Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, August 31, 2009

Kota Belud - Semporna

Awal pagi dah bersiap nak balik ke Semporna.. Kak ilut.. memang la saya bersiap awal.. bukan cair make up.. tapi cair bedak... hehehehe..


Teringat kesah zaid dan kakaknya Amirah. Malam td Zaid mencuri botol si Mirah dan berlari ke arah aku sambil tersengih-sengih kemenangan dan bangganya.. Zaid, zaid...


Dari Kota Belud ke Semporna mengambil masa selama 8 jam dan akan melalui Ranau. Cantik pemandangan kt situ. tp macam biasa, aku akan terlelap dan akhirnya terlepas pemandangan yang canteks itu.. PADAN MUKA untuk diri sendiri..


Kami singgah di Kundasang sebab Kak Dayah (Kak Ilut) nak beli sayur. Aku pun ikut beli sayur gaks.. ha... borong-borong. Kundasang ni macam Cameron Highlands gak. Cuma yang istimewa, dari Kundasang leh nampak puncak Gunung Kinabalu..


haa,,, puncak Gunung Kinabalu..


Bestnya kalu berjaya mendaki sampai puncak... ok perjalanan diteruskan balik ke Semporna. dan pada hari ini aku akan berbuka awal pada pukul 6.14 p.m... Hurray... sukanya..



p/s - Kali ni nek kete Ustaz Azmi, aku hanya mendiamkan diri sebab aku tidur.. Biasanya mulut aku ni tak berenti bercakap... pot pet pot pet..





Sunday, August 30, 2009

Kota Belud...

Pasar Tamu Kota Belud


Aku menumpang tidur di rumah orang tua kak dayah (sis ilut). Mak kak dayah panggil aku Sumandak (si gadis dalam bahasa Dusun). Terima kasih di atas layanan semua keluarga Kak Dayah, kebetulan pulak semua adik-beradik kak dayah datang rumah. Sempat aku berkenalan dengan semua ahli keluarga kak Dayah..

Anak-anak Kak Dayah panggil nenek derang ODDU... Datuk panggil AKI (yg tu tak bape pasti).. betul ke sis??? hehehe..

Awal pg Ahad ni.. Ustaz Azmi n Kak Dayah bawa aku pergi Pasar Tamu Kota Belud.. best gak shopping cni. cuma yang pasti harg gelang kristal di sini murah sikit berbanding tempat aku, Semporna. tapi kalu nak dibandingkan dengan Pasar Filipina kt KK, jauh lg murah la..


di pasar tamu kota belud, memang terkenal
ukiran parang dan kelongsongnya..


Parang ni, aku beli untuk ayah.. wat kenangan Kota Belud.. hehehe..










Saturday, August 29, 2009

Sipitang - KK - Kota Belud..


Masih jauh lagi perjalanan.. nak balik Semporna yang sangat jauh ni.. Janji dengan Ustaz Azmi dan Kak Dayah ambil aku di KK dalam lebey kurang pukul 3.30 - 4.00 ptg. Dah la, tak bersahur pagi ni, memang tak sedar langsung.. tengok tingkap umah liza, hari dah cerah...

Sempat juga si Liza membawa aku ke sekolahnya. Kami dibawa oleh jiran Liza. Dekat gak sekolah Liza dengan Taman Desa Ria (rumah liza). ternganga aku tengok sekolah liza ni. satu bangunan jer.. SKM (Sekolah Kurang Murid).

jom layan..


SK Lubok Darat



Hanya satu bangunan sahaja..



satu kelas hanya 3 orang murid, 13 kali ganda murid aku lg..


Belakang sekolah Liza ada sungai... sempat gak aku tengok rumah lama beliau di belakang sekolah. Kawasan sini susah dapat line telefon.. sebab sekolah ni jauh ke dalam Kg Lubok Darat.. tapi best.. sebab tenang n damai.. aku suka......


Sini banyak buah tarap...


Tepat pukul 2.30, pakcik teksi datang ambil aku di rumah Liza. Dengan bayaran RM25. Jauh lebey murah dari Semporna-airport Tawau yang hanya 45 minit tue. Sekarang aku menuju ke KK dan perjalanan adalah 2 jam dari Sipitang - KK. Memang sah la aku akn tertido dalam teksi..



Hospital Beaufort...


Dari Sipitang ke KK akan melalui Beaufort, pakcik teksi dengan ramah menunjukkan pada aku sepanjang perjalanan.. padahal aku ni dah macam ala-ala masuk telinga kanan kuar telinga kiri.. tiba-tiba aku tengok aku dah kat bandar ape tah.. memang sah.. aku dah terlelap.. SOry ye pakcik terpaksa cakap sorang-sorang..


Sampai di KK, aku dijemput oleh Abang Tiri (Ustaz Azmi) dan bininya, Kak Dayah bersama dengan adik laki Kak Dayah. Jom kita bergerak ke Kota Belud pulak..




Friday, August 28, 2009

Pulang Ke Sabah

Balik naik bus dari Miri - Sipitang...


Dari Miri akan melalui ke Limbang, Lawas dan semestinya akan melalui Brunei. Kami bergerak pukul 8.00 pagi dari Miri. tak best langsung.. nak layan tido dalam bas pun tak puas. ada bape banyak checkpoint da. Lebey kurang 10 kali aku dan liza lena turun bas untuk cop pasport..

Besanya kalu balik kg ma, tak de la sampai penuh satu page pasport aku ni kena tenyeh. ni ha.. dalam sehari jer.. penuh dengan cop keluar-masuk Sarawak-Brunei.. Belum lg cop masuk ke Sabah plak.. hye la.. leceh..

Berdasarkan peta tue.. 2 kali gak la melalui Brunei..



sampai bus pun nek feri gak... ni Sempadan Sarawak-Brunei









Bilik check H1N1.. alhamdulillah.. bukan positif H1N1











signboard di Brunei



Signboard (Utamakan Bahasa Melayu)




Sudah mahu masuk Sarawak balik...



Tapi.. atendas bus kami cakap.. kamu berdua dari Semenanjung kan.. kita ada lagi satu checkpoint di Merapok..

Adeh.. tepuk dahi aku..checkpoint masuk Sabah pulok.. banyak nye..


Akhirnya sampai di Sipitang pukul 4.00 ptg.. dan kmi dijemput oleh GB sekolah Liza.. bermalam di rumah Liza 1 malam di Sipitang...


Habis sehari dalam bus...



Thursday, August 27, 2009

Day 6 - Gua Niah


dari SIBU - MIRI..


Rasa macam tak lengkap bila dah sampai miri tak jelajah Gua Niah. Gua Niah adalah antara Gua Batu Kapur yang terbesar di dunia.


Diambil dari ms.shvoong.com/books/1853417-gua-niah-sejarah-dan-kekayaan "Gua niah ini terbahagi kepada dua gua: The Great Cave:memiliki ketinggian sekitar 60 meter dan 250 meter lebar..dan gua yang satu lagi dikenali sebagai The Painted Cave(Gua Kain Hitam). Keindahan gua dapat dihayati dengan susunan tetangga pelantar yang mengikuti struktur muka bumi,ini mewujudkan suasana tenang dan mendebarkan seakan berada di alam purba kala."



Keluasan Gua Niah adalah seluas 3,102 hektar. Lebih kurang 3-4 jam berjalan kaki. Walaupun dalam keadaan berpuasa. tapi aku n liza tetap juga redah nak explore Gua Niah. Si Saleh dah banyak kali warning.. nnt ampa sakit kaki, letih, penat.. ntah la.. aku ni belasah jer.. sebab lepas ni belum tentu aku dapat dtg cni lg.


jom layann...



memula kena nek bot dalam 5-10 minit..


then kena jalan dalam hutan sejauh.. saya tak ingat.. pamplet ada kt umah..



jauh lg nie...





tengok peta sat, karang sesat..




cantik kan lingkaran tue..





haaa.. da sampai.. pakcik ni angkot baja..





series.. memang cantik.. angin sepoi-sepoi bahasa..




luas kann..




masyaallah...




mak aih.. ada lagi ke dalam..



ini baru 1/4 berjalan ke gua. kami terserempak dengan kumpulan auntie n uncle cina sedang keletihan.. aku bingung.. ish biar betol.. nampak macam ok je.. asal leh penat sampai berpeluh-peluh..


nak jalan di sini silakan ikut trek yang disediakan.. liza penah jalan ikut suka hati dia.. nasib tak baik terjatuh ke dalam hutan sana.. haaa.. tak balik Sabah la kami ni..




sukanya dengan tiupan angin..




cahaya dari luar ke dalam gua.. kalu datang tengah hari memang melepas..
sebab bila kitorang patah balik.. dah tak de cahaya mentari nie.. memang rugi..




apa itu? orang sedang kutip sangkar burung...















dapat gak tengok n pegang sarang burung...



pakcik yang kutip sarang burung ni cakap.. harga satu kg sarang burung ni antara 900-1000.. tapi eee,, risiko betol.. tinggi sangat2 derang panjat gua tu hanya dengan guna tali.. bergayot je kt atas tu..

Pakcik tu sempat lagi tanya kami berdua asal dari mana.... kata pakcik.. mereka yang sedang bergayut di atas yang bertanya kitorang ni asal mana?? aik.. ada hati nk borak sedangkan badan berjuntai2 kt atas sana... kalu saya,.. mesti gayat..

"kamu ni berdua perempuan.. nak masuk gua gelap nnti.. berami betol kamu ni..."


aku n liza sengeh2 jer..


sarang burung...



sedapnya angin...





ni gambar di Painting Cave..



Sebenarnya.. lukisan yang asli di dinding gua sudah terhakis.. da tak nampak sangat. ini pun snap kt gambar jer..



Rangka Manusia





sampan atau pun digunakan sebagai keranda




masa ni dah penat.. kitorang berhenti rehat sambil landing atas
pangkin di Painting Cave. Gua yang terakhir.. lepas ni kena
patah balik untuk menuju ke headquarters..




kenapa bawa lampu suluh ni.. jap lagi kita akan masuk gua yang gelap sangat...
tak ada lampu dan cahaya dari luar. jalan hanya berbekalkan
dengan cahaya lampu suluh sahaja.



ni gambar dalam gua gelap yg tak guna flash..



ini la gua gelap tue.. jalan berdua ngan liza.. jauh gak jalan dalam gua gelap..
hanya berbekalkan torchlight yg disewa RM5/1.. kalu abes bateri
memang sah... tak nampak ape2 pun....



ini lak, cahaya lampu suluh.. air tu..



kan.. air dalam gua kannn...



Untuk menuju ke Painting Cave, memang kena melalui gua yang gelap. tp aku n liza sangka.. lukisan gua tu ada kt dalam gua gelap tu. jenuh aku ngan liza menyuluh sana sini cari kunun-kunun nak mencari lukisan gua.. tp rupanya... Painting Cave tu jauhhh lg..


Memang agak letih berjalan 3-4 jam dalam Gua Niah.. lagi2 dalam keadaan puasa. Geram je tengok omputeh tu pegang mineral.. =)..


tp tak per.. berjaya jugak aku berpuasa penuh pada hari ini walaupun keletihan berjalan selama 3-4 jam..







Wednesday, August 26, 2009

Kehebatan Sekolah Pedalaman 2 (Day 5)


Aku masih lagi di Sarawak ketika ini... flashback..


Pertengahan bulan 8, 2008.. Saleh berkata..


"nik, hang tau dak, sekolah aku di tengah-tengah hutan."


aku jawab..


"aik.. ye ke.. sesuai la ngn ampa, lelaki.. xde masalah"


Saleh berkata lagi..


"hang kira ok ape dapat tempat aku.. Semporna. dari hang dapat sekolah aku. hang menangis"


da sampai sarawak ni, aku meminta jasa baik beliau untuk membawa kami ke sekolahnya.. jom tengok.. SK Sungai Anak, Selangau.. nak ke sekolah ini kena meredahi jalan ladang selama 1 jam. jalan memang bengkang-bengkok.. dan kiri-kanan ko adalah gaung..


ini jalan pertama kita akan tembung dari jalan tar (main road)



Ini reaksi pertama aku n Liza..

nik - "wey, biar betol.. kena drive selama sejam lg"

liza- "What the HELL is this?"




simpang mana nak masuk ni?? redah ladang beb..


dah hampir satu jam baru da nak sampaii..


pintu masuk sekolah..


bangunan sekolah..



kereta kawan kmi. saleh n asrul n sasy..

(semua maktab sama, IPSAH)



nak balik dah.. perjalanan ke sekolah ni memang menyeksakan.. tapi pemandangan di sini sangat cantik.. series.. hutan paya bakau di sini antara yg tercantik penah aku tengok..

satu-satunya perkampungan di sini.




sungai yang bersih.. takde pencemaran lg nih..



Maksudnya dilarang tembak n karen ikan.. Nnti ku
repot sama polis kerepot.. klau kcau pukat nnti kna ganti





penduduk kampung sedang menangkap ikan..



Hutan paya bakau...(cantikkan..)




wonderful...



subhanallah.. ciptaan Tuhan



suka tengok..



liza bersama orang iban, Jenny kot (tak ingat namanya)



canteks..


Kesimpulan, memang sekolah saleh ni tengah-tengah ke dalam hutan. nasib baik ke ada line telefon celcom. compare ngan member aku di SK Long Moh. lg dasat... tak de line telepon.. berhubung guna internet. nak kuar dr sekolah beliau kena nek bot selama 30 minit. lepas tu naik HILUX selama 7 jam.. perghh.. memang hebat..