Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, September 30, 2009

SURAT LEPAS MURID TAHUN 6

Sedang enak makan bersama Komot, Judith n Mei Mei...


kak judith cakap...


"nik, kamu dah siapkan SURAT LEPAS TAHUN 6?"


Aku pulak tak tahu ape tu SURAT LEPAS.. aku terus r cakap..


"hah.... SURAT LEPAS.. belum siap la kak dith"


kak Judith : haa.. belum siap nik, kena hantar itu..

komot : si nik ni nda paham... SURAT LEPAS tu SURAT BERHENTI SEKOLAH.. (sambil gelak-gelak)

niksensei : owhh.. yg tu dah siap la kak...


erm.. masalah betul dengan istilah nie...

Sunday, September 27, 2009

Sudah Tiba

Aku sudah pun sampai di Semporna.. =P

Saturday, September 26, 2009

Merempit...

Kali ni aku pergi beraya di rumah ateh a.k.a berjumpa member lama. Aku, ateh n Majid/Mastura adalah kawan sejak dari sekolah rendah. kmi bertiga adalah sama sekolah rendah dan sama sekolah menengah.. ateh lg la,.. kwn aku dr TADIKA ISLAM lg..


Aku pergi dengan minah rempit ni.. si budak airfoce nie.. gaya memang tak leh blah... tak ubah dr zaman sekolah.. masih kekal dgn sifat tomboi beliau walaupun beliau bertudung..


Jom rempit



Zali, ateh n Mas...


Lunch di umah Ateh.. mulut si Mas ni tak berhenti-henti bercerita.. lepak punya la lama.. sampai pukul 6 baru aku n mas blah dari umah Ateh.. ape tah kami sembang.. tak abes2 dgn cerita old skul..... skandal zaman bebudak... perasan glamorous r.. mcm2 r lg..


Bestnyer dpt keje di hometown.. mesti leh hang out dengan derang selalu....






Friday, September 25, 2009

Dating with Leenz....

Teringat nk jupe member ms sama2 study kt UKM dulu. Ramai yg keje kt KLCC, tp setakat ni baru jupe 3 orang. dan hari ni aku nk hang out dengan leenz plak. coursemate aku ms di ukm.. Rupanya leenz transfer ke Miri, Sarawak sbb dia nk post chemist next week.. nsib baik aku sempat jejak kasihan ngn minah ni..

Mula-mula kami g lunch kt Chilis.. first time mkn kt sini. yg heran.. tak leh booking nk makan kt sini. kena beratur plak tu.. tp aku pelik ramai org sanggup beratur nk makan kt chilis.. aku pun try la ngn si leenz..





ice lemon tea & lemonade..



sedap nie.. tp xtau pe namanya... tak ingat



ini yg aku makan.. tp xabes la...
yang kt tengah tu bukan aiskrim..
tp mayonis..



ni side dishes..



dilampirkan bersama roti.. (macam capati plak)



alamak.. gambar terbalik..



Da kenyang... layan movie plak.. The Ugly Truth.. lawak giler cite ni. tp banyak double meaning.. org lain da gelak2.. aku gaks yg lampi..





bestnyer dating...








Thursday, September 24, 2009

Kegemaran Yang Sama

belajar menyelam.. tp hampeh.. berat giler tong oksigen kt belakang



Pulau Mabul... canteks kannn



ni Pulau Sibuaan



Sebenarnya.. ini yg aku nak cerita..


I've got an email from my x-student...(Year 6)

salam and slamat hari raya all...i just went back home from Gemia island in terengganu,its totally behind pulau kapas!! to all who have been to pulau kapas,try pulau gemia..its like fab!!check in google if you think that this island sounds totally crazy..

anyway, i went there 4 three days and went kayak-ing,island hopping,making sandcastles and snorkeling.very fun.except for 1 thing.....do you guys noe...SEA CUCUMBER??it is like the grossest thing.it looks like an oversized leech covered with sand.

i found nemo and corals and dory and ikan bilis like fish when snorkeling.totally amazing.and after looking at the pretty waters that aint poluted there,even looking at totally clean water makes me think its dirty...sorry i dont have pictures...but when i do...i am sure to let u guys see.and to some relatives who r going to see this email, i am very confident that my mom will let u see it sooner or later.



dan aku....

sangat la excited bila baca emel ni sbb aku paham sangat apa yg anak murid aku alami.. Sangat menakjubkan... dan aku kagum pada ciptaanNYA..


dan.. aku macam teringin sangat2 nk island vacation lg... bila nie.. lama da xberendam di lautt..



Tuesday, September 22, 2009

Aktiviti di Rumah

Bila beraya di KL memang cmni.. tak gi mana-mana pun.. tp bila di Kelate n Thailand.. semestinya hari raya ketiga masih lagi sesi ziarah-menziarahi.. ada je nk g umah sedara-mara.. Lepas tu akan ada sesi mengKOMEN occay... antaranya..

"ermm.. kakaknye jadi adik... kakak yg paling RENDAH.."

aku pun telan air liur jer... malas nk layan dah. perkara biasa yg aku jupe bila melawat umah sesape pun..

ape yg aku buat raya ketiga ni... jeng-jeng..


AKTIVITI PERTAMA: main game.. RANCH RUSH
(da berpuluh kali main tp xjemu gaks..)



AKTIVITI KEDUA: Belajar Menjahit..




ni namanya jahit leher.. tp dr mula2 belajar smpi sekarang..
jahitan masih tak kemas



hasilnya, jahitan leher yg berkedut-kedut.. hahahaha


dan ma akan cakap.. "TERUKNYA BUDAK NI MENJAHIT.. SENGET-BENGET"


dan aku pulak.. sengih jer.. ala, baju aku la.. bukan nk jahit baju org kannn..

Sunday, September 20, 2009

Lebaran Aidilfitri di Kuala Lumpur.. 1430H - 2009

Tahun ini beraya bersama keluarga.. bestnyer.. sangat teruja sebab tahun lepas aku menumpang beraya dengan keluarga Pok Su Sir (pakcik Yna) di Sandakan..


Raya tahun 2008 (1429H) di Sandakan..



Raya 2009 di KL, on the way to MASJID..



my sis, Najwa sempat menyengeh gitu..



my sis, Yayin & I



ma, Acah n Yayin



Jom pergi masjid ~ solat raya..



Suasana di Masjid KEMENTAH.. ramai dah balik kampung..
lengang je ni... 2009



tahun 2008-Sandakan..
ramai giler orang solat sunat raya..
sampaikan aku & Yna solat di luar sahaja..



Sempat lg bergambar kenangan di masjid..

Memang sangat berbeza beraya di perantauan... tp dapat gak aku merasa sekali beraya di perantauan.. ish.. ish... syahdunya bebs.. =I



Akhir kata...


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN





Saturday, September 19, 2009

HARI BUAT KETUPAT



Hari ini tengok anak bulan untuk menentukan 1 Syawal 1430 Hijriah..


tapi ma ngan ayah akan cakap..


"hari wat ketupat"


Rupanya hari buat ketupat adalah hari tengok anak bulan.. dan telah diumumkan bahawa seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada esoknya, 20 September 2009..




Friday, September 18, 2009

Mesin Jahit Baru

Situasi di kedai..


"Nik, cepat gi jahit tepi tudung"


bergegas aku bergerak.. (konon-konon la).. terus menjalankan operasi. Smooth je aku jahit nie.. asal plak mesin ni..


sekali tengok.. laa.. ma dah beli mesin jahit baru.. hari ke-2 di kedai baru perasan.. patut la senang je aku menjahit.. rupanya mesin jahit baru...




Mesin Jahit Baru (khas untuk jahitan tepi halus)




Thursday, September 17, 2009

Bazar Ramadan

Bazar Ramadan di Pasar Datok Keramat


Tersengih-sengih bila berjalan-jalan di bazar Ramadan ni. Maklum ler aku sudah terlepas sekali berjalan-jalan di Bazar Ramadan Datok Keramat. Semakin banyak gerai yang tak ada. Sepanjang 25 tahun di Datok Keramat ni, dah makin kurang 'KICK' kesedapan food kat sini. nape?


Dulu, masa aku kecik-kecik sangat banyak juadah makanan pelbagai jenis dan sedap. tapi sekarang dah xde. Kebanyakannya dah arwah. Beli air soya mesti beli dengan arwah 'Tok Perak'.. nasi lemak plak dengan 'makcik (tak tahu nama).. Makanan nasi berlauk, nasi kerabu dengan arwah 'Mak Wan'.. pergh.. memang sedap..


tapi pelapis sekarang dah kurang sedap..


dan.. banyak org baru di Pasar Keramat tu.. aku pun hampir tak kenal derang. Yang pasti aku hanya berbual dengan orang LAMA sahaja. sebab aku ni bukan peramah orangnya.. dan aku memilih jugaks sbb aku tahu ape yg derang pandang pada keluarga aku pada suatu masa dahulu.. =)



Tuesday, September 15, 2009

Sampai Jua di KL


Ini merupakan kali pertama aku transit di KK. Biasanya nek flight direct terus dari Tawau ke KL. sbb yg transit ni harganya lebey murah dari tawau-kl.. dpt harga separuh..

Flight delay 20 minit. tp alhamdulillah sampai gaks akhirnya. then aku teman cik teteh di airport. karang kol 5 baru nek bus ke KL Sentral.


lepak di coffe bean..
ice blended dibelanja oleh teteh..



sambil minum..sambil on9.. hehehe..


adeh.. tp aku ni macam2 pening lalat plak sbb tak dpt tido yg berkualiti nie..




Monday, September 14, 2009

Terakhir di bulan Ramadan 1430 (2009)

Hari ni hari terakhir berbuka di Semporna pada tahun ini... aku berbuka pada pukul 6.08 minit..


Tahun Lepas, memang cukup sebulan aku berpuasa di Semporna. Sedey betul tak balik beraya bersama parents n siblings.. nasib baik tumpang beraya di rumah Pakcik Ina, di Sandakan.. terubat gak la rindu.. hahaha.. memang betul2 pengalaman pertama beraya di perantauan..


bye.. nak balik dah besok... bawah ni gambar di Kg Pokas, Semporna.. cantik tau..



gambar separu plaks..



pemandangan bukit di Kg Pokas...
rumah atas air ni pemandangan biasa di Semporna..



yang pasti, setahun di Semporna, cukup banyak meninggalkan kenangan yang best2.. blues plak aku nie.. hahahaha..


p/s: lagi 17 minit lagi nak berbuka.. T_T




Sunday, September 13, 2009

Pesan dari Ma

"nik, jangan lupa beli keropok belinjo yer.."



"ermm... baiklah wahai ma ku yang tercinta"


hari ni.. aku dan Teh ke Tawau tumpang kereta Ustaz Azmi n Kak Dayah lagi.. hehe.. Suka sebab nak bermain dengan Amirah n Zaid..


Setelah selesai membeli dan membelah... aku dan teh berehat di Hotel Kingston Tawau bersama rakan lama Teh, si Intan..

ni namanya JEJAK KASIHAN.. si Teh dah lama tak jupe si Intan.. Waktu terakhir derang jupe pun di akhir Form 3.. tahun 97... dan sekarang sudah 2009.. haa.. lama tue..


Nak sungkai di Restoran Seri Keningau.. elok je sampai.. Semua meja dah penuh,. nasib bek kt situ Kak wahida n Ustaz Azman.. derang yg ofer kami ber3 dok semeja n berbuka bersama-sama.. Alhamdulillah.. Iftar berjaya..


Dan besok, aku dan Teh akan balik nek Van Tawau-Semporna selama 2 jam dengan harga tambang RM13.. Cantik si Teh tido dalam van tu.. kepala dia asyik angguk ke kiri dan ke kanan..
nasib bek aku tak snap gambar dia dalam keadaan begitu..

sebab apa..


sebab.. aku pun tido gaks..


akhirnya, dah sampai Semporna...


lusa sudah mau pulang ke KL.. sukanyerrrrrr sayaaaaaaaaaa...




Saturday, September 12, 2009

Apostrophe



Sudah acap kali aku dihujani soalan seperti ini.. khasnya dari students n cikgu-cikgi.. asal je tengok name tag aku..


"cikgu, kenapa nama cikgu ada tanda apostrophe?"


"cikgu, kenapa ada tanda begitu.. nama cikgu silap ka?"


"jadi dalam ic cikgu pun begitu yer.. ada tanda apostophe.."


Jawapan Saya....


Nama saya dieja begitu adalah berdasarkan ejaan arabic saya.. alif, sim, mim alif dan huruf terakhir sekali ialah hamzah.. dan hamzah itu mewakili apostrophe dalam ejaan rumi..


Asalnya ayah tulis nama saya Asma.... tapi ma rasa macam tak kena.. so ma pun tambahkan tanda apostrophe.. semua nama saya dalam ic atau surat beranak ada apostrophe.. sebenarnya kemusykilan ini hanya berlaku di Sabah jer.. masa aku kt tempat aku sendiri jarang orang tanya kenapa ada apostrophe..


tak pe la.. yang penting saya berbangga dengan nama yang diberi oleh ma dan ayah.. terima kasih... tak sabar nak balik nie..




Friday, September 11, 2009

PENGAWAS UPSR

"Cikgu, cikgu boleh tolong saya jadi Pengawas di SK Pulau Sumandi.."


Peluang dah ada, aku pun rembat la kan.. Rugi dah satu hari nek bot ke sekolah nie. Semporna dikelilingi banyak pulau.. paling dekat Pulau Bum-Bum (pulau yang paling banyak sekolah). ada lagi pulau lain, Pulau Papabak, Pulau Sumandi, Pulau Larappa, Pulau Mabul dan Pulau Denawan. Pulau Mabul dan Pulau Denawan adalah pulau paling jauh sekali.. tapi Sipadan lagi jauhhh..

Bersiap pakai baju kurung, tak boleh pakai heels ya.. bahaya.. dan satu lagi pesanan.. kalu nak g sekolah di pulau ni,.. pastikan pakai legging yer.. mana tahu tersilap langkah.. tak pasal-pasal terjatuh dalam laut.. habis semua timbul n nampaks.. opss..


Dari jeti Semporna, depan Seafest mengambil masa selama 30-40 minit menggunakan kenderaan bot ye di situ..


rileks je budak tu dok kt depan



di manakah saya?? dalam bot..



uikss.. hamparan biru jer..
mana darat.. bila nak sampai nie..


haaa.. ni kt sini bot akan berlabuh...
terus jupe toilet original.. hahaha




susur gajah sekolah, tenang je kt sini



lebih bersih dari sekolah aku...


ada 3 bangunan je di sekolah ni


Perkampungan di Pulau Sumandi..


ni tempat yang ada toilet original td..
sekarang ni air surut..



disebabkan air surut, kami kena melalui
jeti panjang ni.. jauhnya jalan..
hati-hati jalan lubang2.. kalu heels, sah akan tersangkut


canteks..



pemandangan yang damai..


sampai jugaks.. sory ye.. perempuan memang jalan lambat..
aku akan nek bot yang berbumbung tu..


bye.. bye Pulau Sumandi



Alamak, tempias ke dalam bot..
sah la muka aku makin menghitam lepas nie..



Pekan Semporna dari dalam bot..


dah nak sampai jeti..


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan selamat...


ada komen dari sorang cikgu ni..

"dia ni nampak rileks je nek bot,.. ada cikgu perempuan lain macam gayat terutama bila peralihan dari bot ke jeti.."


p/s: sebenarnya.. aku biasa nek bot dalam keadaan berseluar.. tp bila berbaju kurung, aku gayat gaks.. cuma aku ni dah siap pakai legging kt dalam.. jd aku leh sesuka hati selak kain tue,, hehe..