Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, April 6, 2013

Nak Pindah..



Wah.. pejam celik dah hampir 5 tahun saya di Semporna, Sabah. Dari zaman anak daro sampai mak anak satu.. Tiba masanya untuk memohon pindah ke tempat sendiri pula.. Kita bagi pada orang lain plak bekerja di Sabah. Harapan aku, tolong la pihak KPM hantar guru-guru baru datang ke Sabah. Baru la kami yang lama di sini boleh pulang. Agak tidak adil la.. Kami pun nak juga merasa bekerja di tempat sendiri kan.. Timbang rasa la sikit.. tak pun hantar pulang warga Sabah yang bekerja di Semenanjung..

ok jugak kan..

Aku ni agak risau sebenarnya. Kawan aku isteri navy. Lakinya dah setahun pindah ke Perak. Tapi dia dah 4 kali isi pertukaran dari Semporna ke Semenananjung masih tak lepas. Kenapa la susah sangat kami nak keluar dari Sabah ni. Sebab tu la aku dah mohon awal-awal ni.. tengok la ada rezeki dapat la tukar.. kalu tak ada.. duduk la sini dulu....mood sedey..

Malam tadi, aku dah nak isi eg-tukar. Tapi sistem dalam penyelenggaraan dan boleh digunakan jam 10 pagi hari ini. Jadi jam 10 pagi aku cuba la isi.. tetiba je blackout plak..ermmm.. nak sambung isi balik.. dah ada kelas plak. Hari ini kami ganti sekolah ...

Harapan aku.. semoga tahun depan dapat bekerja di tempat sendiri.. cukup la kami berada di sini. Dah hilang motivasi aku nak kerja di sini. Nak juga cuba tempat lain. Nak rasa situasi baru, kemudahan yang lengkap macam meja guru sorang satu ke. Nak rasa nyamannya duduk di bilik guru yang ada penghawa dingin.. Toilet yang selesa. Tak macam toilet sekolah aku ni.. ada 2 toilet untuk kapasiti 45 orang guru sidang pagi dan 35 guru sidang petang. Jenuh nak tggu turn masuk toilet tau..

Tu la siapa cakap kerja guru senang. Cuba korang datang sini. Betapa hebatnya guru di sini menangani keadaan tak cukup kemudahan ni... Panasnya.. berkongsi meja.. tahan kencing tunggu turn masuk toilet.. haa.. tempat korang kerja ada tak sama macam tempat kerja saya?.. best kan..




No comments: