Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, January 9, 2013

Oh SAODAH!!



 
Sejak 2009-2012 aku ditugaskan mengajar Matematik tahun 6. Tapi tahun ini aku terlibat dengan Matematik Tahun 4. Sangat suka…. Sekali-sekala nak juga ajar kanak-kanak riang ni. Kalu tahun 6 ni derang macam dah matured sikit.. Sebagai guru, aku memang akan berusaha mengenali nama murid aku. Memang ambil masa, tapi sekali dah ingat semua nama senang nak kawal kelas. Tak ada la nak guna perkataan KAMU je kan. Cara aku kenal murid aku dengan memanggil nama untuk pulangkan buku.

Masa tu la aku akan check tulisan murid, cara dia menulis dalam buku dan ape-ape yan g menyakitkan mata aku. Awal tahun ini, kena tekankan sikit cara menulis dalam buku. Nanti tak kemas dan tak ikut cara cikgu NIK nanti. Memang menyakitkan mata je la bila nak tanda buku tengok tulis nombor pun tak betul la, garis tak guna pembaris, tak tulis hari dan tarikh dan yang lain-lain….

Semalam, seperti biasa selepas dah terangkan topik hari ni, aku akan pulangkan buku pada murid-murid…

HAZRIN!!!!
Tiada sesiapa ke depan…
HAZRIN!!! (nada suara ditinggikan sedikit)

Seorang murid datang ke depan tapi muka blur… aku buat bodo je la sebab aku engat maybe dia salah dengar ke.. masih tak ada budak HAZRIN datang ambil buku..

Maka dengan muka bengang membaca nama penuh HAZRIN….
HAZRIN BIN ………………………..
Datang budak muka blur itu….

Siapa nama kamu?
NAZRIN….

La… kreatif betul huruf N boleh bertukar jadi H..
Sengallll…

Kemudian aku dengan muka konfiden panggil satu nama lagi/…
SAODAH.. versi suara kuat..

Satu kelas gelak..

Datang si gadis ke depan ambil buku..

Sekali aku tengok name tag dia..
Namanya SAEDAH laa..

Hai.. macam-macam.. ada ke tulis huruf E macam huruf O…
Haha..








No comments: