Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, March 2, 2013

Catatan 1 MAC 2013 @ 29 FEBRUARI 2013



1 MAC 2013 di SEMPORNA...


Pukul 6.50 pagi di SK Pekan Semporna..

Suasana macam biasa.. murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Selepas itu, geng-geng cikgu yang tiada kelas awal pagi pergi mengalas perut masing-masing di kantin termasuk la aku.. aku makan 3 ketul kuih Cempiang (macam ni kot ejaannya).. ngan Milo O Panas..


Pukul 7.50-8.50 pagi (ada kelas) tahun 4 dan tahun 5

Aku akan tulis hari di sebelah kanan whiteboard dan Matematik 2 (guna buku M2) dan tarikh di sebelah kiri whiteboard dengan 01.03.2013. Hari itu, aku suruh murid-murid lorekkan pecahan pada rajah kosong mengikut pecahan yang disediakan. 


Sambil tunggu budak siapkan kerja masing-masing. Aku pun kemas sikit kertas ujian topikal budak-budak neh..


tetiba ada sorang murid perempuan datang berbisik dengan aku...
"cikgu... hari ini 29 Februari... bukan 1 Mac.. "

Aku dah nak melenting sebenarnya sbb aku bengang tengok jawapan ujian anak murid aku yang memang tak semenggah ini.. tapi aku sabar.. korang belum masuk tajuk MASA & WAKTU..

ok.. aku explain satu-satu.. lepas tu sila tengok kalendar di runah ye anak-anak murid ku sayang..


PUKUL 8.50-10.10 Pagi...

Aktiviti merehatkan diri dan kepala otak lepas menghadap perangai 40 mutid dalam kelas tadi.. Sembang santai ngn rakan sekerja dalam bilik guru, buat RPH, tanda buku.. tapi tak boleh siap.. dah satu kelas 40 biji buku.. nnt la aku bawa balik buku sikit ke rumah... 


PUKUL 10.10-10.40 Pagi..

Lapar gilerrr.. curi seketul karipap ngn laki aku.. baca blog org jap kat bilik akses.. pukul 10.30 pagi pergi amek barang sebelum nak masuk kelas... tapi aku rasa nak makan lagi.. singgah kantin jap bedal satu cempiang dan satu donut keras dengan harga 50 sen untuk satu kuih..


cempiang dan donut..
aku jumpa kuih cempiang ni kat Semporna..
kat semenanjung macam tak ada...


Pukul 10.40-11.10 pagi..

Pukul 10.40 pagi aku baru je nak menuju ke kelas... Ada 2 orang ibu bapa dah pegang anak masing-masing. Muka ibu bapa tu memang dah kalut. Aku plak macam biasa.. muka terpinga-pinga tak paham..

Rupanya.. mak bapak tadi dah risau sebab derang dah tahu ada tembakan di Lahad Datu. Iyer, aku paham.. jarak Lahad Datu-Semporna hanya 2 jam sahaja. Tak mustahil ada penceroboh yg melarikan diri boleh sampai di Semporna. Lagipun Semporna pernah ada sejarah hitam. Memang penduduk sini lebih arif dengan tempatnya kan...

Masuk kelas.. murid-murid dah tanya macam-macam. terpaksa la aku tenangkan derang plak..


Pukul 12.00 tengah hari di Rumah..

Jiran sebelah sibuk panggil laki aku dok cakap pasal Lahad Datu.. dah macam risau sangat dia.. aku kat dalam rumah ni yang tak berapa jelas dengar pun leh agak kebimbangan jiran aku.. ok.. bekalan makanan kat rumah kami memang dah abis.. beras ada.. yang lain ada telur 7 biji ngan sardin jer.. nampak gaya kena ready la.. mana tahu Semporna pun terpalit jugak..

Dapat panggilan dari member di KK, dia dah risaukan kami di Semporna sebab kawannya di
Lahad Datu beritahu beliau dah ada tembakan di Lahad Datu.. rupanya betul kabar angin dari ibu bapa yang datang sekolah tadi..

Laki aku pun keluar ke Pekan nak beli bekalan.. Rupanya pekan pun dah sunyi sepi.. kebanyakkan kedai ditutup.. Laki aku pun patah balik.. dan sempat beli roti 2 buku sahaja.. Ape-ape je la abang..

dan..



hari ini.. 10 pagi.. 


Husband aku kuar pekan beli barang dapur.. Keadaan di Pekan Semporna pulih macam biasa.. Alhamdulillah.. Semoga kejadian di Lahad Datu dapat diselesaikan dengan segera.. Amin


dan harapan aku, jangan la korang-korang yang tak duduk di sini (Sabah)  letak video pelik-pelik dalam facebook.. dah la letak video dah lapok, mende lama.. buat menakutkan kami yang berada berhampiran Lahad Datu ni...











No comments: