Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, February 28, 2010

Selesai jugak...



Selesai jugak baca kesah ISABELLA ada 8 chapter OK....sangat panjang dan sangat ilmiah.. susah giler aku nak pahamkan. Ada perbahasan di antara kandungan dalam Kitab Injil dan Al-Furqan. Isabella ialah anak ketua paderi di salah satu sebuah gereja di bandar Cordova, Sepanyol.

Beliau telah mendengar perbualan dua pemuda Islam iaitu Umar Lahmi dan Maaz berkaitan agama Kristian. Isabella tertarik dan telah mengutus surat kepada Umar Lahmi untuk meminta beliau berdebat dengan paderi-paderi Kristian berkaitan agama kristian dan Islam.

Maka, perdebatan berlaku. dan seperti biasa.. paderi-paderi agak kalah berbahas dengan Umar Lahmi dan cendekiawan Islam. Sehinggalah hari perbahasan dipanjangkan. dan pada hari terakhir Umar Lahmi n the gang berbahas pulak dengan Ketua Paderi, bapa ISabella. Apabila sampai satu tahap bapa Isabella tak dapat nak menyangkal kata-kata dari Umar Lahmi n the gang.. KEtua PAderi terus menamatkan hujah beliau dengan berkata

"Hati tuan sudah tertutup. Kristus sudah tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu berurusan dengan tuan. Tuan hanya menggusarkan saya sahaja. "


senang-senang je halau bila dah tak leh berbahas.. dan akhirnya.. Isabella memeluk Islam bersama sahabat ISabella; Mirano, Martha, Catherine dan Hanana. Isabella telah mengutuskan surat kepada bapanya dan memberikan 7 perkara kenapa dia memeluk Agama Islam.

Dalam masa 4 tahun sebagai muslim.. Isabella dan rakan-rakannya berjaya mengusai bahasa arab dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Isabella digelar MUHADDISA - salah seorang ahli hadis yang terulung di Cordova.

Sekian... daripada ape yg aku paham.. sangat menarik.. dan menginsafkan..






No comments: