Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, February 1, 2010

it's 01.02.2010

Teh cakap tarikh hari ni cantek..seakan2 nombor yang diterbalikkan dari tahun 2010 menjadi 01.02... Memang menarik..

Secantek hidup aku mengharungi alam pekerjaan yang memang mengasyikkan dikelilingi manusia pelbagai ragam. Aku reda je la.. Apabila ada orang mencerobohi keamanan diri sendiri.. akan dipertahankan..tp bila ada khabar buruk pasal diri sendiri.. amat la aku tak heran.. Lantak pi la ape orang nak kata. kerana Aku Mampu Menjadikan Hati ini Sekeras Batu..... Mangarut lagi di malam hari..

Ma kol aku petang tadi.. memberikan khabar yang Amin Yeb (pakcik aku di Thailand) telah disahkan ada masalah jantung peringkat awal.. Amin Yeb adalah pakcik bujang aku.. Dia PK kt salah sebuah sekolah kerajaan di Thai.. Semestinya la umurnya lebey 5o tahun..

Kadang-kadang aku terfikir.. sape la nak tolong jg Amin Yeb nie.. tp xpe.. banyak lagi sedara-mara yang dekat di kampung ma di sana.. Ma je yg sensorang jauh dari adik-beradik beliau. aku ni pung dah setahun lebih tak balik kampung melawat pakcik-pakcik dan makcik-makcik kesayangan aku di sana..

Semestinya amat merindui semua keluarga di kampung sana.. Sejak kerja di Sabah ni.. amat membataskan aku untuk balik ke kampung di sana.. sebab ma mesti akan menahan aku dok dengan dia.. maklum le..anak dia yg sorang ni bila balik kl, ada je plan ke sana ke mari melepakkan diri bersama kengkawannya dan bergosip semestinya.. Keindahan Lepak bersama Kawan-kawan Perempuan Aku yang memang Happening...



No comments: