Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, December 31, 2012

Bapa dan Anak



Adam memang suka mandi....


video


rambut adam berjaya dicukur pada 29.12.2012



video



itu je la nak bebel...
Adam dah bangun.. nak kena layan dia jap..





Saturday, December 29, 2012

.........





Friday, December 28, 2012

Cerita Mohon Pindah Pulak



Semalam dikunjungi oleh Kak Zura sekeluarga. Kesian pada Kak Zura sebab masih belum dapat berpindah ikut suami ke semenanjung. Padahal sudah kali keTIGA beliau memohon minta tukar dari Sabah ke Semenanjung. Beliau dah buat rayuan segala bagai dan berkampung di Putrajaya tapi masih jugak jawapan pertukaran negative. Bukan beliau seorang je mohon ikut suami. Ada lagi kengkawan aku yang lain memohon tapi sama jugak keputusannya.. DUKACITA PERMOHONAN PERPINDAHAN TIDAK DILULUSKAN.

Memang cabaran betol bila duduk jauh ni. Walaupun aku ada suami sama-sama keje di Sabah. Tapi tetap terasa cabarannya. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Sini tak ada nursery. Lepas tu kena pakai maid untuk jaga budak. Kalu tetiba maid sakit, cmner? Nampak gaya kena MOHON CUTI JAGA ANAK. Tak boleh nak minta tolong ngn sedara mara sendiri sebab semuanya di Semenanjung.. Lepas tu bila asyek mohon cuti sebab jaga anak, terus diCOP kita tak berdisiplin plak sebab MEMANJANG JER MINTAK CUTI.. dah duduk jauh macam ni.nak harapkan sape tengok anak kita kan…

Nak tak nak.. BERTAHAN & BERSABAR je la.. Mohon pada ALLAH dipermudahkan semuanya.. Rasa cam nak balik n keje kat Semenanjung cepat-cepat. Kadang-kadang leh plak feeling macam dah tak duduk sini tahun depan… Haha. Berangan ape salahnya kan.. At least Angan-angan indah ni boleh la jadi pengubat jiwa lara sebab dok jauh.. Tapi bila tengok geng2 nak minta tukar ke Semenanjung macam SUSAH SANGAT jer dapat tukar.. menyampah plak aku dibuatnya.. Ape kata orang SABAH di Semenanjung mintak balik bertugas ke tempat lahir derang sendiri. Kami di SABAH ni mau pulang mendidik di tempat kami plak di Semenanjung.. =(.. ..

Aku dah DEMOTIVATED nak kerja kt sini.. dah jadi macam malas. Tapi bila mengenangkan nak HALALKAN GAJI itu.. Aku gagahkan la diri aku ni. Buang semua rasa DEMOTIVATED itu… Teruskan kerja dengan PENUH SEMANGAT pada tahun 2013 ni. CHEWAHHH!!.. Semangat la sangat kan.. Yang penting KITA ENJOY…

Tu ayat memujuk diri sendiri jerrrr.. ape pun masih berharap dapat pulang ke Semenajung tahun depan.. walaupun tahun ni ni baru nak isi EG TUKAR.. Mengada kan!!.. baru nak isi EG TUKAR dah kecoh2 nak tukar cepat2. Padahal orang len banyak kali apply pun xlepas gak balik Semenajung. ASAL EH??? .. ape pon kena banyak kan BERDOA… mana la tahu kot-kot REZEKI kita kan.. =)



Thursday, December 27, 2012

Thursday Things


Hari ni... dah train maid jaga Adam..
dah ajar cara nak panaskan susu guna warmer..
harap2 semuanya  ok nanti.. InsyaAllah


Semoga Allah peliharakan Adam sepanjang masa Ummi bekerja
awal tahun depan nanti.. (5 hari lg jer)


Adam terlelap.. tapi sekejap jer.. 


pantang ada bunyi-bunyian,,


terus celik matanya...

 tapi.. ummi biar kan dia main sorang2 dulu..


15 minit kemudian..



Adam dah menjerit2 panggil..
dah bosan la tu ummi tak layan dia..




Saturday, December 22, 2012

Random




















anniversary


anniversary.. (sepotong kek jer)


aksesori kereta yang diborong oleh encik suami..






Wednesday, December 19, 2012

Blackout la Plak!!





Semalam jam 9 pagi Blackout di Taman Sempaul..
Hampir setengah jam jugak la..


Tak lama lepas tu.. Pukul 2 ptg blackout lagi..
Pukul 4.30 ptg baru ada letrik balik..


Risau plak aku.. sebab kalu blackout sekejap xper..
tapi pernah ada kes di Semporna pernah blackout lama.. 
aku risaukan stok ebm aku dlm fridge tuh..

tapi tak per la.. bila ada ujian macam ni..
cara untuk memujuk diri dan bersabar aku akan cakap

" Nik, ALLAH tak akan tempatkan kita di sesuatu tempat itu
jika kita tidak mampu menghadapi semua ujian yang diberikanNYA.
Jadi hal ini aku hanya percayakan ALLAH sahaja..
sebab aku tahu DIA akan membantu aku.. AMIN "


tetiba ada gambar kipas plak kann..

memang kena standby kipas ni.. nak guna masa kecemasan
dah di Semporna ni asyik2 blackout jer..
nanti kesian Adam xleh tido sebab panas + udara laut di Semporna..









Tuesday, December 18, 2012

Diabetes Melitus Arising In Pregnancy


Bukan main lagi panjang tajuk entry tuhh. Saje je nak kongsi pengalaman mengandung dulu. Anak dah
2 bulan baru sibuk-sibuk nak stori mori kan....

Ketika 28 minggu mengandung aku kena buat MOGTT untuk mengesan samaada GDM (Gestational Diabetes Melitus) atau tidak. Macam biasa la.. kena puasa pukul 10 malam lepas tu pg besoknya ambil darah dan minum air gula. 2 jam lepas tu ambil darah lagi. Reading MOGTT aku tidak menarik iaitu
5.8/9.8.. memang tinggi la. sepatotnya jgn lebih 7. Masa tu bulan puasa. Memang aku kuat bantai kurma dan minum air manis. mungkin ini penyebab result MOGTT aku tinggi.


Nasib badan la. dah jadi ibu gdm, kebetulan aku ada history background dari parents aku iaitu darah tinggi dan kencing manis. Bila dah jadi ibu gdm ni. lagi macam2 mende la kena buat. Aku kena buat BSP (Blood Sugar Profile) plak. BSP ni kena amek darah 4 kali dalam sehari. Penat tau ulang-alik pergi hospital semporna ni. Nak tunggu turn lagi.

Pukul 10 malam tu mula puasa. Lepas tu ambil darah pukul 8 pagi. Selepas 8 pagi, breakfast.. biasanya aku akan makan 3 ketul kuih + air teh O kurang manis/air suam. Pukul 12 plak amik darah lagi. Lepas tu aku akan makan nasi (amaun sedikit) + ayam/ikan(kuantiti banyak) +air suam. Pukul 4 petang amik darah lagi. Lepas tu aku cuma makan oat+susu+air suam. Pukul 8 malam amik darah lagi. Lepas 8 malam tu la baru aku dinner. Lapar betol masa tu.

Ini hasil BSP aku yang sempat buat 3 kali jer. Setiap 2 minggu kena buat. Mood tak suka. =(


BACAAN BSP AKU
3 X BSP
FASTING
PRE LUNCH
PRE DINNER
PRE BED
 (24.08.2012)
5.0
4.2
4.5
4.3
 (07.09.2012)
4.73
4.4
4.3
5.1
 (21.09.2012)
4.45
4.1
5.2
4.2


Semua bacaan tu normal sebab tak melebihi 6.


Adik aku, ACAH (dia ni Doktor) .. 
ibu kencing manis - baby lebey nutrisi (baby besar)
ibu darah tinggi - baby kurang oksigen


Aku pun agak risau jugak takot baby aku besar. nak scan kt Semporna ni mana la leh estimate berat anak aku. Cuma yang agak melegakan setiap kali aku checkup dgn Doktor, Doktor beritahu lilitan kepala dan badan anak aku normal.

dan pada 10 Oktober 2012

Doktor di Semporna beritahu aku kena bersalin di Tawau sebab aku ni ibu GDM. Di Semporna tak de kepakaran dengan alasan takot ada apa-apa masalah nanti sebab biasanya ibu GDM ni baby besar. Aku dah risau, sebab aku tak nak bersalin di Hospital Tawau. dah la jauh dari Semporna, xde sedara mara. yang ada cuma laki aku sowang ni jerr.. Sangat berdebar Okey. nanti kena nek ambulan dari Semporna ke Tawau pada pukul 12 tgh malam.
 
