Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, February 17, 2010

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu

Baru sampai Semporna malam td. Lega, semua yang dirancang berjalan lancar.. Aku menyertai Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu pada 13 & 14 Februari 2010. Suatu pendakian yang cukup mencabar dan mendebarkan..

Group aku 6 orang sahaja... 2 lelaki & 4 perempuan.. dan kami memulakan pendakian melalui trek Mesilau bukan trek Timpohon yer... Apa beza kedua-dua trek ini? Trek Mesilau lebih jauh dari trek Timpohon.. memang sangat susah dengan mendaki tangga yang curam. '


banyaknya batu..



periuk kera..


antara laluan yg kami lalui..




kabus..




benci betol bila nak mendaki tangga ni..



angin-angin sepoi bahasa yang nyaman..



saket kaki pijak batu-batu neh..






canteknya awan...



gambar puncak ada kat kamera 'si dia'.. aku memang tak larat n tak de mood nak bergambar di puncak sebab ramai giler org dan semua berebut-rebut nak bergambar.. Seawal pukul 3 pagi bergerak naik ke puncak memang menyeksakan.. dengan nak mendaki.. dengan anginnya yang kuat dan sejuk.. sampai berair hidung aku..


nasib baik aku pakai cap yang nampak mata tu je.. Last2 gambar aku di puncak hanya nampak mata.. boleh x?


aku dapat sijil mendaki dari trek Mesilau..



Apa yang aku dapat dari hasil ekspedisi nie?
  1. 2 sijil (1 dari trek Mesilau n 1 lg dari trek Timpohon sebab kami turun ikut Timpohon)
  2. Pengalaman yang tidak ternilai harganya
  3. Menyeimbangkan keadaan badan dengan setiap perbezaan ketinggian
  4. sakit kaki aku ni wey...


Kekadang aku rasa macam aku ni cari susah.. elok ape dok berehat2 di rumah.. tp nakplak mendaki. masa turun gunung.. aku yang terakhir sebab lutut kaki aku bengak.. adoyaii... susah giler nak menapak..

tp berkat kesungguhan.. berjaya jugak tamatkan ekspedisi ini...


Sampai sekarang maseh tak percaya... ADAKAH BETUL AKU NI DAH MENDAKI GUNUNG KINABALU YANG TINGGI TU?






No comments: