Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, May 16, 2012

Teacher's Day 2012


hampir 4 tahun bertugas sebagai 'pendidik'.. tapi tetap jugak kenangan paling manis masa jadi 'murabbi' di Sekolah Islam Adni pada tahun 2007.. 3 bulan je aku mengajar di sana..

ape pun...

'Selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru dan ibu bapa yang juga adalah guru kepada anak-anak mereka'...


Wednesday, May 9, 2012

Banyak ke Kerja Cikgu ni?



saje je wat tajuk entry cenggini.. Walaupun ada banyak macam mana pun tugas guru aku malas nak senaraikan.. Sebab mereka yang tidak memahami kerja guru TIDAK AKAN PERCAYA bebanan tugas guru itu.. Aku tidak merungut..

Cuma aku percaya.. Jika guru itu mengumpulkan semua senarai tugasnya itu.. tetapi masih ramai orang di luar sana yang menyatakan kerja guru itu MUDAH.. BANYAK CUTI.. hehe.. Silakan.. saya menghargai kata hikmat anda itu... 

Kalu rasa kerja cikgu itu senang.. sila tukar profesion anda dan bertukar kepada profesion guru bukan pensyarah ye.. tapi GURU sekolah.... masa tu rasakan la kehangatan dan kepayahan seorang pendidik itu bekerja... 

Kesimpulannya.. tak payah nak komplen kerja orang tu senang ke susah ke.. pada aku semua kerja itu ada tahap kesusahan yang tersendiri.. cuma kakitangan kerajaan yang bukan guru pun bertuah ape dari cikgu ni.. cukup bertuah sebab ape?

1. setiap seorang disediakan satu komputer untuk membuat kerja.. (cikgu? nan ado.. ada laptop sekolah pun bukan seorang satu cikgu dapat... berkongsi ramai2.. ) siap cikgu wat kerja pakai laptop sendiri ok..

2. Kursus untuk guru.. bukan semua kursus cikgu2 ni di hotel ye.. kadang2 tumpang di IPG je weyy... Kursus untuk kakitangan lain kebanyakkan di hotel...

Ada lagi kelebihan yang lain sebenarnya.. tapi aku malas la nak cerita panjang2 lagi... sebab aku tak kesah pun ngan kelebihan yang korang ada dibandingkan dengan guru di sekolah ni... sebab aku tau setiap kerjaya itu memang ada kelebihan dan kekurangannya.. Jadi ikhlas la bekerja untuk menghalalkan gaji kita.. tak perlu la wat perbandingan dengan kerjaya polis ke, guru ke, pegawai ke.. sama je sume tu... dah nama kerjaya tu pun lain-lain... jadi tugasnya pun lain-lain la... nampak senang.. tapi hakikatnya bukan senang kan...




Tuesday, May 8, 2012

Mau Pulang


Bila dah sampai masanya.. nak jugak balik semenanjung...

nak jugak rasa duduk dekat2 ngn parents sendiri..

nak juga rasa 2 minggu sekali jumpa parents dan adik-beradik..

tapi. macam susah plak...

bila terkenangkan statement seseorang..

"sebab suami isteri ada di sini.. jadi memang susah saya nak sokong perpindahan kamu..."

huhu.. takkan nak duduk sini lama2 sampai pencen..

tak larat aku...

ohh.. sudah mula rindukan semenanjung & suasana semenanjung

............

walau ape pun.. nikmati je la kemudahan yg ada di sini...

n teruskan kehidupan.. =)