Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, February 6, 2012

Salam Maulidur Rasul


Walaupun dah lewat sehari aku nak jugak menyampaikan ucapan :

"SALAM MAULIDUR RASUL 1433H"

Alhamdulillah dapat juga la berehat cuti selama 3 hari ini dari permintaan GB yang menyesakkan kepala aku.
Kadang-kadang konfius dibuatnya... Sebab aku ni agak kurang paham dialek bahasa GB aku ni. Sebab tu la bila berdiskusi dgn beliau aku akan tanya banyak soalan. Maaf ye GB. 

Itu pun dah kira ok jika dibandingkan masa mula-mula aku posting di sini tahun 2008. Satu mende pun aku tak paham ape yg GB aku dok cakap masa meeting. Alhamdulillah.. aku semakin boleh menyesuaikan diri dan memahami dialek orang-orang sini. Senang la sikit aku nak berkomunikasi dan menerima maklumat dari derang kan..

Itu lah namanya cabaran bila tinggal di tempat orang ni. Memang cukup berlainan di Semenanjung, campak la aku di mana-mana.. Utara, Selatan ke.. bagi je sebulan.. sekejap je aku dapat tiru dialek orang.. cuma agak pelat la sebutan aku tu...

Berbalik situasi aku di Sabah ni.. tekanan kerja akan semakin bertambah tak lama lagi.. itu sudah pasti... jangan bertambah kedutan SUDAH... Aku cuma berdoa semoga segala urusan aku dipermudahkanNYA. Amin..



No comments: