Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, December 28, 2010

Pembaziran, Fashion atau Mengada-ngada



di penghujung tahun 2010.. semestinya ibu bapa sibuk dalam persediaan persekolahan anak-anak. Setiap tahun.. aku dah biasa sangat dengan situasi macam ni. Aku selalu tolong ma jahet tepi di kedai di Pasar Keramat..

Minggu terakhir seperti sekarang ni memang banyak tempahan jahit tepi tudung sekolah di kedai ayah aku ni. itu memang lumrah. tapi yang aku menyampah (aku minta maaf dulu kalu ada yg kecik ati ni ape yg aku nak cerita ni)..

Seorang parent datang 'alter' tudung anaknya untuk kali PERTAMA. Tudung tersebut di 'resize'kan kepada yg lebih kecil. selang dua hari.... dtg balik... bawa sample.. rupanya nak kecilkan lagi tudung tu. bila diukur... HAMPEH.. hanya nak potong 1 inci je beb... tu pun nk potong gak ke?? lain la tudung tu memang besar gedabak. tapi nak wat cane.. "CUSTOMER ALWAYS RIGHT'.. buat je la..

dah 2 kali buat 'alteration' kan... maknanya dua kali bayaran. bab duit aku tak kisah la. sebab memang derang dtg kedai nak buang duit pun. tapi aku kesian tengok airmuka parent neh.. Muka seorang bapa atau ibu yang penat melayan karenah anak gadis mereka yang mengada-ngada. Ada yang sanggup cakap ngn parent derang.. kalau tak 'alter' tudung neh.. derang tak nak pakai tudung tu. Maka terhegeh-hegeh la si ibu bapa ni keluar mencari tailor yang boleh memuaskan kehendak hati anak mereka untuk fashion tudung singkat tu.

Susah la aku nak gambarkan situasi ni...

tapi pada aku... setakat korang datang kedai nak potong atau singkatkan tudung korang sebanyak 1 inci tu.. baik tak payah la.. sebab aku yg reti buat ni pun.. aku takkan potong.. tak berbaloi. hanya sebesar zarah je tudung tu.. rasa macam membazir je.. buang masa datang kedai.. duit minyak... duit tempah lagi..

tapi aku tak tau la kalau memang korang nak ABESKAN DUIT KORANG TUH... lagipun bukan duit aku pun...

cuma.. fikir-fikirkan la.. setakat tudung itu sebesar 1 inci sebenarnya tidak lah menjejaskan imej kita nak pakai tudung tu.. tapi terpulang la.. hak masing-masing kan.. Aku cuma memberikan pendapat sahaja...


aku yang merepek di penghujung 2010..









No comments: