Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, July 30, 2010

KAIN TERLONDEH




Baru sahaja balik dari kem motivasi budak2 neh... aku mengikuti sembahyang jemaah pada hari terakhir di kem ini.. terengat kesah aku semasa di asrama dolu-dolu..


semestinya kena solat berjemaah di surau. ketika berjemaah maghrib.. aku dah lewat ke surau. mana nak sarung baju kurung.. mana nak amek telekung lagi... terkocoh-kocoh aku join solat jemaah magrib. Alhamdulillah.. sempat..


tengah syok je aku dengar imam (imam perempuan) tu baca surah.. aku dah perasan macam ikatan kain aku semakin longgar. tak pe.. leh tahan pakai tangan kan.. solat diteruskan mcm biasa. waktu sujud n duduk antara dua sujud.. cepat2 aku ambil kesempatan ikat kain tuh..


Rakaat seterusnya.. dengan penuh aksi perlahan... terus je kain aku terlucut ke bawah. Opss.. takpe.. solat maseh boleh diteruskan selagi aku maseh menutup aurat. sbb kain tu masih menutupi kaki aku..


tetiba.. ada gelakan kecil di belakang..


"ihik,, ihik.. ihik..."


cinabeng!!... ada saf lagi kt belakang aku.. arghh.. aku pedulikan segala bunyi-bunyian itu dan teruskan pada kewajipan aku. Alhamdulillah selesai mengerjakan solat magrib yg sungguh banyak dugaannya..


selesai bacaan doa. terus aku pusing ke belakang... melihat tuan empunya badan yang berani menggelakkan aku tuh... oooohh.. ada 2 budak junior tersengeh-sengeh..


"ni mesti korang kena solat magrib balik kan... sbb dah batal solat. korang dok gelak-gelak sakan"


"hihihihihikkkk.... kitorang tak tahan la kak nik... tengok kain akak terlondeh"


"haaaa... padan muka.. kena solat balik"



suatu memori indah zaman sekolah dolu-dolu...



TITIK








Tuesday, July 27, 2010

outstation

Bekerja di luar kawasan.. Bawa budak ke kiulu. Tuaran.. Terpaksa dok dendiam tanpa internet buat sementara waktu..

Thursday, July 22, 2010

Jalan Tawau-Semporna



perjalanan dari tawau menuju ke Semporna sungguh mengasyikkan..
ladang kelapa sawit kiri kanan sepanjang jalan..



dan mengingatkan aku masa mula2 sampai di sini..
2 Ogos 2008, dari epot Tawau.. nek bus ke Semporna beramai-ramai


nek je bus.. terus aku membuta..
celik mata je.. nampak kelapa sawit.
sambung tido balik..
mmg la aku ni kaki tido..


layankan gambar jommm..






banyak je gambar... tp malas nk upload..









ini gambar bersama hosmet di Library Semporna..
masa ni dah sampai di Semporna..




Heppy besday Haslinda...
hahahaha.. you dah tua tau....



Tuesday, July 20, 2010

MaMa Bosan Versus Ketulahan..


Lokasi : Tingkatan 5 Usaha
Pelakon : Semua Pelajar Perempuan 5 Usaha batch 200*
MaMa Bosan..



bermula dari Form 4 Usaha sehingga Form 5 Usaha..
ini merupakan kali ketiga guru kimia kami sebab guru pertama
pindah sekolah..


ketika di zaman remaja dulu..
ada di antara kami yg agak 'notti' ckit..
termasuk lah aku.,.
notti aku cuma aku suka tido dlm kelas je..
tp aku xsuka 'tuang' kelas..


guru kimia kami yg baru ini sangat membosankan kami..
masuk kelas je tengok mukanya yg masam..
lepas tu ajar sikit2.. dan beliau suka
panggil arwah Rozana utk explain cara penamaan struktur..
kerja aku plak.. mata makin layu dan semakin kuyu..
akhirnya menguap..





huwaaa.. sungguh bosan belajar kimia..


kenakalan dan sikap kurang ajar semakin terserlah...
sampai kan fail kimia pun aku xkesah..
mengumpat ape tah lagi...


sehingga beliau pernah berkata-kata:

"kamu gelaklah ye.. nanti saya pasti ada diantara kamu akan
belajar degree in chemistry.. kamu tengok lah nnt"



semua org terdiam...



kembali ke bulan Syawal tahun masehi 2009,
Lokasi : Rumah Ateh
Pelakon : niksensei,, ateh, zali n majeed..



maseh terngiang-ngiang di telinga aku kata-kata si majeed..

"wey, korang engat tak ape kata MaMa Bosan tuh?..
dia kan penah ckp.. nnt mesti ada antara kita amek kimia..
HAAA.. KORANG BERDUA LA.. (ATEH & NIK) yg degree kimia"


oppppsssss.... tak sangka seramai 30 org dr kami..
aku ngn ateh yg terpilih mendapat ketulahan dr beliau..


tapi tak pe.. sejak aku di KMNS..
mmg aku dah jatuh cinta dgn kimia..
walaupun keje aku skrg xberkaitan dgn kimia..







terima kasih PN. _ _ _ _ _ _
Jasamu dikenang..
Maafkan kami kerana memberi gelaran tersebut pada cikgu..


Semoga Cemerlang di Dunia dan AKhirat..


Amin..




Monday, July 19, 2010

Kursus





Berkursus selama 3 hari di IP Tawau..


venue: IP Tawau
Date: 19-21 July 2010


kali xtahu la.. dpt claim perjalanan ke tidak..
selama berkursus ni hanya sekali sahaja dpt claim..







Sunday, July 18, 2010

What To Do..




Bangun seawal 4.30 pagi...
menunaikan kewajipan solat subuh..



updated markah kelas 6 Bersih..
mandi...



belek2 asigment utk dihantar ke kursus MBI 3rd Phase.. (kalu sempat)



dan berkemas serta..
bersedia..



ke







PULAU KALAPUAN..




- hey ya -











Saturday, July 17, 2010

Ubi Kayu + Kopi Panas

menu kegemaran orang tua..



Semporna di landa hujan..
abes aku basah kuyup berkejaran angkat baju td..



kebetulan hosmet, teteh ada membeli ubi kayu..
maka berpesta ubi kayu la kami..


- the sky is crying -






bersiap..



bersiap-siap pagi ni..
kena g sekolah la plak..




Thursday, July 15, 2010

TONOBETA



T.O.N.O.B.E.T.A
Aneh bukan namanya..


asal-usul nama ini bermula apabila si achik (tahun 1) bertanyakan sesuatu pada aku..

"TONOBETA tu nama laptop teacher ke?"
sambil achik berbisik


"hah, ape dia achik?"
niksensei


"ini teacher, TONOBETA"
sambil achik menunjukkan pada perkataan TOSHIBA kt laptop aku..


"ohh... itu bukan TONOBETA la achik.. itu TOSHIBA"
niksensei..


betul-betul la aku tak dapat memahami ape maksud si achik ini..


wahh... jadinya laptop aku dah ada nama baru...


TOSHIBA @ TONOBETA..



...........









Wednesday, July 14, 2010

Misi Malam Ini


Banyak perkara yang perlu diselesaikan pada malam ini...



ajar bebudak tengok jam melalui internet..
ermm.. da setel..



Misi Utama.. Mark Paper
Moga-moga CIk Mata boleh bertahan..



gambar hiasan..


ok.. nak sambung wat keje..




Monday, July 12, 2010

Pulau Pandanan





Satu hari dr pg ke ptang menuju ke 3 pulau:
  1. Pulau Pom-pom
  2. Pulau Pandanan
  3. Pulau Timba-timba




Malangnya tak banyak gambar dapat diabadikan
sebab bateri kamera dah weak..






Sunday, July 11, 2010

Indahnya Alam Lautan...

jom snorkel..
lokasi: Pulau Pom-pom







snorkel dalam hujan..




kima














nemo @ clown fish..




warna laut membiru di sana..
lagi gelap warnanya.. lagi dalam la paras laut tersebut..













melepek starfish kt situ..
















dan pulang menuju ke pantai..


- the end-




Saturday, July 10, 2010

Yellow Fish

berdua selamanya...






sungguh comell..


lokasi: Pulau Pom-pom
kamera: olympus uT6000,ST6000
penembak yg tak pandai: niksensei..





Friday, July 9, 2010

Pulau Pom-Pom, Semporna

Bawa acah n the geng jenjalan pulau-pulau di Semporna. Antara tempat yang aku bawa beliau ialah Pulau Pom-pom, Pulau Pandanan dan Pulau Timba-timba. cuma malangnya.. bateri kamera dah abes sebaik sahaja tiba di Pulau Pandana.. tak pe la.. kita layankan aje ape yg ada kann..



depan sana tu Pulau Pom-Pom




bersama acah n the geng..




tips: kalu nak snorkel.. pastikan keliling pulau dan ambil gambar sesuka hati..
then.. bru la snorkel sampai muakxxx..








riang-ria.. mentang-mentang la bru abes exam..













cuba teka mana satu saya n acah?



































nak ujan neh...



aik.. mana awan hitam td?








ok... snorkel time..



semestinya gambar sy tak ada sbb sy yg shoot depa dok snorkel..
bg can pada adek2 yg dtg jauh2 neh..






Tuesday, July 6, 2010

R.E.H.A.T

Semenjak dua menjak nie. Semporna asyik dilanda hujan sahaja. Tapi hari ni tak hujan plak. xsabar-sabar anak murid aku tuh nak g padang stadium nak main bola. haishh.. aku dah feeling2 nk PJ dalam kelas je. oleh kerana sikap xsabar nk g main di padang. maka, aku layankan aje la..



syok btol derang main bola..



pastu kelas aku direct sampai la ke rehat..
oleh kerana tahun 5 di tingkat dua.. nak kena menapak tangga..
maka aku malas nak menapak..
jadinya lepak la di kelas,...


sebab aku malas nak lepak kt bilik guru..
tempat aku bukan la dibawah kipas..
hanya mengharapkan angin sepoi-sepoi bahasa..
itupun kalu ada..
kalu xde.. kena tempias hujan plak..



sambil dengar lagu.,.. (budak2 ni bising btul time rehat)
sambil2 wat RPH utk besok..
sambil2 tengok gelagat budak perempuan main kejar-kejar dalam kelas..
sungguh menghiburkan dan melawakkan..

















tapi ketika aku tahun 5 dulu...
aku da xminat main kejar-kejar...
aku cenderung main lompat getah..


main kejar-kejar ni kegemaran masa aku tahun 1...
dah la pakai pinafore...
silap-silap jatuh tergolekk...
haaa... sila tutup mata ye!!!!



gambar ini tiada kaitan..
cuma lokasi di dalam kelas...




sekian
-terima kasih-