Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, May 9, 2012

Banyak ke Kerja Cikgu ni?



saje je wat tajuk entry cenggini.. Walaupun ada banyak macam mana pun tugas guru aku malas nak senaraikan.. Sebab mereka yang tidak memahami kerja guru TIDAK AKAN PERCAYA bebanan tugas guru itu.. Aku tidak merungut..

Cuma aku percaya.. Jika guru itu mengumpulkan semua senarai tugasnya itu.. tetapi masih ramai orang di luar sana yang menyatakan kerja guru itu MUDAH.. BANYAK CUTI.. hehe.. Silakan.. saya menghargai kata hikmat anda itu... 

Kalu rasa kerja cikgu itu senang.. sila tukar profesion anda dan bertukar kepada profesion guru bukan pensyarah ye.. tapi GURU sekolah.... masa tu rasakan la kehangatan dan kepayahan seorang pendidik itu bekerja... 

Kesimpulannya.. tak payah nak komplen kerja orang tu senang ke susah ke.. pada aku semua kerja itu ada tahap kesusahan yang tersendiri.. cuma kakitangan kerajaan yang bukan guru pun bertuah ape dari cikgu ni.. cukup bertuah sebab ape?

1. setiap seorang disediakan satu komputer untuk membuat kerja.. (cikgu? nan ado.. ada laptop sekolah pun bukan seorang satu cikgu dapat... berkongsi ramai2.. ) siap cikgu wat kerja pakai laptop sendiri ok..

2. Kursus untuk guru.. bukan semua kursus cikgu2 ni di hotel ye.. kadang2 tumpang di IPG je weyy... Kursus untuk kakitangan lain kebanyakkan di hotel...

Ada lagi kelebihan yang lain sebenarnya.. tapi aku malas la nak cerita panjang2 lagi... sebab aku tak kesah pun ngan kelebihan yang korang ada dibandingkan dengan guru di sekolah ni... sebab aku tau setiap kerjaya itu memang ada kelebihan dan kekurangannya.. Jadi ikhlas la bekerja untuk menghalalkan gaji kita.. tak perlu la wat perbandingan dengan kerjaya polis ke, guru ke, pegawai ke.. sama je sume tu... dah nama kerjaya tu pun lain-lain... jadi tugasnya pun lain-lain la... nampak senang.. tapi hakikatnya bukan senang kan...




2 comments:

ain dzaya said...

huhu..seab tu kot ain ta lyk jadi cikgu..nak berhadapan dgn student yg macam karenah..huhu

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

NiK SeNsEI said...

memang pun.. tapi sama je mana2 kerja tu.. thanks. =)