Ma Ayah kat KL pun dah risaukan aku. Derang pun tahu jauh nak pergi Tawau. Ma Ayah siap sembahnyang hajat lagi untuk aku di sana...

Tetiba ada nurse datang jumpa aku dan beritahu.
"Puan tak perlu ke Hospital Tawau, Puan boleh bersalin di sini"

Alhamdulillah. Betapa gembiranya aku.tapi sibuk plak aku tanya.
"Aik, kenapa pulak.. tak pe ke? sy ni kan GDM"

"Doktor dah kol Doktor di Tawau.. Doktor Tawau cakap ketinggian perut puan tidak melebihi dari paras yang sepatotnya. jadi Doktor assume saiz baby normal dan boleh bersalin di Semporna. Sekiranya ada masalah baru lah puan akan refer ke Tawau"

Cepat2 aku sms husband aku di rumah sana. Husband aku datang tengok aku masa melawat je tau. Aku sensorang menahan sakit contraction kt Wad bersalin Semporna nih. Aku admit 9 Oktober. Sepanjang di Hospital aku terpaksa tidur secara duduk sebab aku tak leh baring. Sakit belakang sangat2.


10 Oktober 2012

aku masih dok tahan sakit belakang neh. untuk membuatkan aku leka dari kesakitan tuh. aku dok berjalan2 dan bersembang dengan geng2 dalam wad bersalin tuh. dah bosan, aku bergayut plak. Siap bergayut dengan cik teteh lagi. 

Pukul 9.00 malam aku dah tak tahan sakit. nurse check baru bukaan 3cm. Dia suruh tunggu 4 jam lagi. Oh tidak.. Nak tahan sakit lagi.. bergayut lagi..tepon la sape2. lepas tu nak baring. tapi tak boleh. jadi macam2 gaya la aku atas katil tu.. yang penting dapat tahan saket. kena la rehat jugak kan sebab takot nanti takde tenaga masa meneran.

11 Oktober 2012

Jam 1 pagi. aku memang rasa saket sangat. Tapi aku tunggu dulu sampai jam 1.30 pagi baru aku beritahu nurse dan masuk terus ke labour room. Tapi aku xberitahu dan kol sape2 yang aku dah masuk labour room masa tu. Laki aku sendiri pun aku tak btau. 'BOLEH TAK MACAM TU'.. Sedap je laki aku dok berdengkur kt umah masa tuh.

Dalam labour room tu nurse check baru buka 6 cm. Duduk lagi terbaring kt atas katil sebab nurse nak tunggu sampai bukaan 10 cm. dan tepat jam 4.05 pagi.. Aku selamat melahirkan Muhammad Adam ke dunia ini. Alhamdulillah.. dah menyusukan Adam. Baru la aku minta nurse ambilkan hp aku. masa tu baru la aku kol husband aku beritahu aku dah selamat bersalin.


Walaupun aku ni Ibu GDM yang dijangka bayinya besar. Namun, Alhamdulillah, kuasa tuhan.
Muhammad Adam hanya 2.7 kg semasa dilahirkan. 


Ok lah.. panjang plak entry aku neh kan.. cukup la tu..






Monday, December 17, 2012

Design by mfa


Saje nak uplod hasil kerja laki I neh, encik mfa..


design pertama..

 ni mfa design chocolate wrapper..
ini mcm doorgift wedding kitorg la
utk2 cikgu cikgi, AKS & sahabat handai di Sabah..



design kedua...

business card ma..


Kedai Ma Ayah ni menyediakan perkhidmatan jahit tepi baju, ropol, jahit tepi tudung.
Selain itu, ada jugak menjual alat-alat jahitan contoh butang, benang, span baju,
jarum jahit tangan, jarum mesin, getah pinggang, piping, renda (corak simple2) jer..

Jahit tepi baju kurung sepasang = RM1.50
Jahit tepi baju kurung + lining = RM3.00
Jahit tepi baju kurung warna = RM3.00
Jahit tepi langsir biasa (benang putih) = 1m/RM0.30
Jahit tepi langsir biasa (benang warna) = 1m/RM0.50


Jahit tepi tudung sekolah atau shawl (standard size) = RM2.50
Jahit tepi halus kain yang besar = 1m/RM0.50

(harga ni harga tahun lepas, tp xtau la ada perubahan ke..
sbb setahun aku xbalik Malaya neh)


sekiranya anda memerlukan perkhidmatan di kedai ma ayah saya ni sila la kunjungi..

FATIMAH COLLECTION di:
No. LC008-LG KOMPLEKS KERAMAT MALL (opposite LRT Damai)
Jalan Datok Keramat, Kg Datok Keramat
54000 Kuala Lumpur.. No. tel: 0129360430


Waktu operasi:
Setiap hari : 10pg - 5ptg


*tetiba plak promote kedai ma ayah.. =)











Sunday, December 16, 2012

Hari Ulangtahun Perkahwinan Pertama


Pejam celik dah pun genap setahun perkahwinan kami..
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah..
Adam pun dah genap 2 bulan...


Ni saje nak upload gambar akad nikah, 16.12.2011
sebab tak de gambar nikah dalam blog ni..



masa ni masih bergelar CIK..
diapit oleh bestfriend aku..
kami bertiga ni maseh lagi keje di Sabah..
geng2 sekelas sume dh balik Semenanjung...|


 ni selepas selesai akad nikah...
engat nak uplod video.. tapi ada masalah sikit..
len kali la aku upload..


seterusnya..
.
..
..
..
..
..

Gambar raya 2012
19.08.2012



 masa ni dah 35 minggu







xnampak plak perutku nan membesar tuh..


ok la.. xlama lagi dah mula persekolahan 2013.


'Happy New Year'..




Saturday, December 15, 2012

Suara Serak


Dah 3 hari Adam suara serak...
suka sangat dia nangis kuat2...


video



masa checkup ngn dr pun..
dr tegur suara Adam kuat.. padahal nangis tu lapar nak susu..


tapi.. dengan suara Adam yang kuat tu..
Ada jiran tegur Adam asyik nangis2 je...
nak wat macam mana dh Adam kembung + suara tangisan kuat..
memang cukup pakej... (nasib je tak nyaring)

tapi sebagai ibu.. kita dah usaha yang terbaik untuk anak kita..
hati ibu mana tak sedih bila anak nangis kan..
cuma aku cam terasa sikit la ngn teguran tu...
macam aku ni xpandai kot..

dah kita mak dia..
mesti kita tahu dan paham ape yg peel Adam tu..
Aku pun tak nak anak aku asyik kembung je..
dah macam2 aku buat..

tapi Adam tetap jugak kembung..
jadi redha la dengan tangisan Adam tu..
dodoi2 dan pujuk2 dia je laa..

*aku siap pegi klinik lagi + pegi wad kecemasan tgh malam bw Adam
sebab nangis tak henti2.. rupanya dr ckp demam n kembung*


(tapi kan nak share cerita.. ma btau masa aku baby dulu, aku lagi teruk
menangis dibandingkan Adam.. dari senja sampai pukul 1 pagi
xberhenti menangis.. maybe Adam ni pun ikot peel umminya kott.. )




Friday, December 14, 2012

Aktiviti Pagi Jumaat


Dah selesai potong kuku Adam..
baru la leh updet blog...

Gaya huru-hara Adam tidur..
lepas ni Ummi betulkan postur tidur Adam ni yer...



cd baru prewash kali pertama..

aku baru berjinak-jinak nak guna cd..
malas nak beli pampers dan angkut banyak2 masuk dalam rumah...



Tuesday, December 11, 2012

LEGO


Masa isi minyak di Tawau..
sempat lagi laki aku beli LEGO neh..


*aku dah agak.. mesti dia nak hias dalam kereta neh*






sesi menyusun barangan LEGO Shell



taraa... dah siap pung!!!





Monday, December 10, 2012

First Outing


Sabtu lepas.. kali pertama bawa Adam jalan jauh.
 tapi xde plak gambar aku dengan Adam..
.
Adam tidur lena di customer lounge perodua..


Bulan depan kita pergi lagi ye Adam...




Saturday, December 8, 2012

Cara Panaskan Susu Ibu


saje nak share.. 





Friday, December 7, 2012

Doa Menambahkan Susu Badan


Diambil dari fb little precious garden.


Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan

 kenyang buat anakku


AMIN

*Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum


Surah Yasin ayat 72-73

Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

INSYAALLAH....









Thursday, December 6, 2012

Hello Thursday

video


hari ni Adam dah  1 bulan 25 hari
ini lah kerja Adam bila dia tak tidur..
tangan dan kaki mesti sama naik....