Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, December 28, 2012

Cerita Mohon Pindah Pulak



Semalam dikunjungi oleh Kak Zura sekeluarga. Kesian pada Kak Zura sebab masih belum dapat berpindah ikut suami ke semenanjung. Padahal sudah kali keTIGA beliau memohon minta tukar dari Sabah ke Semenanjung. Beliau dah buat rayuan segala bagai dan berkampung di Putrajaya tapi masih jugak jawapan pertukaran negative. Bukan beliau seorang je mohon ikut suami. Ada lagi kengkawan aku yang lain memohon tapi sama jugak keputusannya.. DUKACITA PERMOHONAN PERPINDAHAN TIDAK DILULUSKAN.

Memang cabaran betol bila duduk jauh ni. Walaupun aku ada suami sama-sama keje di Sabah. Tapi tetap terasa cabarannya. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Sini tak ada nursery. Lepas tu kena pakai maid untuk jaga budak. Kalu tetiba maid sakit, cmner? Nampak gaya kena MOHON CUTI JAGA ANAK. Tak boleh nak minta tolong ngn sedara mara sendiri sebab semuanya di Semenanjung.. Lepas tu bila asyek mohon cuti sebab jaga anak, terus diCOP kita tak berdisiplin plak sebab MEMANJANG JER MINTAK CUTI.. dah duduk jauh macam ni.nak harapkan sape tengok anak kita kan…

Nak tak nak.. BERTAHAN & BERSABAR je la.. Mohon pada ALLAH dipermudahkan semuanya.. Rasa cam nak balik n keje kat Semenanjung cepat-cepat. Kadang-kadang leh plak feeling macam dah tak duduk sini tahun depan… Haha. Berangan ape salahnya kan.. At least Angan-angan indah ni boleh la jadi pengubat jiwa lara sebab dok jauh.. Tapi bila tengok geng2 nak minta tukar ke Semenanjung macam SUSAH SANGAT jer dapat tukar.. menyampah plak aku dibuatnya.. Ape kata orang SABAH di Semenanjung mintak balik bertugas ke tempat lahir derang sendiri. Kami di SABAH ni mau pulang mendidik di tempat kami plak di Semenanjung.. =(.. ..

Aku dah DEMOTIVATED nak kerja kt sini.. dah jadi macam malas. Tapi bila mengenangkan nak HALALKAN GAJI itu.. Aku gagahkan la diri aku ni. Buang semua rasa DEMOTIVATED itu… Teruskan kerja dengan PENUH SEMANGAT pada tahun 2013 ni. CHEWAHHH!!.. Semangat la sangat kan.. Yang penting KITA ENJOY…

Tu ayat memujuk diri sendiri jerrrr.. ape pun masih berharap dapat pulang ke Semenajung tahun depan.. walaupun tahun ni ni baru nak isi EG TUKAR.. Mengada kan!!.. baru nak isi EG TUKAR dah kecoh2 nak tukar cepat2. Padahal orang len banyak kali apply pun xlepas gak balik Semenajung. ASAL EH??? .. ape pon kena banyak kan BERDOA… mana la tahu kot-kot REZEKI kita kan.. =)



No comments: