Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, December 18, 2012

Diabetes Melitus Arising In Pregnancy


Bukan main lagi panjang tajuk entry tuhh. Saje je nak kongsi pengalaman mengandung dulu. Anak dah
2 bulan baru sibuk-sibuk nak stori mori kan....

Ketika 28 minggu mengandung aku kena buat MOGTT untuk mengesan samaada GDM (Gestational Diabetes Melitus) atau tidak. Macam biasa la.. kena puasa pukul 10 malam lepas tu pg besoknya ambil darah dan minum air gula. 2 jam lepas tu ambil darah lagi. Reading MOGTT aku tidak menarik iaitu
5.8/9.8.. memang tinggi la. sepatotnya jgn lebih 7. Masa tu bulan puasa. Memang aku kuat bantai kurma dan minum air manis. mungkin ini penyebab result MOGTT aku tinggi.


Nasib badan la. dah jadi ibu gdm, kebetulan aku ada history background dari parents aku iaitu darah tinggi dan kencing manis. Bila dah jadi ibu gdm ni. lagi macam2 mende la kena buat. Aku kena buat BSP (Blood Sugar Profile) plak. BSP ni kena amek darah 4 kali dalam sehari. Penat tau ulang-alik pergi hospital semporna ni. Nak tunggu turn lagi.

Pukul 10 malam tu mula puasa. Lepas tu ambil darah pukul 8 pagi. Selepas 8 pagi, breakfast.. biasanya aku akan makan 3 ketul kuih + air teh O kurang manis/air suam. Pukul 12 plak amik darah lagi. Lepas tu aku akan makan nasi (amaun sedikit) + ayam/ikan(kuantiti banyak) +air suam. Pukul 4 petang amik darah lagi. Lepas tu aku cuma makan oat+susu+air suam. Pukul 8 malam amik darah lagi. Lepas 8 malam tu la baru aku dinner. Lapar betol masa tu.

Ini hasil BSP aku yang sempat buat 3 kali jer. Setiap 2 minggu kena buat. Mood tak suka. =(


BACAAN BSP AKU
3 X BSP
FASTING
PRE LUNCH
PRE DINNER
PRE BED
 (24.08.2012)
5.0
4.2
4.5
4.3
 (07.09.2012)
4.73
4.4
4.3
5.1
 (21.09.2012)
4.45
4.1
5.2
4.2


Semua bacaan tu normal sebab tak melebihi 6.


Adik aku, ACAH (dia ni Doktor) .. 
ibu kencing manis - baby lebey nutrisi (baby besar)
ibu darah tinggi - baby kurang oksigen


Aku pun agak risau jugak takot baby aku besar. nak scan kt Semporna ni mana la leh estimate berat anak aku. Cuma yang agak melegakan setiap kali aku checkup dgn Doktor, Doktor beritahu lilitan kepala dan badan anak aku normal.

dan pada 10 Oktober 2012

Doktor di Semporna beritahu aku kena bersalin di Tawau sebab aku ni ibu GDM. Di Semporna tak de kepakaran dengan alasan takot ada apa-apa masalah nanti sebab biasanya ibu GDM ni baby besar. Aku dah risau, sebab aku tak nak bersalin di Hospital Tawau. dah la jauh dari Semporna, xde sedara mara. yang ada cuma laki aku sowang ni jerr.. Sangat berdebar Okey. nanti kena nek ambulan dari Semporna ke Tawau pada pukul 12 tgh malam.
 
Ma Ayah kat KL pun dah risaukan aku. Derang pun tahu jauh nak pergi Tawau. Ma Ayah siap sembahnyang hajat lagi untuk aku di sana...

Tetiba ada nurse datang jumpa aku dan beritahu.
"Puan tak perlu ke Hospital Tawau, Puan boleh bersalin di sini"

Alhamdulillah. Betapa gembiranya aku.tapi sibuk plak aku tanya.
"Aik, kenapa pulak.. tak pe ke? sy ni kan GDM"

"Doktor dah kol Doktor di Tawau.. Doktor Tawau cakap ketinggian perut puan tidak melebihi dari paras yang sepatotnya. jadi Doktor assume saiz baby normal dan boleh bersalin di Semporna. Sekiranya ada masalah baru lah puan akan refer ke Tawau"

Cepat2 aku sms husband aku di rumah sana. Husband aku datang tengok aku masa melawat je tau. Aku sensorang menahan sakit contraction kt Wad bersalin Semporna nih. Aku admit 9 Oktober. Sepanjang di Hospital aku terpaksa tidur secara duduk sebab aku tak leh baring. Sakit belakang sangat2.


10 Oktober 2012

aku masih dok tahan sakit belakang neh. untuk membuatkan aku leka dari kesakitan tuh. aku dok berjalan2 dan bersembang dengan geng2 dalam wad bersalin tuh. dah bosan, aku bergayut plak. Siap bergayut dengan cik teteh lagi. 

Pukul 9.00 malam aku dah tak tahan sakit. nurse check baru bukaan 3cm. Dia suruh tunggu 4 jam lagi. Oh tidak.. Nak tahan sakit lagi.. bergayut lagi..tepon la sape2. lepas tu nak baring. tapi tak boleh. jadi macam2 gaya la aku atas katil tu.. yang penting dapat tahan saket. kena la rehat jugak kan sebab takot nanti takde tenaga masa meneran.

11 Oktober 2012

Jam 1 pagi. aku memang rasa saket sangat. Tapi aku tunggu dulu sampai jam 1.30 pagi baru aku beritahu nurse dan masuk terus ke labour room. Tapi aku xberitahu dan kol sape2 yang aku dah masuk labour room masa tu. Laki aku sendiri pun aku tak btau. 'BOLEH TAK MACAM TU'.. Sedap je laki aku dok berdengkur kt umah masa tuh.

Dalam labour room tu nurse check baru buka 6 cm. Duduk lagi terbaring kt atas katil sebab nurse nak tunggu sampai bukaan 10 cm. dan tepat jam 4.05 pagi.. Aku selamat melahirkan Muhammad Adam ke dunia ini. Alhamdulillah.. dah menyusukan Adam. Baru la aku minta nurse ambilkan hp aku. masa tu baru la aku kol husband aku beritahu aku dah selamat bersalin.


Walaupun aku ni Ibu GDM yang dijangka bayinya besar. Namun, Alhamdulillah, kuasa tuhan.
Muhammad Adam hanya 2.7 kg semasa dilahirkan. 


Ok lah.. panjang plak entry aku neh kan.. cukup la tu..






No comments: