Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, January 16, 2013

CER CITER LAGI...




Asyik nak cerita pasal sekolah je kan.. dah tu keje I.. memang nak cerita pasal sekolah je la.. 


CERITA I – MAMAKKU (IBUKU) LAMBAT BERSIAP..

Pada suatu pagi yang indah, ada beberapa murid 4 Bersih didenda semasa waktu Pendidikan Jasmani termasuk seorang murid perempuan ini.

Murid ini didenda sebab beliau lewat datang ke sekolah. Ini dialognya…
Guru    : kenapa kamu lambat?
Murid : Aku tidak lambat cikgu, tapi mamakku (ibu) lambat bersiap
Guru  : Siapa mamakmu?
Murid : CIKGU AZURA (dengan jujurnya menjawab)..

* dengan selambanya si anak menyalahkan ibunya yang lambat. Tak pasal-pasal ibunya dah malu sebab bersiap lambat nak pegi sekolah…  itu lah jawapan budak yang sangat tulus.. haha*

CERITA II – LUMBA SIFIR

Aku suka lumba sifir dengan murid-murid supaya derang tu ada keinginan nak hafal sifir dan mengalahkan guru matematiknya sendiri. Semalam adalah hari pertama aku berlumba sifir dengan murid tahun 4. 

Cara lumba sifir kami ni.. guru akan menulis sifir di whiteboard manakala murid pula akan menulis sifir di buku tulis matematik masing-masing.

Bila perlumbaan dimulakan.. memang aku akan isi sifir dalam kotak sifir tu dengan laju.. respon murid-murid aku..

Respon 1 : Na.. lajunya cikgu…
Repson 2 : Lajunya cikgu… Mengaku kalah la kami…

Masa tu berbagai-bagai reaksi muka yang digambarkan oleh murid cilik aku.. nak tergelak aku tengok muka derang… itu la.. moral cerita ini.. sila la hafal sifir yerr…



No comments: