Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, August 2, 2010

Lelaki itu..


Ada seorang lelaki yang jauh muda dari aku sendiri menganggap aku ni kakak angkatnya. tapi aku sebenarnya tak minat nak ada adik angkat ni. sebab aku sendiri pun ada ramai adik untuk di ambil berat. dan si lelaki ini kadang-kala telefon aku... cuma nasibnya tidak baik. setiap kali beliau telefon.. masa tu la aku bz, ada event. jd aku just ignoring his call..


last aku jupe beliau masa aku di UKM... itupun kali pertama aku jupe dia. dia yang beria-ia minta no fon aku. sebab adik kan. tak tergamak aku nak menolak. tapi beliau baik orangnya.


ada hikmah juga aku kenal beliau. ketika praktikum di KULIM tahun 2008, bus KL-KULIM tak banyak. jd aku amek bus ke BUTTERWORTH. tp dah bus rosak. aku dijangka sampai BUTTERWORTH lewat pukul 12 malam. Bus terakhir ke BUTTERWORTH-KULIM pukul 9.30 malam. aku dah risau. nak minta INA dtg amek di BUTTERWORTH.. terlalu jauh dari KULIM. malam dan bahaya plak tu.


Aku dah tak tahu nak wat ape masa tu. Minah INDIA sebelah aku ni nk turun kt Bukit Mertajam. Setahu aku, lelaki itu merangkap adik angkat aku tu.. masa tu tengah praktikal di BUKIT MERTAJAM. terus aku teringat menelefon beliau.


"adik, akak nk minta tlg ni.. akak nk pergi KULIM.. ada tak bus dari BUKIT MERTAJAM ke KULIM?"

"akak ni, dah susah baru nak telefon adik kan"

"akak minta maaf la adik.."

"ada bus BUKIT MERTAJAM-KULIM.. sempat kot kalu akak pergi sana."

"tapi, camner akak nk ke stesen bus tu?"

"oohh.. adik tak de transport kak.."

"tak pe la.. terima kasih ye.. pandai-pandai la akak cari jalan"

"akak.. hati-hati ye"

"terima kaseh adek.."


dan dengan muka temboknya.. terpaksa aku meminta tolong dengan MINAH INDIA ni.. argghh.. belasah je la kan.. yg penting cuba dulu. aku meminta beliau hantarkan aku ke stesen bus di BUKIT MERTAJAM tu. sebab aku tak tahu ape caranya nak ke sana. bus pun hanya turunkan di tepi highway je.


Alhamdulillah..rezeki aku baik. MINAH INDIA ini sanggup membantu menghantar aku ke stesen bus. sebaik sahaja tiba di stesen BUS. sepupu MINAH INDIA ini siap turun temankan aku cari bus ke KULIM memandangkan aku memang tak biasa dengan PENANG neh.

Semuanya berjalan dengan baik dengan dibantu oleh adik angkat (informer mengenai bus) dan MINAH INDIA serta sepupu beliau.


AKhirnya aku berjaya tiba di stesen bus KULIM. INA n LIZAWATI dengan seberapa dtg ambil aku.


Aku bersyukur... sesungguhnya dalam dunia ini. masih ada orang baik hati yang kita tidak kenali sudi membantu aku dalam kesusahan.. Semoga Tuhan dapat membalas jasa Budi Kalian Semua..


Berbalik pada adik angkat aku tuh.. ketika cuti semester. beliau menelefon aku. lagi sekali beliau berkata...


"akak ni...susah betol nk tunggu akak telefon saya.. asyik-asyik saya je yang cari akak"

"minta maaf lah adik ye"

"ni.. adek dah nak kawen pun.."

"haa.. dah nak kawen? tahniah adik.. dengan orang mana?"

"bakal adek tu org Tawau.. adek kawen selepas raya di Tawau"

"Tahniah.. tapi akak tak ada kt Sabah la masa raya.. mesti la akak balik KL"



Tahniah untuk adik angkat aku tuh... Saya minta maaf sebab tak mampu nak mengambil berat n ambil tahu pasal adik.. walaupun beliau sekadar informer bus BUKIT MERTAJAM-KULIM tu.. tapi besar budi yg amat bagi aku. tak lah aku tercari-cari n tersesat nak pergi ke mana-mana malam buta tu kan..


Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu aku
pada malam itu......




2 comments:

deem said...

adei...kesian bah dia tu...berabis mo jadikan kamu kakak angkat dia..hehehe

NiK SeNsEI said...

betul tu deem.. jahat kan aku neh.. hihihihi