Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, December 8, 2009

Daeng Mempawah Bergelar Hang Tuah


Aku membelek majalah Kuntum adik aku neh.. aku tertarik n nak baca CERITA KLASIK MELAYU neh.. saja nak berkongsi..


Diambil dari Majalah Kuntum (September 2005)




"Pantang anak Melayu memulangkan pemberian orang! Kita rasa elok kalau diubah namanya sebagaimana nama anak-anak Melayu kita di Melaka ini." (Sultan Mansur Shah)

"Ampun Tuanku, cadangan Tuanku itu patik berdua (Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja) amat bersetuju! Berilah dia apa juga gelaran pada batang tubuhnya yang agak-agak serasi dengannya, Tuanku!"

"Ya! Kalau begitu, kita gemar kalau kanak-kanak ini kita namakan HANG TUAH sahaja! Moga-moga dia akan membawa tuah kepada Mamanda! Kepada kerajaan kita, dan seluruh rakyat yang berbangsa Melayu ini!"

"Titah dijunjung di atas batu jemala patik, Tuanku!" sembah mereka berdua.

Kemudian sekalian yang hadir di balairong seri itu pun berseru tiga kali dengan kuatnya, "Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"

Atas jasanya itu, Orang Kaya Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun telah diberi anugerah persalinan oleh baginda Sultan.



Sunday, December 6, 2009

Selamat Pengantin Baru Ain

Semalam.. Aku pergi kenduri Ain bersama Yayin, Liza, Bapak Liza, Adek Liza, Abg Tiri dan Kakak Tiri. Sempat bergambar bersama Ain.. nnt si Ain ni pindah Tenom la.. ikot hubby dia.. Kurang lg satu org geng di Semporna..


SELAMAT PENGANTIN BARU AIN...



/>



Thursday, December 3, 2009

Wawa Yang Sleepy

Kali ni nak bercerita pasal adek aku yg seorang neh.. dia jenis yg mudah mengantuk.. tp aku pun sama gak.. muahahaha.. Alkisah bermula..


Masa beliau form 3...Bila dia tulun ma ayah di kedai... dia mesti bawak buku n stadi di atas mesin jahit tepi (kalu xde customer la..).. dan setengah jam berlalu.. aku tengok si wawa dah tido.. Hampeh tol.. xleh dok dendiam.. lelap saje minah nie..


Bila exam PMR...

wawa ckp ngn ma..

"ma, se tertido masa subjek............. paper tu waktu petang.. se ngantuk.. tetiba Pengawas yg gerak se suruh bangun"
(se = saya)


ma punya terkejut sambil gelak-gelak.. nampak gaya tak dapat straight A la si wawa neh.. jwb exam pun tertido..kuang kuang kuang...


dan... hari ini wawa kol ma.. tahun ni dia amek SPM.. 11 subjek..

"ma.. se mengantuk jawab exam td.. se mengantuk sampai tersengguk-sengguk."


lor... adek aku ni wat lg perangai lama dia.. terus aku minta ngn ma nak cakap ngn dia..


nik: wa, ko tido ea..
wa: mana ada, se tak tido la..
nik: ko ni, biar betol.. eeeee..
wa: ala, se tersengguk-sengguk je... bukan se tertido.. tp masa PMR dulu mmg se tertido..


errmm.. adek aku yg sorang neh..




yayin n wawa masa di Gunung Tangkuban Perahu, Bandung..
panas air nih.. sbb ada kandungan sulfur yg tinggi...
siap leh rebus telur lagi kat dalam air neh...