Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, January 30, 2011

Rumah Oren_2011



Sukan telah berjaya dilangsungkan pada 28 Januari 2011..
Tahun ni saya rumah oren...


Terima kasih kepada kak dayah kerana sudi
merakam memori yang best neh..



pelari pecut... tp xde pingat pun..
perempuan je menang gangsa 4 x 200m..
dan acara lompat tinggi (P) - emas



kumpulkn budak2 dulu..




sesi warming up..




sesi menyorok..
tak nak masuk lari sebab dh xlarat berdiri ke hulu-hilir sokong budak lari..


tp sebenarnya malas... haha..









Saturday, January 29, 2011

Bagaikan Hangat-Hangat Tahi Ayam


Ini adalah karangan aku sendiri. tapi bukan mengikut tatabahasa yang betul la.


Pada suatu masa dahulu, si abang ni ingin membeli sebuah jam. Untuk mendapatkan jam tersebut, si abang menggunakan pelbagai cara dan usaha. Setahun setengah dia mencuba, maklum la memang susah pun nak dapatkan jam itu. Mungkin sebab jam itu sangat berharga kot.


Akhirnya, si abang berjaya mendapatkan jam tersebut. Jam itu ditatang dan dijaga dengan baik. Sehingga pada suatu hari jam itu tidak berfungsi sekejap. Si abang menjadi marah. Si abang ni memang sangat menyayangi jam tersebut. Tetapi sayang, semakin ketara perubahan si abang setelah berjaya mendapatkan jam itu.


Walaupun jam itu kembali berfungsi dengan baik. Si abang sudah lagi tidak menghiraukan jam nya itu. Setiap hari, hanya Jam sahaja yang berbunyi memanggil si abang. SI Abang pun hanya sekadar menutup bunyi jam itu sebagai rasa tindakan itu adalah perlu baginya. Selepas itu, si abang tidak ambil berat terhadap jamnya itu.


Memang la si abang hanya bersungguh-sungguh pada peringkat awal sahaja. Selepas itu, dibiarkan sahaja Jam itu bersendirian. Kasihan Jam.. Sabar ye jam...



Adakah si abang akan berubah kembali kepada dahulu?





Friday, January 14, 2011

bookmark = bookmate


mcm biasa.. masuk kelas.. amek attendance murid..

pastu ajar compound words plak...


niksensei : apa maksud bookstore?

murid : dengan penuh bersemangat (bookSTORY)

niksensei : muka aku dah cam excited.. engatkan memang dia tahu..
aku pun tunjuk 'bookmark' plak..

murid : dengan bersemangat membaca "bookMATE"

niksensei : adehhh... aku pn betulkan balik... dan tunjukkan bookmark aku kt student..

murid : (dengan penuh bersemangat) ... JADUAL teacher..

niksensei : aku geleng...

murid : penanda buku...

niksensei : that's right..


fuhhh.. lega.. ada juga yg paham signal aku..








Wednesday, January 12, 2011

AYAT MEMUJUK


kalamullah atau pun kata-kata Allah ataupun love letter dalam al-furqan (al-quran) banyak faedah dan khasiatnya. sejak berjauhan dengan ma.. bukannya selalu aku baca quran.. asyek-asyek malas je... sekarang ni pun macam rasa 'down' je... tak bersemangat pun.. ermmm..


tapi bila banyak membaca terjumpa sesuatu keistimewaan 2 surah makiyah ini iaitu surah
ad-duha dan surah al-insyirah. surah yg ringkas tapi memberi penuh makna.. surah ini ada 'ayat memujuk'..


maksud surah ad-duha..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. الضُّحَى Demi waktu matahari sepenggalahan naik,
  2. وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى dan demi malam apabila telah sunyi,
  3. مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,
  4. وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.
  5. وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.
  6. أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
  7. وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
  8. وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
  9. فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
  10. وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya.
  11. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).


Surah Al-Insyirah

: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Thank You Allah for the beautiful words.......



Tuesday, January 11, 2011

TELELES



tajuk entry kali ini diilhamkan oleh anak murid aku sendiri..


tahun ini, aku adalah guru kelas thn 5 Jujur..
murid disusun mengikut aras kepandaian...
dan kelas aku adalah kedua paling akhir..


topik hari ini adalah plural nouns..
dah bagi latihan..


kita mulakan dengan membaca plak..
mula-mula aku bagi la sorg baca.. lepas tu yg lain ikut..
tp prononounciation mcm hancur..


ok.. aku plak yg baca..
tapi derang plak excited nak baca sendiri.
aku pun bagi peluang la..
sampai......


leaves - budak2 baca ikut bacaan bahasa melayu..

adeh.. tepuk dahi..


ok.. bacaan diteruskan..


turtles - derang baca TELELES..


aku ni senyum je menahan gelak...


adoyaiiii.. jgn la baca macAm ni... wahai MARDEKA.. (klasik kan nama anak murid aku neh)


ohh.. sungguh menghiburkan isi perut aku neh....



Saturday, January 8, 2011

A GifT....


ini hadiah besday saya masa tahun 2009...
masa mula dapat tu... mcm leh agak frame...


tp bila dah tengok sendiri..
i'm speechless...
gambar di atas tu adalah koleksi muka-muka saya
sekitar tahun 2008-2009..


muka masa 2008 memang teruk...
ala-ala blur.. n mcm xtahu pape...

2009 - agak ceria sikit...


baru je publish hadiah ni.


maafkan saya ye.....






Friday, January 7, 2011

MY First Ringing...




bru je 2 hari jam berfungsi sbb Dia dah tlg belikan bateri tu..
pagi td dh memekak jam ni menjerit..

it's really nostalgic..
kali terakhir guna pun masa sekolah menengah di hostel dulu...
kunci jam pada pukul 4 pagi untuk hafal juz amma, as-sajdah dan lain2..
hafal ilmu fiqh, tauhid, tafsir n hadis...


tapi... itu dh jd sejarah pun..
belajar fiqh, tafsir, hadith dlm bahasa arab...
susah jgk nak phm... tapi berkat dididik oleh ustz n ustazah..
dapat la jugak 6A dr 7 subjek Agama.. sbb Tafsir quran dpt B..


dan favourite subjek aku adalah qawaid/nahu...
tu pun belajar qawaid dlm bhs arab...


thanks to Ayah yg menghantar aku ke sekolah seperti ini...


tp skrg mcm dh banyak terlupa....
sebab form 4 aku dah tukar ke SMK Puteri Wilayah
sbb nak amek science stream..


walau ape pun.. aku tetap bersyukur..




Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011


Tahun Baru 2011...
Azam Baru..

Ape lagi yg Baru tu?