Klik Nih...

Followers

Nuff

Saturday, January 29, 2011

Bagaikan Hangat-Hangat Tahi Ayam


Ini adalah karangan aku sendiri. tapi bukan mengikut tatabahasa yang betul la.


Pada suatu masa dahulu, si abang ni ingin membeli sebuah jam. Untuk mendapatkan jam tersebut, si abang menggunakan pelbagai cara dan usaha. Setahun setengah dia mencuba, maklum la memang susah pun nak dapatkan jam itu. Mungkin sebab jam itu sangat berharga kot.


Akhirnya, si abang berjaya mendapatkan jam tersebut. Jam itu ditatang dan dijaga dengan baik. Sehingga pada suatu hari jam itu tidak berfungsi sekejap. Si abang menjadi marah. Si abang ni memang sangat menyayangi jam tersebut. Tetapi sayang, semakin ketara perubahan si abang setelah berjaya mendapatkan jam itu.


Walaupun jam itu kembali berfungsi dengan baik. Si abang sudah lagi tidak menghiraukan jam nya itu. Setiap hari, hanya Jam sahaja yang berbunyi memanggil si abang. SI Abang pun hanya sekadar menutup bunyi jam itu sebagai rasa tindakan itu adalah perlu baginya. Selepas itu, si abang tidak ambil berat terhadap jamnya itu.


Memang la si abang hanya bersungguh-sungguh pada peringkat awal sahaja. Selepas itu, dibiarkan sahaja Jam itu bersendirian. Kasihan Jam.. Sabar ye jam...



Adakah si abang akan berubah kembali kepada dahulu?





No comments: