Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, August 30, 2010

Aku Sebuah Cerek Elektrik


Nama aku Cornell. Aku berwarna putih. Pada tahun 2005, aku telah dibeli oleh tuan aku di Sogo. Bukan main seronok tuan aku tuh. sebab tujuannya dia nak minum nescafe mild 3 in 1 untuk bantu dia 'stay up' di tengah malam...


Ketika itu, tuan aku neh maseh penuntut di UKM. dia duduk di blok ape tah di Kolej Dato' Onn bersama rumetnya Kak Ilah (budak FPI - Fakuli Pengajian Islam).


Lepas tu, di tahun ke-3 di UKM tuan aku pindah ke single room maseh di kolej yang sama tingkat 2. aku lah peneman setia beliau bila dia nak 'stay up' wat thesis dia. sampai aku pun naik pening sama tengok tuan aku. abes barang disepah-sepahkannya di bilik tuh.. tak cukup letak buku atas lantai.. atas katil pun ada.. merata-rata buku beliau..


walaupun tuan aku ni dok sensorang.. aku heran. ada je kawan-kawan dtg melawat beliau. macam2 aku dengar cerita.. ada sesi gosip, ada sesi mengumpat, ada sesi gelak gulink2.. ntahape2 la tuan aku neh. suka membuta pulak tu.


Tahun 2006, tuan aku konvo. aku disimpan dalam kotak dan dok dendiam di umah parents nya kt setapak tuh. tuan aku ni keje kt Ampang 10 bulan. Pastu dia jd cikgu kt sekolah swasta 3 bulan je sebab dia dapat KPLI kt IPSAH, Sg Petani, Kedah pada tahun 2007.


Lagi sekali, aku dibawa ke Kedah. digunakan dengan penuh gumbira oleh tuan aku neh.

dan..akhirnya tuan aku posting ke Semporna, Sabah. nak berkepit jugak dengan aku.. dibawanya aku naik MAS tuh.. fuyoo.!! first time aku nek kapal terbang. Jakun sebentar..


setelah genap 2 tahun tuan aku di Sabah. aku dah mula sakit-sakit. ada kesan calar panjang kt badan aku neh. pastu tuan aku nak masak air.. tuan aku tersentuh kat bahagian calar tuh. abes berlubang badan aku. Perggghhh.. saketnya memang perit.. tapi aku senang dan gembira dapat berbakti pada tuan aku sehingga ke akhir hayat aku..

ke mana sahaja tuan aku pergi.. mesti aku ada.. tuan.. ingatilah detik-detik indah kita. Banyak kenangan kita bersama. aku menemani tuan dari tuan sebagai student hingga la tuan menjadi Pendidik.. Selamat Tinggal Tuan...








Tamat lah Riwayat Aku Sebagai Cerek Elektrik






11 comments:

-haLi3isa a.k.a L3ha, MY- said...

sedihnya citer riwayat cerek elektrik nie~ heheheh. bnyak baktinya ngan sis erk~ hhehe. malah ikut merantau lagik~

NiK SeNsEI said...

iyer dik...sayang sangat kt cerek neh.. hihihi..banyak memori.

Black_roses92 said...

cian cerek tuh.. hurmm.. ;D

Anonymous said...

aku seorang lelaki...

NiK SeNsEI said...

blackroses92 : ha ah..cian kan..

anonymous : hmmm..anda lelaki?

najihah sahami said...

kah2..macam karangan masa UPSR dulu tu..pe name ntah...yang kita kena empati perasaan benda bukan hidup tu,...haha..nice~

h-huda said...

bagus karangan biografi ko neh.haha.

Hairil Rizal said...

Salam Nik,

Baca entry Nik ni teringat zaman sekolah rendah dulu. Selalu la sangat disuruh buat karangan dalam format Aku seorang/seekor/sebuah...

Hahaha!
Entry yg cute Nik!

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha... best lak cerita si comell ni.

sedih seyh, saat akhir tak dpt berbakti kepada tuan.. cerek penuh nostalgia..

hihihi =P

lynda said...

nik...cite aku sebuah cerek ek??hikhik

NiK SeNsEI said...

thanks to all of u.... mmg banyak kenangan dengan cerek neh...