Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, September 30, 2012

Rezeki.. =)



Rasa seronok plak bila 10% diskaun akan diberi kepada pembayar konsisten pinjaman PTPTN.
Aku termasuk dalam kategori tu.. Semenjak aku mula keje temporary job dari penghujung 2006..
aku dah mula bayar.. tapi bayar sikit jer.. sebab gaji masa tu ciput sangat.

Sekarang ni.. dah keje gomen.. terus aku buat tolak gaji.. tapi leceh jugak urusannnya sebab aku nak
bayar secara tetap.. maksud aku setiap bulan RM150 sehingga la habis bayar.

tapi masa 2009.. aku punya skim bayaran PTPTN jenis berubah mengikut tahun..
contoh : tahun 2008 - 105/sebulan
             tahun 2009 - 135/sebulan
Aku tak nak potongan gaji macam tu. aku nak yang tolak secara tetap.
Oleh itu, aku pun kol pihak PTPTN untuk memohon bayaran secara tetap.
Masa tu aku bajet RM150 la.. Sekali bukan aku yang tentukan bayaran tu..
Rupanya pihak PTPTN.. sekali kena tolak gaji RM200.79 da..
Semput aku tengok.. makin susut gaji aku,,


Selepas itu, tahun 2011 diumumkan kos pentadbiran 1%.. buat lagi urusan kali kedua..
daftar ujrah dan Telefon PTPTN.. tunggu plak surat dari LHDN untuk tolak gaji ikut
penyelarasan ujrah ni. Alhamdulillah, makin susut baki pinjaman aku tu..
dan penyelarasan dibuat balik kena la tolak gaji sebanyak RM179.01 pada Ogos 2012..

kiranya hampir 5 tahun aku dah bayar ni... tapi setakat ni baru susut sampai 10k+++..
bila dah ada 10% diskaun ni... nampak gaya cepat la hutang aku abes nanti.. Insyaallah..


......




No comments: