Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, April 4, 2013

Babysitter Adam





Penghujung Mei 2012 aku  dah booking sorang budak untuk jadi babysitter (BS) anak yang di dalam perut aku lagi masa tu. Aku minta dia mula kerja Oktober 2012. Malangya ada orang dah curi BS aku ni. Nak buat macam mana dah aku pun tak bagi deposit lagi. Jadi awal Oktober aku jumpa seorang BS. Rumahnya jauh dari sewa kami jaraknya 12km. Dah jauh macam ni terpaksa husband aku ambil dan hantar dia sebab kami kena pergi sekolah sebelum jam 6.50 pagi. Boleh tahan la minyak kereta habis di situ..

BS yang pertama ni mula kerja 15 Oktober 2012. Aku bersalin Adam 11 Oktober. Alhamdulillah kehadiran BS ni banyak membantu kami berdua buat kerja rumah. Masa tu kami bertiga sahaja. Husband aku yang uruskan aku masa dalam pantang. Dia la yang mandikan Adam, sediakan tungku dan masak makanan untuk aku.

Nasib baik masa tu ada kawan2 terdekat bagi lauk pantang bagi aku makan. Kerja2 rumah macam membasuh dan menyapu semua BS aku tu yang uruskankan. Jadi tak la penat sangat husband aku uruskan kami (Aku dan Adam). BS pertama aku ni jenis yang rajin, cepat belajar dan sangat peka orangnya. Senang betul nak minta tolong. Tapi BS pertama aku ni tak boleh ditegur. Dia akan bersuara tinggi dan membentak. Bila dapat gaji atau apa-apa barang dari aku tak pernah dia ucap Terima kasih. Perlahan-lahan aku tegur dia secara baik.. Alhamdulillah, BS pertama dah pandai membawa diri.


Tapi, ermm.. boleh plak dia minta husband aku tumpangkan kakak dia sekali balik ke rumah. Ingatkan sekali je nak tumpang.. rupanya pagi Isni seterusnya, kakak dia pun dah tunggu sekali nak minta tumpang pergi tempat kerja kakaknya. Memang la satu jalan. Tapi kami dah ada perjanjian dengan BS pertama ni 
bahawa hanya dia seorang sahaja yang boileh naik kereta kami. Bukan nak berkira sangat.. tapi bila dah berhenti banyak kali dah melambatkan masa pergerakan suami aku tu. Dah la jauh. Bila aku tegur BS pertam ni terus membentak.. katanya dipaksa oleh kakaknya.. ermm lantak kau la. Yg tu aku tak nak ambil tahu sebab yang penting selepas ini tak ada istilah tumpang lagi. Kereta kami tu buka teksi!
 

Mac 2013. Jiran kami dapat pindah Semenanjung. Dia offer pada husband aku BS beliau. BS kedua ini rumahnya dekat dan dia boleh dating dan balik sendiri. Pada awalnya husband aku tak nak ambil BS kedua ni sebab kasihan pada BS pertama. Jiran tu tetap pujuk husband aku.. BUAT APA KASIHAN ORANG, KENA KASIHAN DIRI KTA DULU, BS YG NI KO TAK PAYAH AMBIL HANTAR Bila kami terpikir kan balik. Betul jugak kan. Jadi kami setuju nak ambil BS kedua kerja.

Dengan BS pertama, aku berhentikan dia dan beritahu sebabnya secara jujur yang aku dah ada BS yang baru. Tak sampai hati nak beritahu. Tapi terpaksa jugak. Sedih aku tengok bila BS aku tuh menangis dan cium Adam pada hari terakhir dia bekerja dengan kami -28 Mac 2013.


1 April 2013. Adam dengan BS kedua. Alhamdulillah kami dah tak rushing macam dulu. Berkejar ke sana ke mari.. Semoga semuanya dipermudahkan..
Amin..




3 comments:

Azwani Shaari said...

kiranya BS kat sana datang rumah tetiap hari la ye.. ala2 half day helper gitu? bila kita balik kerja, dia balik rumah dia ek? best jugak mcm tu kan... kat smnnjung xde la gitu..huhuh

NiK SeNsEI said...

memang best mcm tu.. cuma cni tak ada nursery.. jd bila BS sakit xdpt dtg.. terpaksa la minta cuti... :(

Kak Ada said...

bestnya... klu ada, nak jugak la... boleh bantu2 ibu jg anak2...
Nik SeNsEI : Jom join FB Group ni... ramai Babysitter kat sini..
https://www.facebook.com/groups/498819550129615/