Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, May 2, 2013

Nenek kebayan



Salam hari Khamis...

Kali ni nak bercerita keletah anak murid aku dalam kelas.. sebagai guru matematik, sifir memang perlu ditekankan.. jadi ada masa-masa tertentu aku bagi kelonggaran pada murid untuk menghafal sifir dalam kelas. Itu pun sekiranya mereka dah siapkan latihan yang diberikan.

Tetiba aku ternampak dua orang murid di belakang tengah syok menghafal sifir. Satu orang dah kepanasan agaknya terus buka tudung dan lipat atas kepala ala-ala nenek kebayan.. yang seorang lagi sedang menyemak bacaan sifir kawannya itu. Aku terpaksa biarkan keadaan begitu, sebab aku paham memang panas pun dalam bilik darjah itu.yang penting murid aku mahu belajar kan...

Bila mereka menyedari diperhatikan, cepat-cepat si nenek kebayan itu membetulkan tudungnya. Ha.. malu la itu..tak pe anak murid.. cikgu paham.. cikgu pun kepanasan jugak.. nasib ada angin luar.. dapat la bagi keselesaan untuk kita kan...



No comments: