Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, September 26, 2012

Jangan Bersedih


Hari ni ada pegawai SPA dan PPD datang melawat sekolah melihat dan check fail..
Aku antara guru yang terlibat melayan kehendak-kehendak pegawai ini..
kami berkongsi pendapat, membentangkan masalah sekolah dan mengutarakan perkara-perkara
yang menjadi kemusykilan pihak guru...

dah selesai hal kerja.. ada beberapa pegawai tanya aku..

"bila due cikgu?"

17 oct..

masing-masing tersenyum melihat aku..

tetiba PK aku cakap..

"Nik, jangan sedih2 bersalin di sini (Semporna)"

Aikk...... nape bagi statement macam tu kat aku..
Aku tak sedih pun bersalin sini.. sebab aku tahu dan sangat percaya dengan apa yang telah diaturkan oleh Allah kepada aku.. Semuanya aku serahkan padaNYA..

Yang pasti bersalin di mana-mana pun sama.. rasa sakit juga masa bersalin tu..
nak tak nak kena kuatkan diri jugak untuk bersalin di tempat orang biarpun jauh dari sanak saudara..

Cuma satu je yang aku sentap sangat...
dah tau aku bersalin jauh dari keluarga...

Asal la pihak pentadbir sekolah ni xluluskan cuti 2 minggu awal aku tu..
xpun bagi seminggu awal pun xpe...
pastu sedap-sedap je bagi statement jangan sedih-sedih..

kalau dh kesian tu.. bagi la aku cuti kan?

nak tak nak aku kerja la sampai masa aku nak bersalin nnt..


moga semuanya dipermudahkan oleh Allah..





No comments: