Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, April 29, 2013

Cincin Tunang...


Khamis lepas,,, aku kerap bergerak ke sana sini di kawasan sekolah..
masuk kelas.. lepas tu uruskan barang-barang kerja, buku la, buku rekod la..
worksheet budak la.. sebab nak guna bilik guru sebagai tempat jamuan..
kesian kan sekolah aku..Sekolah Gred A.. tapi Bilik Gerakan pun tak ada.


tu la dok berkemas jer.. bilik sempit dan padat.. nak letak buku pun cukup2 dengan
kuota murid satu kelas 40 murid.. buku latihan budak yang aku belum siap tanda tu aku
simpan dekat dengan toilet sekolah aku.. sory la.. terpaksa.. dah xde tempat nak simpan...
asalkan buku ank murid aku SELAMAT..


oleh kerana bergerak je kan.. maka cincin tunang aku pun terlucut dari jari aku..
jari aku dah mengecil sekarang ni.. tu yg cincin tunang tu jadi longgar..,,,



iklan jap.. itu cincin tunang saya..
ni masa resepsi sebelah perempuan..


ok.. sambung balik.. bila dah perasan cincin itu hilang..
aku dah gelabah... mula la mencari tapi tak jugak jumpa..
akhirnya aku REDHA je la kan...

balik rumah.. asal je lepas solat berdoa minta jumpa cincin tu balik..
ok..malas nak pikir.. ada rezeki jumpa la kan...
dan aku tak berani nak cerita pada laki aku..



iklan lagi.. gambar selepas siap make up.. 17.12.2011


hari keesokannya.. JUMAAT - 26.04.2013
menunggu di depan pejabat bersama guru2 lain menanti kedatangan Menteri..
Ada guru tanya, ada hilang cincin tak?
Ada sorang ustaz jumpa cincin emas..


ape lagi, cecepat aku tanya ustaz tu..
memang betul tu cincin tunang aku..
itu la aku... bila hilang brang diam2 jer...
malas nak kecoh2.. 
terima kasih ya ustaz..


Alhamdulillah... dah jumpa.. 

hari itu juga terus aku ceritakan pada suami kisah cincin tunang itu...


=)




No comments: