Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, July 31, 2009

Mengunyah..

It was a meeting
He is chewing
I feel disgusting


Tak suka bila sedang berbincang.. ada orang dok mengunyah chewing gum. Dah la bila dia bercakap aku mesti tengok dia. tak ke geli dok nampak mulut orang mengunyah. lain la bila time makan... kalu bercakap masa makan, aku tak lah kesah sangat..

Bila semakin kerap aku menghadapi situasi ni.. aku makin mual tengok..


Camner ni ea..

Wednesday, July 29, 2009

Gadis Bertuah atau Wanita Bertuah


Ada Gerak Gempur Tahun 6 hari ini dan esok.Ikut Jadual invigilator, aku kena jaga 2 kelas. tapi aku tak sempat nak cover sebab aku terlibat dengan tahun 4.

Aku switch masa dengan sir nik.. tapi, Kak Razhata kesian kat aku sebab masa aku akan jadi direct dari awal pagi sehingga waktu pulang.

Jadi dia lepaskan aku untuk berehat dan kak razhata yang tolong cover masa aku. Aku plak tak sampai hati melihat beliau.

thanks sis..

Jasamu dikenang..

Alhamdulillah, berkat pertolongan dan sikap tolak-ansur kak Razhata. Dapatlah aku pergi breakfast. aku tak sempat breakfast pagi tadi. sesi di kantin..aku jupe sir nik kejap.. explain to him.

niksensei: sir nik, sepatutnya saya amek masa cikgu tapi, kak razhata bagi saya rehat. dia tolong cover.
sir nik: oh, ok la tue...
kak zura: itu la, dia jadi wanita bertuah hari ni..
sir nik: pembetulan zura, bukan wanita bertuah.. GADIS BERTUAH

opss.. tetiba seronok plak.. macam nak terbang.. hahahaha..

tapi.. aku bertuah sebab kak Razhata sangat la baik hati tolong cover masa aku...

thanks sis..







Tuesday, July 28, 2009

Nostalgia




Teringat zaman dulu kala masa aku berumur 18-19 tahun kot masa ni. muka ala-ala innocent jerk..

Masa ni memang sah, secalit bedak pun aku tak pakai... aku tahu pakai tudung sahaja.

gambar ni di Cameron bersama teman rapat aku di matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah. Bersama Cik Haslinda dan Cik Intan Shuhada. Kami semua sepesen jer. Ketiga-tiga jenis rendah kecuali Haslinda la yang kategori tinggi sikit dari kami bertiga..

bila tengok gambar balik.. macam tak caya jer..

eh.. aku ke ni???

di layannn..


Monday, July 27, 2009

aku dibedah???

Teramat bersyukur kerana ma dan ayah cepat jugak bertindak di peringkat awal. Sejak aku dilahirkan, ada seperti ketumbuhan di leher aku. ketumbuhan itu seiring dengan tumbesaran aku. Semakin aku membesar, maka ligat la ketumbuhan itu membesar sehingga kepada sebesar guli.

Ketika itu, aku berumur 6 tahun. Aku tak perasan akn kewujudan ketumbuhan itu dileher, tapi bila aku pergi mengaji di rumah cik pa.. ada budak-budak cakap..

"eeee.. dia ada biji di leher cam orang laki.."

Masa tu memang tak paham pape..

Tetiba jer aku di bawa pulang ke Kota Bharu. Yang aku pasti, aku ditempatkan di hospital kanak-kanak di HUSM, Kubang Kerian pada tahun 1990. Ayah yang menemani aku di hospital. Alahai, dah namanya dok di hospital... mestila aku paham kan. Tiap-tiap hari mengemas baju.. nak ajak ayah balik..

Sampai satu masa, aku akan dibedah..

Cerita dari ma...

Kak Nani, kazen aku soh nurse bius dengan dos lebih dari dos biasa untuk kanak-kanak. Tapi nurse tu kesian kat aku.. dia pun bagi dos yang standard untuk kanak-kanak.

Sebaik sahaja aku nak di bawa ke dalam bilik pembedahan.. aku dah terjaga okk.. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.. Ada la dalam 2 kali percubaan nak operate aku, tapi tak menjadi sebab aku asyik tersedar bila nak dibedah.. dan aku ni kuat gak meronta sampai doc naik busann..

kata kak nani...

"aku dah cakap, budak ni kuat mentalnya.. kena bagi lebih sikit.. tengok, belum nak buat pape.. dah terjaga.. macam ni.. tak selesai la keje kita"

Akhirnya untuk kali ketiga.. aku berjaya dibedah..

http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://comps.fotosearch.com/comp/LIF/LIF145/lateral-view-child_~PED01017.jpg&imgrefurl=http://www.fotosearch.com/LIF145/ped01017/&usg=__N9aHetj_4CCk5UO3KaeW8gEeRNU=&h=285&w=300&sz=19&hl=en&start=8&tbnid=W8USxrIQXi2kPM:&tbnh=110&tbnw=116&prev=/images%3Fq%3Dneck%2Bchild%26gbv%3D2%26hl%3Den%26sa%3DG

Tapi, lagi sekali masa lampu bedah itu diturunkan kepada aku..

Aku tersedar balik.. Aku memang terkejut. masa tu, cepat-cepat dr bgi suntikan pada aku supaya aku berdiam diri..

Camner ye.. dos standard untuk kanak-kanak pun tak berjaya melelapkan aku niehh..

dan.. keesokannya aku terjaga bersama-sama dengan balutan di leher dan ada air garam di salurkan ke tangan aku. Aku ape lagi, meronta-ronta dan menjerit..

"ma!! bukak mende ni.. bukak mende ni"

Abes satu hospital dengar aku mengamuk sakan.

Akhirnya, bila aku nak ke toilet, nurse pun buka kan air garam dari tangan aku.. tak malu betul aku ni.. mengamuk je kejenya.. kesian kat ma dan ayah melayan karenah aku..

Selesai semua, aku dibenarkan pulang dengan ada balutan di leher. Aku rehat sekejap 2. 3 hari di rumah che' Pah. MAsa tu teramat azab, nak tunduk pun tak leh. Kepala ni dok menegak jer..

Lagi sekali, aku kena ke hospital. MAcam biasa la.. aku akan mengamuk dulu. bila keadan dah reda.. baru la nurse cuba cabutkan balutan di leher aku.

Tapi elok plak masa sesi cabutan tu aku berdiam diri..

Sakit sangat masa nurse cabut balutan tesebut. Macam ada mende menarik-narik di bahagian leher aku yang dijahit tue..

Alhamdulillah semua berjalan lancar..

Akhirnya aku di sini dalam keadaan sihat walafiat.. berkat usaha dari ma dan ayah serta dengan izinNYA. Syukur Alhamdulillah..






Saturday, July 25, 2009

Rasa macam ubat batuk??

Hari ni pegi ke Tawau. Ikut Family kak ilut dan ada sorang lagi pengikut iaitu datok Fauzi.. best jalan-jalan dengan Amirah n Zaid. Of course bila jenjalan tu mesti la kami dengan geng perempuan. dan bila di Giant...

Aku, kak ilut n amirah jalan-jalan window shopping.. tapi amirah ni pantang nampak benda dia nak.. bising jer. cian mami dia. penat layan amirah..

aku plak.. beli air marigold peel fresh. air buah delima. saje nak try.

Sampai rumah... minum..

betol kata mereka..

"macam minum ubat batuk"

tapi sedap gak air tue..

Friday, July 24, 2009

Hanya Kata-kata

Berhati-hati dengan segala apa yang keluar dari mulut..

Berhati-hati dengan segala tindakan..

susahnya menjadi anak perantau..

Anak-anak ayah mewarisi zaman ayah nya dulu..

Ayah dulu perantau juga. Ayah ada 18 adik-beradik.. iaitu 3 ibu satu bapa. Kesian pada ayah, dari kecil tidak tingga bersama ibunya. tpi ayah tinggal dengan ibu bapa angkat beliau.

Terima kasih kepada arwah nenek (mak angkat ayah)

Ayah dulu bekas pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Kemudian ayah sambung belajar di Pakistan. Jauhnya ayah pergi belajar.. tapi sayang.. ayah tak berjaya tamatkan pengajian. sebab, abang-abang dan sepupu ayah dah berhenti support ayah.

JAdi ayah teruskan pengajian di Universiti Islam Indonesia, Indonesia. Bersama dengan adik perempuannya, aku panggil Cik Su. Cik Su bertemu jodoh di sana dan sekarang terus menetap di Indonesia.

Akhirnya ayah berjaya tamat pengajian. ayah pun pulang kembali ke Malaysia. Bertemu jodoh dengan ma. dapat la kami 4 beradik. Semua Puteri.

Tiga orang puteri dilahirkan di KLINIK PERUBATAN ARQAM, Gombak. Yang paling bongsu di HKL.

Tapi bila ayah berkumpul dengan semua adik-beradik.. ayah la paling low profile.

Nama keluarga ayah bukan Nik, Tapi Tengku. Entah mengapa ayah menukar dari Tengku kepada nama Nik. Aku pun tak paham. Yang aku tak suka bila sepupu aku di Kelantan buat salasilah keluarga ayah. Kesemua nama Tengku termasuk ayah dan nama anak-anaknya.

Mula la aku bising.. Sebab identiti keluarga kami dalam IC adalah Nik. Tapi dalam senarai salasilah itu nama tengku.

"Abang Alam, mana leh letak tengku.. ni nama lain"

Jawapan sepupu aku..

"ala, letak la nama betul. dah memang asal nama itu. Ayah demo g letok namo lain"

Entah le. aku tak berapa suka gak nama asal keluarga aku. Sebab aku dah biasa nama aku sekarang.

Tapi.. masih ingat akan cerita dari ma..

Sebelum aku dilahirkan.. ma beli kelengkapan bayi termasuk la bantal dan tilam. Bila nak beli sarung cadar. ma nak beli warna biru kot. aku tak bape pasti. Tetiba Che' Pah, kakak ayah soh beli warna kuning.. katanya

"tak boleh, kena pakai warna kuning.."

nak tak nak, ma pun beli la warna kuning. perlu ke semua tu ea.. erm. lantak la.. aku ni blur sikit pasal keluarga ayah.

Dari kecik, yang aku tahu adik-beradik ayah 5 orang. Rupanya itu adik-beradik seibu-sebapa. Tetiba bila ada pakcik datang melawat kami di KL, aku mesti tanya ma..

"ma, ni sape?"

jawab ma...

"ni abang ayah"

Aku dah pening.. dalam gambar ada 5 orang jer. tapi nape tetiba ada abang lain plakk.. Semakin aku membesar.. semakin ramai adik-beradik ayah yang aku kenal. aku iya kan jer. sebab aku tak paham kenapa ramai sangat adik-beradik ayah..

Rupanya ada 3 ibu..

oooooo...........









Thursday, July 23, 2009

Gosip


http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/5703042/2/
istockphoto_5703042-young-women-with-cell-phone.jpg


Asal kan golongan wanita.. mesti suka bergosip dan bercakap..


Termasuk la aku sendiri..


Kenapa??


AKu pun tak tahu..lumrah seorang wanita kot..


tapi aku sendiri tak la suka bercakap sangat. Aku perlu masa yang lama untuk membolehkan aku boleh berbual dengan orang yang baru aku kenal.. bila aku dah selesa dengan seseorang..


masa tu.. barulah mereka tahu yang aku ni suka bercakap jugak..
jeng..jeng..jeng




Wednesday, July 22, 2009

Berkaki Ayam


"Asal ko jalan macam terumbang-ambing.."


toing!!!


Aduh.. memang tak sesuai betul pakai kasut ni. ditambah plak dengan kain sempit dan keadaan aku yang agak tak selesa pada hari ini.


Almost 5 days... semua kelas aku di masa akhir kecuali hari isnin. Memang aku da plan siap2 di kelas 4 Jujur ni.


MAsuk je kelas.. tutup pintu. terus buka kasut. Pergh lega..


Cepat-cepat bagi signal diam pada murid2..


"teacher tanggal kasut.. sebab tu teacher tutup pintu"


Situasi di kelas berjalan macam biasa.


cuma tak normal sikit sebab gurunya berkaki ayam. abes hitam tapak kaki aku nie..


Gara-gara sebuah kasut..




Tuesday, July 21, 2009

Apakah..

Lagi sekali menghadapi hari-hari mendatang..

minggu yang sangat bz..

weeekend ni nak gi teman Rosmina lagi..

Suka.. banyak orang semenanjung di sana..

Monday, July 20, 2009

Bedak Oh Bedak..


Opsss.. habis la besok.. bedak dah tertinggal kat rumah rosminah di kuarters TLDM Semporna.. JAdi tak payah la touch up pergi sekolah.. hehehe..

Masa di UKM.. Aku ni pernah jadi PC(Pemudah cara) a.ka. fasilitator untuk freshie yang baru masuk universiti ni. Antara syarat nak jadi PC ni aku kena menyertai BTN Mahasiswa kat Alor Gajah. Masa tu tahun 2004.


Modul BTN adalah Lanjutan, Fasa Kedua. Jadi banyak la sesi LDK. yang syoknyer fasilitator LDK aku ni suka bercakap ok. selalu bila sesape je bercakap walaupun sepatah dua.. Fasilitator aku ni dengan rajinnya akan menyambung panjang berjela. SYok betul.. jadi kerja aku.. cakap sikit.. dan yang lain beliau la akan menamatkannya.

Fasilitator aku ni akan susun kami mengikut tarikh lahir. Al-maklum masa tu aku baru 2nd year. Jadi aku ni peserta LDK paling akhir dan duduk la sebelah fasilitator ni..

Ada la topik sembang-sembang..

Fasilitator ni tanya sorang senior laki aku ni..

"Perempuan jenis apa awak suka?"

Jawab si lelaki ini..

"Saya suka perempuan yang kemas, bukan selekeh!"

Pastu si fasilitator ni sambung..

"Jadi awak ni tak suka la perempuan yang tak kemas macam, bila nak keluar jer. terus sarung tudung. tapi tak pakai bedak.muka pun sememeh jer"


Aku yang kat sebelah telan air liur...


Tapi leh wat muka selamba lagi..


Sebijik statement fasilitator tu terkena ke muka aku ok.. memang.. dari sekolah menengah sampai la ke universiti, aku sangat ler jarang pakai bedak.. leh kira beberapa kali ajer. nak letak blusher pun tak tau..


Ish.. selekeh ke aku ni??

Ahh.. lantak laa..

Akhirnya di tahun tiga.. baru la aku amek inisatif nak belajar cara nak touch up. itu pun saranan dari member cina aku ni.. si Jessie..

Nik ko suruh je si Beauty belikan mende basic make up nie. dia tahu la nak match warna kulit ko dengan blusher n eyeshadow tu..

Ape lagi, maka aku pun soh la si Beauty ni belikan. nak beli sendiri tak reti..

Beauty ni kawan nyah aku masa di UKM. tapi sekarang da tak kontek. manala dia keje sekarang ni ea??

si Jessie plak.. memanjang je aku kol.. dia akan jawab..

"nik, I call u later..."

ceh.. last2.. tak kol pun..

To Jessie n Beauty..
aku rindu r kat koranggg..

Wednesday, July 15, 2009

Kesiannnya jadi Cikgu BM

Diambil dari emel seorang kawann..

Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna... Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Monday, July 13, 2009

Layakkah aku??


Lebih kurang pukul 10 pagi. Nurul Afikah tahun 6 Bersih datang malu-malu berjumpa dengan aku.. dia membawa sebuah beg kertas dan memberikan pada aku. Aku terkejut dengan hadiah tersebut. 2 helai kain tudung untuk guru kelasnya..

Aku terkesima.. malu menerjah dalam diri aku..

Kekadang aku nie.. culas jugak bila nak masuk kelas. lebih-lebih lagi bila Jadual aku sangat pack.

Betapa la ada sebahagian dari murid aku menghargai aku. Tapi adakah aku sendiri menghargai mereka juga???

Ntah ler..


Guru itu tidak boleh berputus asa. Benar lah dalam cerita 'Memoir Seorang Guru', penulis Azizi Abdullah..



"Jangan sesekali jemu dan jangan pula lesu"


Sunday, July 12, 2009

Jual Plastik!!!

Sebaik sahaja pulang dari Kunak, kami bertiga terus membeli barang dapur yang sudah nak abes nie. Pergi kat century, then terus ke Pekan Semporna menuju ke Guardian dan kedai-kedai yang berkaitan..

Sampai di bahagian Pasar Basah dan Pasar Kering.. Kami berpecah.. Teh dan dida membeli sayur. Aku bergerak membeli ikan..


Aku pun pergi la memilih ikan aper yang nak dibeli. semestinya ikan paling banyak dijual ikan kayu. Ikan kayu ni ikan tongkol.. malas r nak beli ikan kayu.. aku dah muak. makan kat kantin sekolah pun jual ikan kayu gakk..


So aku melilau la satu pasar nie.. macam biasa aku mencari ikan, ada la beberapa kanak-kanak di belakang menjinjit plastik. Nak tolong bawa kan. aku ni malas nak layan bebudak nie.. Ok, dah dapat beli sotong.. nak cari ikan plak..

"Teacher!!!!"

Eh, mana datang suara nie.. aku pun mencari-cari.. laa.. Hafiz.. anak murid aku tahun 4..

niksensei: eh, Hafiz.. Hafiz buat ape kat sini
Hafiz: Jual plastik..(mukanya cam heppy jer aku tegur dia)
niksensei: meh sini, tolong bawakan barang teacher yer..

Hafiz ambil sotong aku sambil tersengihh.. Kesian plak aku tengok.. Aku pun meneruskan sesi membeli ikan lagi. dah setel sume.. Aku pun bagi la duit upah pada hafiz dan kawannya..


Erm.. Kesian aku tengok si Hafiz nie..tak sangka, ada jugak salah seorang dari mereka yang menjual plastik itu adalah anak murid aku sendiri..


Dilayannnn




Saturday, July 11, 2009

Kisah Hari Sabtu

seawal 5.30 a.m pagi menggeliat bangun nak pergi ke sekolah. ganti cuti raya. Sebaik sahaja abes kelas di 6 Jujur. terus ke opis sekolah, nak jupe Kak Salmah sebab nak tukar tarikh apply tiket balik hujung tahun nie. nape aku tukar tarikh??

"gara-gara liza burung hantu r ni. ader dia apply tiket 25 Nov. takkan aku nak menonggeng sensorang kat semporna ni untuk satu hari"


Lepak jap di opis bersama kak halimah dan kak asmaeyah. borak-borak sambil tunggu kak Salmah. beliau masih belum datang. terdengar sore abang tiri, terus aku g mencari beliau plak..

pasal ape??

aku nak diskus pasal si liza burung hantu ni yang nak amek lesen scuba di Semporna. sekejap je bincang tapi.. pujukan dari si liza burung hantu membuatkan aku teringin nak join plan beliau di hujung tahun ini.. padahal aku dah kena warning dari ma..

bak kata sir nik..

u belasah saje nik..


nanti la. akan difikirkan...


tetiba.. murid 4 Pintar datang

azwin: teacher, masa teacher sekarang..
nik : eh, masa teacher 9.30 la..
azwin: masa teacher laa..
nik : eeeeee... pergi tengok balik jadual kamu.. ngengada nak teacher masuk gakkk


aku dah le dok menjenguk budak saket di bilik kesihatan.. si azwin ni datang 2 kali cari aku.. tensen aku.. bukan masa aku.. aku yang di cari.

masuk plak kelas aku sendiri.. 6 Bersih. ada plak aduan..

"teacher.. Fhirly nak kawen dengan teacher"

Amboi.. lepas satu, satu citer len plakkk.. eee.. pening aku..

lepas tu.. meeting. kesian kak Dayah.. aku tak perasan sms beliau.. sory ye kak tiri..

school dismissed..



Friday, July 10, 2009

Rindu nyer saya pada mereka

Ini sebahagian gambar ketika bercuti di Bandung + Yogjakarta + Jakarta.. Pic di bawah semua di Yogjakarta.. kenapa ke sini. sebab ayah nak mengimbau memory dia semasa dia belajar di Yogjakarta. Perjalanan ke Yogjakarta sama macam dari Semporna-KK. Jalan berliku-liku..

Ape motif pergi Indonesia nih??

  1. Melawat Cik Su (makcik) saya di sana..
  2. berkenalan ngan kazen yang memang selama ni tak kenal
  3. Melawat my sis yang hampir nak abes basic klinikal di Bandung
  4. Jalan-jalan
  5. ape-ape aje..

Pantai...
tak ingat nama per..


ini namanya kuala..
eh betoi ka


yeah.. bergambar kami!
nape aku yang pendek???

di arkib ape tah..

nampak monumen belakang..
ma pun pkai glasses..

panas nie..
ayah tak join sama sebab masa dia belajar dulu dia p
penah naik
hanya aku, yayin, wawa n ma yang naik..


adik-adik saya dan ma..





my sis... 3 years younger than me

wif my ma sayanng..
sebelum nak naik ke candi borobodur


Thursday, July 9, 2009

Dari Kerana Mata


sesajer.. tak de keje.. memenuhkan ruang isi blog ini..


tapi orang selalu kata..


"oh si nik yang..."£@&!!!????.."

Wednesday, July 8, 2009

Kasut Tumit Tinggi



Ramai nyer kengkawan membelek kasut dan sandal tumit tinggi. aku pun teringin sebab macam cantik jer.. dok membelek. komen dari kak zura..


"eh nik, ko boleh pakai ke.. ko tu stok ganaz.. stok nek bukit la.. ape la.."

aku tersengihhh..

memang aku tak reti pakai punnn..

ada sepasang sandal tumit tinggi aku beli.. ada kat rumah di KL.. beli saja.. tapi aku tak pakai. Tak berani beb.. aku taku aku tergeliat..

dari dulu lagi.. walaupun hanya tumit tinggi seinci.. aku dah sedikit tersadung. nasib bek tak jatuh depan budak-budak.

dan kekadang aku pakai gak sepasang kasut yang 'lady' sikit. tp ape jadi. aku yang tak selesa. Setakat ni baru 2 kali pakai kt sekolah. Hajat nak pakai masa g dinner. tapi tak berani. karang depan sume cikgu-cikgi aku tergeliat... Ya AMPUNNNN. baek tak melawa dari dapat malu..



Tuesday, July 7, 2009

Trolling

Ikut mereka pergi memancing.. ini adalah kali pertama join memancing di laut. Dulu penah sekali memancing di tepi sawah guna umpan cacing..

tapi semestinya bukan aku yang pasang umpan kerana..

aku kesian plak tengok cacing. maka yang menolong aku adalah si Liza dengan muka yang tidak puas hati memasang umpan untuk aku.. cess.. tak ikhlas.

hanya 4 orang termasuk saya. boatman dan 3 orang dari tempat keje yang sama.. Jom layannn

Memancing di Tanjong Kapor
Pulau ape tah... saya tak tahu

ini ikan putih.. berjaya dipancing oleh en fauzi
tapi malangnya masa menarik pancing..
ikan putih melanting ke muka aku.. hampehh


indahnya ciptaan tuhan
diambil dari bot


syok.. tapi makin legam le aku ni..
first time solat di atas bot..


pulau apekah itu??



tenangnya air lauttt..



berjaya hilangkan stress..





kawasan sana hujann..
tapi kami semua kena hujan


Kesiannn.. dapat 2 ekor ja ikan..
katanya ikan malu dengan aku..
betol ea???



nasib baek saya tidak mabuk



pakcik boat yang suka bercerita..
aku malas nak layan..
aku dok jauh.. tak dengar



Aksi pertama sebelum memulakan pembalingan joran ke laut..


Kesian kat sorang member ni.. kewang dia hilang dikaut ikan tenggiri..
seronok.. macam nak join lagi.. tapi tengok la camner plak ea..



Monday, July 6, 2009

Perhimpunan..

Alhamdulillah perhimpunan berjalan lancar..

tapi..

ada orang tu.. dia g wat khianat..

ada ker naik turun volume microphone..

Aku dan kak Razhata dah tak tahan nak gelakkk..


Moga-moga microphone baru akan diperkenankan..

Sunday, July 5, 2009

Pantai di Semporna

Ada satu-satunya pantai di Semporna ni. Kerana teramat la sedey..
3 kali aku kecewa...
kenapa..
biarlah kengkawan jer yang tahu..
maka kak ida mengajak aku ke Pakalangan petang ahad itu..
Enjoy the view..






i'm with teteh..



Gambar kami teacher!!!!


Jeti yang panjangggg..





Saturday, July 4, 2009

Pesanan Ma dan Ayah

Jiwa aku kacau..

Sejak berjauhan dari ma dan ayah dari tahun awal tahun 1997 sehingga sekarang. ini lah pesan ma terhadap aku..

  1. jaga solat
  2. jaga maruah diri
  3. baca quran setiap hari
  4. pandai-pandai la bawa diri di tempat orang

tapi tak semua pesan ma aku ikut. dan pada hari ini aku melunaskan hutang aku pada ma pada hari ini..


dan aku pernah menyatakan hajat aku pada ma dan ayah tentang sesuatu..


respon dari ma, ma sangat terkejut..


respon dari ayah, ayah terdiam....


Tiada jawapan dari mereka..


Setelah usai solat Isyak berjamaah dengan ma dan ayah. aku dipanggil oleh mereka berdua. dan ayah menyatakan pendiriannya. bahawa kami ni keturunan MINANG.. ikut adat minang memang tak...

dan aku terduduk terjelepokk..




Friday, July 3, 2009

A cute song

lirik daripada student aku di 4 Pintar

berdeting-deting di Ploating
nampak anjing terkencing-kencing
rambut kuning geriting..

terjemahan

Berdating-dating di Floating
nampak anjing terkencing-kencing
rambut kuning kerinting..

dari mana tah derang ni tau yang orang selalu berdating kat Floting tuh..


ishhh..

Thursday, July 2, 2009

Kos Pentadbiran yang Tidak pernah susut

Aku ni antara peminjam PTPTN. Aku tak pernah culas bayar dari tarikh bermulanya aku ditetapkan kena bayar PTPTN nie. Betul la.. dah kita pinjam. memang la kena bayar balik.


Sekarang ni boleh dikatakan setiap bulan aku bayar lebih kurang RM200. baru mula semenjak aku posting di Sabah nie. Sebelum ni aku bayar dalam seratus lebih jer mengikut jadual yang telah ditetapkan. Cuma kali ini aku mintak dengan PTPTN untuk satu bayaran balik secara tetap setiap bulan. tak macam ikut jadual di mana bayaran adalah akan berganda dari setahun ke setahun sehingga mencapai RM300 sebulan pada tahun yang telah ditetapkan sehingga hutang berjaya dilunaskan.

Yang tak bestnyer.. bila setiap kali aku tengok penyata kan.. alahai, admin fees dia.. susut sikit sangat.. contoh aku target setiap bulan PTPTN akan ambil kos pentadbiran secara purata untuk aku senang kira dalam RM50 setakat ni. Jadi setahun admin fees aku adalah RM600. Tahun sebelum ni aku hanya bayar dalam seribu lebih la. sebab masa ni gaji tak tetap lagi.. tapi admin fee dah RM600. maknanya aku hanya bayar RM400. Mak aii.. sikit jer aku bayar rupanya.

Dan apabila aku dah naikkan sikit tahap bayaran aku.. aku tengok admin fees tu tak berganjak pun. Susut pun hanya untuk seberapa sen sahaja.

tak pe laa.. katanya akan dikurangkan admin fees kepada 1%. aku harap cepat-cepat la pihak PTPTN nie uruskan penyelarasan admin fees 1% tersebut.

p/s: bila nak abes bayar camnie??? duit bukan ado..

Wednesday, July 1, 2009

cikgu comel

"oohh.. ada cikgu comel di sekolah nie.."


hahahaha.. ape motif tah tulis mende cenggini..


hanya.. beberapa orang je yang tahu kenapa aku tulis mende nie..


tetttttt...