Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, August 26, 2011

Buang Semua... Nya



Alhamdulillah... semalam selamat sampai di rumah pukul 11 malam...


Pagi ni sahur dengan penuh berselera bersama-sama ma Ayah, acah, najwa n Yayin sambil layan cerita 'GENG MENGAJI'...


Lepas sahur sembang-sembang dengan adik-adik.. then, aku mula mengemas bilik aku yang penuh dengan segala mende... tapi sayang betol nak buang... dah ruang sempit.. aku relakan jua barang-barang aku tu dibuang..

Senarai Barang Buangan :

1. Semua Disket zaman belajar di Matrikulasi KMNS & UKM
2. Semua buku2 rujukan yang telah dipotostat (hanya buku hardcover je jadi simpanan)
3. Baju lama-lama (simpan dalam plastik - hjg thn ni sedara-mara dr kg dtg.. bg je kt derang)
4. mende-mende yang memang patot dibuang..


tapi.. barang masih banyak jugak... =(





Wednesday, August 24, 2011

Tensen...


Tensen betoi!!!..


tETIBA je ada pengumuman sekolah aku cuti ari Jumaat...

Alahai... tiket flite aku petang Jumaat...


Rugi satu hari berbuka dengan ma Ayah.. Ishhh.





Monday, August 22, 2011

Alhamdulillah.. Selesai


Akhirnya bebanan yang ada dah selesai..

tak sabar nak menghitung hari balik KL.. nak beraya ni...



Sunday, August 21, 2011

DUGAAN BULAN RAMADAN....



Tension dapat ketua yang menganiayai anak buahnya..

kalu aku buat tak tahu.. nanti teruk aku ni dibuatnya.. padahal itu kerja dia..

nanti nak minta cuti pun susah.. aku rasa tekanan betul kerja kat sini..

tak ape.. Allah ada bersama ku...

Ya Allah... Bantu lah hambamu yang kerdil ini menghadapi dugaan di tempat orang...

'Sape kata senang kerja jauh-jauh ni? nak minta tukar pun susah...'


tak pe.. SABAR je la kuncinya..




Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran


Pada setiap tanggal 17 Ramadhan umat Islam akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.


dipetik dari seorang sahabat

"
Cara mudah mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu m/s setiap juzuk Al-Quran. Contoh 1: Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Begitulah seterusnya. "





SALAM NUZUL QURAN



Monday, August 15, 2011

Segi Tiga Sama Kaki


Jumaat lepas... melawat member yang dah bersalin anak lelakinya nama umar.. sangat comel & agresif..

bila jupe geng-geng perempuan... ada je cerita.. tak pasal-pasal mengumpat pasal budak-budak.. ermmm.. dh kurang pahala pose aku..


Soalan : Lukiskan Segi Tiga Sama Kaki..

Jawapan murid : lukis sepasang kaki... " tak ke bengang ngn jawapan itu"


Pendapat guru: budak ni cuma baca soalan sepatah di bahagian hujung sahaja...


"GOOD GIRL"





Counting Days....


lagi 12 hari nak balik KL...

ermm.. orang lain balik kampung.. aku balik BANDAR jer...

xsabar nk g bazar ramadan kt sana..






Saturday, August 13, 2011

13 Ramadan




Alhamdulillah.. cuaca agak redup je di Semporna pada hari ini.. pukul 1.30 pm selepas perap ayam rempah aku tu. Cepat-cepat aku nk kuar ke Pekan dengan cuaca yang sangat best ni.. Memang aku dah plan nak beli ikan kerapu ataupun ikan ketambak.



ikan ketambak



ikan kerapu.



kerapu kukus...









Wednesday, August 10, 2011

Khilaf - Rockie Band



Suka lagu ni selepas tengok cerita Indonesia 'Ku temukan Engkau Di Setiap Tahajudku'


Lirik Lagu Rockie Band – Khilaf

Astaghfirullah robbal barooyaa
Astaghfirullah minal khotooyaa

Di dalam satu kisah
Dalam tujuan hidupku
Mencari terang cahaya-Mu

Sembah sujudku disini
Ku mohonkan ampunan-Mu
Tunjukkanlah ridho-Mu Yaa Allah

Astaghfirullah al azhim 4x

Ku akui semua dosa
Di dalam doa syukurku
Hapuskanlah semua kesalahan

Sucikanlah hati ini
Dari cobaan dunia
Ku pasrahkan hanya pada-Mu Yaa Allah

Reff:
Ampunlah Yaa Allah ampun Yaa Rabbi
Ampuni segala khilaf dan dosaku
Ampunlah Yaa Allah ampun Yaa Rabbi
Ampuni semua kesalahan kami

Sebelum semua berakhir
Ku mohon dosaku ini
Semuanya akan Kau ampuni
Sebelum semua berakhir
Ku mohon dosaku ini
Semuanya akan Kau ampuni

Allahu Akbar
Yaa Allah
Allah Maha Besar

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Allahu Akbar
Yaa Allah
Allah Maha Besar

Allahu Akbar
Terangi aku
Allah Maha Besar

Sebelum semua berakhir
Ku mohon dosaku ini
Semuanya akan Kau ampuni.




Monday, August 8, 2011

Juadah Iftar



Juadah Iftar Hari in Nasi Kerabu dengan Ikan Ketambak Goreng..


Tak sangka berjaya jugak aku masak nasi kerabu tumis neh... merata2 pegi cari budu kt Semporna dengan family Kak Zura...

Terima kasih ma untuk resipi ni.. =)






Susahnya....



Berat betul mata ni nak bangun sahur pukul 4 pagi.. Asyek-asyek terbabas je bangun pukul 4.30 pagi...









Sunday, August 7, 2011

8 Ramadan 1432H



Alhamdulillah... aku berjaya jugak masak nasi kerabu mengikot resepi ma.. rasa memang sangat best.. 'Aik puji diri sendiri plak'.. memang aku xmalu..

Hari ni nk g masak2 kt umh shaba n ila plak.. derang nak masak laksa..

Ok Jom....



Friday, August 5, 2011

5 Ramadan 1432H



Bila dah duduk sorang-sorang ni lain plak 'peel'nya...


kt cni waktu sungkai (berbuka) pukul 6.23p.m.. jadi aku dah mula sediakan juadah simple aku pukul 4.3o petang.. itu paling awal la kot.. sebelum memasak tu aku akan buka channel hitz.fm kt astro.. maklum la... kalu nk dengar di radio memang susah dapat siaran radio di Semporna ni...


ok nak pasang lagu kuat-kuat..

jom.. kita masak..