Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, February 28, 2010

Selesai jugak...



Selesai jugak baca kesah ISABELLA ada 8 chapter OK....sangat panjang dan sangat ilmiah.. susah giler aku nak pahamkan. Ada perbahasan di antara kandungan dalam Kitab Injil dan Al-Furqan. Isabella ialah anak ketua paderi di salah satu sebuah gereja di bandar Cordova, Sepanyol.

Beliau telah mendengar perbualan dua pemuda Islam iaitu Umar Lahmi dan Maaz berkaitan agama Kristian. Isabella tertarik dan telah mengutus surat kepada Umar Lahmi untuk meminta beliau berdebat dengan paderi-paderi Kristian berkaitan agama kristian dan Islam.

Maka, perdebatan berlaku. dan seperti biasa.. paderi-paderi agak kalah berbahas dengan Umar Lahmi dan cendekiawan Islam. Sehinggalah hari perbahasan dipanjangkan. dan pada hari terakhir Umar Lahmi n the gang berbahas pulak dengan Ketua Paderi, bapa ISabella. Apabila sampai satu tahap bapa Isabella tak dapat nak menyangkal kata-kata dari Umar Lahmi n the gang.. KEtua PAderi terus menamatkan hujah beliau dengan berkata

"Hati tuan sudah tertutup. Kristus sudah tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu berurusan dengan tuan. Tuan hanya menggusarkan saya sahaja. "


senang-senang je halau bila dah tak leh berbahas.. dan akhirnya.. Isabella memeluk Islam bersama sahabat ISabella; Mirano, Martha, Catherine dan Hanana. Isabella telah mengutuskan surat kepada bapanya dan memberikan 7 perkara kenapa dia memeluk Agama Islam.

Dalam masa 4 tahun sebagai muslim.. Isabella dan rakan-rakannya berjaya mengusai bahasa arab dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Isabella digelar MUHADDISA - salah seorang ahli hadis yang terulung di Cordova.

Sekian... daripada ape yg aku paham.. sangat menarik.. dan menginsafkan..






Thursday, February 25, 2010

'TEMBUN'


KESAH 1

Nak jupe GB sebab nak mintak cuti.. tapi GB bz.. so aku pun nak kuar dari bilik dia. dengan sungguh ayu aku melangkah.. tetiba.. handbag aku yang besar neh membalun barang dalam bilik GB. Alamak..

Ada barang jatuh... aduh.. malunya aku.. asal la aku neh tak berhati-hati.. aku pun kemaskan barang tu balik n keluar sambil sengeh tersipu-sipu.. MALU beb..


KESAH 2

dah setel beli hadiah utk member kawen.. aku pun balik rumah dan bergegas nak buang sampah. oleh kerana, semut api dah menggigit tangan aku neh.. aku jadi kelam-kabut n cecepat kuar rumah bersama sampah tuh..

da setel sume, aku pun nak masuk rumah.. tapi..

rumah terkunci plak.. mmg xleh masuk rumah da nie.. tak pasal-pasal aku bergerak ke rumah azie.. menelepon beliau utk menumpang buat sementara waktu.. cari housemate.. semua g TAWAU.. malam nnt la bru aku leh balik rumah.. ANGANKU MUSNAH utk berehat dan bersantai di rumah petang nie..

tapi tak pe... aku melepak bersama azie.. sambil sembang-sembang dan =bergosip... MUAHAHAHAHAH.. sungguh tak sedar masa berlalu dengan cepat.. dan hasilnya aku dijemput oleh si Linda utk pulang ke rumah sewa kami....









Tuesday, February 23, 2010

Adoyai...




aku nak updet kesah aku snorkel di Mabul.. tapi aku tak sempat.. Jadi aku abadikan gambar aku di puncak gunung kinabalu.. gara-gara kesejukan dan penat.. aku tak sanggup buangkan sarung kepala sweater.. jadi hasilnya gambar aku sangat la tak cun.. tapi aku nk upload jugak... tak kira..




Friday, February 19, 2010

Snorkel di Kapalai....

Seterusnya.. percutian adalah ke Pulau Mabul.. membawa sahabat-sahabat dari KK.. kami pergi snorkel ke Kapalai.. tempat yang cantik.. dan Pulau Kapalai ini berjiran dengan Pulau Mabul..



dalam bot menuju ke Kapalai




da sampai.. n bergambar la dulu..



kapalai yang canteks..



bersama 2 org 'MY FRIENDS' Yna..




bersedia untuk terjun....




ni aku dgn teteh..



jakun tengok gamat..



ada kuda laut...



divers...



ikan yang gemuk2 n besar2..









comelnya ikan-ikan neh..




ok.. nak balik dah..







Thursday, February 18, 2010

Ke Pulau Mantabuan & Pulau Sibuan

Hari khamis membawa geng-geng dari Sipitang, Beaufort dan Pitas mengembara ke dua pulau kecil di Semporna iaitu Pulau Sibuan dan Mantabuan.. Terima kaseh pada abg tiri n kakak tiri yg tolong aku uruskan trip ke pulau neh... Destinasi menuju ke Pulau Mantabuan sebab Pulau ni lebih jauh dr Pulau Sibuan.. jom layan..


disebabkan pulau ini kecil..
jadi kami jalan sekeliling pulau dulu tengok pemandangan..


ada garisan warna yang berbeza.. cantik



weeee.... syoknya..



ni plak liza dan pelauh...



laut yang biru....



bersama member2 dari KK



air yang jernih..







Selamat Datang ke Pulau Mantabuan..


Lepas dah round satu pulau baru snorkel.. ni gambar2 yang aku ambil dari kamera liza..


starfish mmg banyak kt perairan Taman Tun Sakaran..
sampai aku dah jemu tengok..



the colourful of kima..



tapak sulaiman warna biru..



yang itu ikan kecil-kecil warna biru.. cantik kan..



coral...



Landak Laut..
bahaya nie.. jangan terkena duri tersebut..

nanti bahagian yang terkena duri akan bengkak dan sakit..






ini hasil aku snap semasa snorkel..
alamak ada jari-jemari aku..
he he..sory ye liza..


OK..KITA KE PULAU SIBUAN PULAK (kali ke-2 aku ke sini.. 1st time masa pergi dengan teteh)


Pulau Sibuan.. kecil je pulau nie..



keindahan coral di Pulau Sibuan..



Subhanallah... Cantiknya Ciptaan ALLAH



aku yang sedang snorkel...



kima yang berwarna biru (kima ni cam kerang bersaiz besar)



nemo atau clown fish bersama soft coral nya..



sedang menunggu bot datang ambil kami..
tiru aksi teteh tahun 2008



ok.. bot dah sampai n kami mahu pulang.. bye bye..









Wednesday, February 17, 2010

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu

Baru sampai Semporna malam td. Lega, semua yang dirancang berjalan lancar.. Aku menyertai Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu pada 13 & 14 Februari 2010. Suatu pendakian yang cukup mencabar dan mendebarkan..

Group aku 6 orang sahaja... 2 lelaki & 4 perempuan.. dan kami memulakan pendakian melalui trek Mesilau bukan trek Timpohon yer... Apa beza kedua-dua trek ini? Trek Mesilau lebih jauh dari trek Timpohon.. memang sangat susah dengan mendaki tangga yang curam. '


banyaknya batu..



periuk kera..


antara laluan yg kami lalui..




kabus..




benci betol bila nak mendaki tangga ni..



angin-angin sepoi bahasa yang nyaman..



saket kaki pijak batu-batu neh..






canteknya awan...



gambar puncak ada kat kamera 'si dia'.. aku memang tak larat n tak de mood nak bergambar di puncak sebab ramai giler org dan semua berebut-rebut nak bergambar.. Seawal pukul 3 pagi bergerak naik ke puncak memang menyeksakan.. dengan nak mendaki.. dengan anginnya yang kuat dan sejuk.. sampai berair hidung aku..


nasib baik aku pakai cap yang nampak mata tu je.. Last2 gambar aku di puncak hanya nampak mata.. boleh x?


aku dapat sijil mendaki dari trek Mesilau..



Apa yang aku dapat dari hasil ekspedisi nie?
  1. 2 sijil (1 dari trek Mesilau n 1 lg dari trek Timpohon sebab kami turun ikut Timpohon)
  2. Pengalaman yang tidak ternilai harganya
  3. Menyeimbangkan keadaan badan dengan setiap perbezaan ketinggian
  4. sakit kaki aku ni wey...


Kekadang aku rasa macam aku ni cari susah.. elok ape dok berehat2 di rumah.. tp nakplak mendaki. masa turun gunung.. aku yang terakhir sebab lutut kaki aku bengak.. adoyaii... susah giler nak menapak..

tp berkat kesungguhan.. berjaya jugak tamatkan ekspedisi ini...


Sampai sekarang maseh tak percaya... ADAKAH BETUL AKU NI DAH MENDAKI GUNUNG KINABALU YANG TINGGI TU?






Tuesday, February 9, 2010

No Subject

Teringat kesah semalam di bilik guru.. Kak Zah ni aku anggap macam mak aku sebab umur dia pun mcm tua sikit dr ma kot... Beliau sangat suka bercerita. ari ni plak topik kami pasal nama. Aku cakap


"saya tak suka nama panjang-panjang.. cukup la sekadar 1 nama sahaja"


"Kak Zah pun sama...."


"tapi..nama Isabella kan Kak Zah.. ada maksud ke?"


"oh.. Isabella tu ada kisahnya..."


"eh.. ada kesahnya Kak Zah"


Maka, beliau pun bercerita kesah Isabella merupakan anak kepada Ketua Paderi di salah sebuah gereja di Cordova, Sepanyol.......... sekarang aku dah berjaya download cerita Isabella kt internet.. n aku nk try pahamkan kesah ini...


=)






Monday, February 8, 2010

4 Musketeers..

Macam biasa...Pagi Isnin akan ada Perhimpunan Sekolah.. 6 tahun aku sekolah rendah.. Pergi assembly.. 5 tahun sekolah menengah pun kena pergi perhimpunan.. Satu mende yg paling aku xsuka dalam idup aku.. Sekarang neh.. aku plak yg kena dok depan masa perhimpunan..


Kak Judith n Azie g naik check budak yg escape (ponteng perhimpunan).. Amek kau.. ada la dalam 6-7 orang.. ada plak terselit 4 orang anak murid aku... hampas tol. elok je jadi MODEL TAK HENSEM depan perhimpunan..


Dari jauh aku dah bercekak pinggang... 'kurang asam punya budak'... buat malu aku.. dari jauh plak kak ain dah gelak kikikikkkk kikkkikikk..

"kelas si nik lg.. tahun lepas pun dia dapat budak2 nakal"

aku ni dr wat aksi2 geram..jd nak gelak plak... ape2 je la.. siapla budak berempat neh.. akan aku basuh cukup2.. hahaahhaa...





Sunday, February 7, 2010

Sunset di Pantai Muara, Padang..

Maseh lagi kesah di Padang..

Sebenarnya seawal pagi di Bukit Tinggi kami berjalan2 di Taman di Bukit Tinggi lepas tu ke Danau Singkarak dan meneruskan perjalanan ke Town Padang.. sebelum ke hotel, sempat lagi kami singgah ke Pantai Muara, Padang..

Susunan gambar adalah tidak mengikt kronologi..malasa dah nak edit..



sunset.. masa ni terfikir ape la ma ngn ayah buat kt KL tu?











wif my best buddy..



ni gambar sebelum sunset..







Banyak tol orang lepak di sini...