kanak2 tu tak memberikan kesan apa2 padanya. Daripada itu, adik aku dah dapat agak bahawa kanak2 ini tidak mendpat suntikan imunisasi secukupnya. Si doktor
pun menyiasat perkara sebenar dan ibu bapanya mengaku anak mereka memang tidak disuntik imunisasi kecuali semasa 3 suntikan hari pertama anak itu.

Alhamdulillah.. dengan izin tuhan.. kanak2 perempuan itu sembuh dari demam panas..Cuma apa yang adik aku nyatakan.. dia dah banyak jumpa kes kanak2 yg demam panas teruk berpunca dari kanak2 yang tidak mendapat suntikan imunisasi... kalau dibandingkan dengan kanak2 yang mendapat suntikan imunisasi.. demamnya mudah dirawat.. itu adalah pengalaman beliau..
Wallahualam..


Aku sekadar kongsikan ape yg diceritakan oleh adik aku.. Pilihan terletak di tangan anda..




No comments: