Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, June 29, 2009

Main Badminton


Aku join Cikgu Komot pergi main badminton di IPD. Aktiviti main badminton ni ari isnin, rabu dan jumaat.. dan malangnya.. aku ada home tuition. camner ea..


Aku suka gak memenuhkan masa ni.. dulu ada geng giler. si liza namanya. dia suka bawak aku join sama. tu yang aku suka kat minah nie. dia tak penah tinggalkan aku.. mesti ajak aku gak.
masa di ipsah.. joging ngan minah ni.. tapi cam biasa laa..


dia dah jog satu taman..
tapi aku..


baru jog setengah taman.. haahhahaa


Padahal dulu pemain centre netball masa sekolah menengah. tapi itu citer dulu.. sekarang sudah lain..


nanti nak pi beli raket badmintonn.. walaupun aku jarang dapat bermain..


Sunday, June 28, 2009

Sepetang di Bukit Tengkorak



Petang ahad gi bukit tengkorak. nak test stamina sikit. maklum ler. badan ni memang pemalas.

Aku pergi bersama en technician. sampai gak bukit tengkorak, Semporna. tak la tinggi sangat.

Tapiiiiii

dah lama badan ni dok rileks jer. amekk ko.. memang lambat gak la nek atas tu. dalam 15 minit baru sampai. yang best aku tengok, ada perempuan di sini rileks jer nek bukit pakai sandal. Yang aku ni tercungap

sampaikan dah nek atas.. ada orang cakappp..

"kesian member aku, naik bukit tengkorak, sampai tak leh cakap"

Amboi... sedapnya aku dikutuk..

Saturday, June 27, 2009

My Lucky Number


Malam ni adalah meraikan hari perpisahan Cikgu Aling. Macam-macam la kan persembahan dan aktiviti diadakan antaranya cabutan bertuah. mengikut senarai nama kakitangan di sekolah. aku berada pada senarai ke-21. Jadi no aku ialah 21. Tarikh lahir si dia 21 March. Satu kebetulan yang baikk..


Sedang aku asyik menjamu.. tetiba pengacara majlis..


"Nombor 21 iaitu cik Nik....."


Nasib baik aku tak tersedak. Cepat-cepat aku bangun menerima hadiah. bestnyer.. hamper besar. cukup stok makanan aku untuk beberapa minggu.


Sebaik sahaja majlis berlalu. Kak Razhata terus bergerak keluar untuk pulang. Terpaksa aku ikut sama sebab nanti aku tumpang dia.. k majlis sudah pun berakhir..





Friday, June 26, 2009

Checklist

Kena buat checklist nie..

Banyak keje yang menunggu dan banyak lagi status pendingg...

Thursday, June 25, 2009

Taklimat

Saya terlibat dengan satu taklimat berkaitan Matematik di Lahad Datu bermula 8 pagi hingga 5 petang. Sampai rumah pukul 8 malam.


Jarak pergi balik 365 km. owh.. penatnya saya..


K.. mahu tidur.


Wednesday, June 24, 2009

Sampah Oh Sampah


Awal pagi ni dah nak bersiap pergi ke sekolah. Ok.. dah tutup semua pintu dan pad lock yang ada nie.

tetiba jer ada mende kat halaman rumah aku nie. Ish.. sejak bila rumah aku ni ada cd karaoke kan. Nampak sangat la sampah dari jiran rumah sebelah.



Dua hari lepas, senang-senang je dia buang magazine sekolah menengah anak dia tue.. di halaman rumah kami nie. Ingat, rumah kami ni tong sampah ker??

Dah kerap sangat nie derang buang harta di lama rumah aku. Mula-mula cam abaikan jer. mana la tahu kot-kot depa tak sengaja kan.

tapi.. pagi ni ada plak sampah yang mendatang kann. Macam-macam ala-ala sengaja jerr..


Apa aku perlu buat ea bagi mengurangkan bendasing yang datang ke laman rumah aku ni???




Tuesday, June 23, 2009

My Cute Little Fan



Setiap hari Selasa, aku akan melepakkan diri aku di Bilik PPSMI. Ape motif?? Sebab hari ni jadual pack. Lebih baik aku dok menunggu budak datang terus ke bilik PPSMI.


Tetiba jer ada usb fan tu kan. Aku terpaksa bawa usb fan ini ke bilik PPSMI sebab elektrik hanya boleh digunakan pada Projektor dan Laptop sahaja. Kipas di siling hanya menjadi hiasan sahaja. Jadi aku kepanasan la di bilik ni sensorang. Maklum la Semporna ini dekat dengan laut. Memang angin laut je la aku dapat.


Ini yang aku heran. Kesian kat anak murid aku, kelas tak kondusif. Yang pelik, ada bahagian yang ada current. tapi bila kipas siling. ada 2 biji kipas siling. satu pun tak leh guna. Pihak sekolah cakap ada masalah wiring.


Ape-ape je la. Budak tak selesa pun. P&P kena dijalankan seperti biasa. Sampaikan aku sendiri pun kepanasan. nasib baik la dapat free gift USB fan masa aku beli printer HP. Leh la si kecil ni membantu memberi sedikit keselesaan pada aku sepanjang aku dok di kelas yang tiada kemudahan kipas ini.

"teacher, buka kipas ni ooo.. Panas aku"

"tak boleh la, tak ada elektrik.. (sambil switch on)"

Kekadang kesian aku tengok, semua dok menempel dekat aku bila budak-budak ni kepanasan.\ nak merasa sedikit angin dari kipas kecil aku nie..



Ustaz Azmi berkata: UIks, laju jugak ekk kipas ko ni nik??




Monday, June 22, 2009

MENCAPUB dan GIPANG

MENCAPUB dan GIPANG adalah perkataan gabungan yang sangat femes ketika aku di matrikulasi.

MENCAPUB - Mencari Publisiti
GIPANG - Gila Pangkat

SYok tu bila aku dan member-member menggunakan perkataan ini kepada golongan yang seperti di atas.Tapi itu zaman ketika kami masih lagi belum matang. sebab aku pun pernah menjadi seperti perkataan di atas. iaitu aku suka mencapub ketika aku di sekolah menengah dan matrikulasi. Tapi aku tak la Gipang sebab aku tak minat memegang jawatan di Perwakilan Pelajar, jadi ketua blok ke,asrama ke.. ape sume tu tak minat.

Kembali ke realiti..iaitu tahun 2009

Kekadang aku kurang paham dengan sikap manusia ini. aku bercakap secara umum la. Bukan aku nak mengata ke apa. tapi realiti. Bercakap mengenai guru KPLI dan golongan yang mempunyai ijazah termasuk la aku.Hanya dengan sekeping sijil yang menyatakan anda telah pun dianugerahkan ijazah sarjana muda, andaterus nak bangga dengan itu???

Pantang betul bila aku bersembang ada sedikit unsur bangga diri. termasuk la aku sendiri. Kekadangmungkin aku ni pun pernah bangga diri tanpa disedari. diulangi bangga tanpa sedar. cehhhh.

Nape ea.. sampai ada guru PPLD mengatakan ada guru KPLI yang berkata begini..

"saya tidak respek guru lepasan diploma"

HELLO, boleh tak berhati-hati sikit dengan penyataan ko tersebut. Kena ingat ya, dari mana kita ini berasal??kita ini hasil didikan dari golongan guru tersebut. Sedangkan aku ni pun rasa ilmu aku di sekolah tak cukup.Terus terang aku nak mengatakan di sini.. aku sendiri pun kena sentiasa membuat rujukan sebelum mengajar.Aku sendiri pun masih peringkat baru nak belajar.
Sebab tu kadang-kadang aku suka bertanya pada guru lama.


Bagaimana aku nak buat itu, bagaimana aku nak buat ini? Aku perlu berdiskusi juga dengan mereka kerana pengalaman mereka. tapi aku pilih gak dengan sape aku nak berdiskusi. mestila mereka adalah golongan guru yang sangat aku kagumi di sekolah aku sekarang ni.

Sape mereka itu??... hanya aku jer yang tahu...

Kekadang aku nampak bila aku pergi mesyuarat di PKG. walaupun baru pergi sekali jer. ada jugak golongan guru yang suka mencapub. saja-saja nak expose diri ko tu hebat.. ko paling muda ke,ko tu kenal ramai cekgu dalam mesyuarat tu ke.. itu tak perlu. sebab aku perasan, derang ni nak menunjukkan derang tuada kot dalam kelompok mesyuarat itu.

Tak perlu la mende sume tu. Juz ko bagi pendapat dan cadangan dah le.. ni macam nak cakap kuat-kuat bagi sume orangperasan kewujudan ko. Padahal mereka yang lain rileks jer. MAcam kurang matang la bila anda berbuat begitu.

Jadi, kita ni sebenarnya hanya lah sama sahaja. Maka berpijak la di bumi yang nyata. Tiada siapa yang hebat dimuka bumi kecuali ALLAH.


Sunday, June 21, 2009

Tergamam

Aku terbaca dan aku tergamam sebentar di http://kalampendeta.blogspot.com/2009/04/aku-benci-negeri-sabah.html

Kenapa la aku ditugaskan ke Sabah.....negeri yang sangat teruk...masyarakatnya yang berfikiran sempit...bila berjaya sikit lupa diri....kutuk orang Semenanjung padahal jika tak kerana orang Semenanjung, Sabah sekarang masih mundur dan ketinggalan....


Separuh daripada guru di Sabah adalah asal dari Semenanjung...malah satu ketika dulu...2/3 guru di Sabah adalah dari Semenanjung...kerana pengorbanan orang Semenanjung la ramai anak Sabah yang berjaya......tapi bila dah berjaya..mereka lupa diri..kutuk balik orang Semenanjung..padahal sape yang ajar mereka jadi pandai...GURU-GURU SEMENANJUNG !


Pergi la ke hospital di seluruh Sabah..2/3 pegawai adalah dari Semenanjung...doktor, pegawai farmasi, dentist, dietition dan banyak lagi...jika tak kerana orang Semenanjung..orang Sabah ramai yang mati sakit....Universiti Malaysia Sabah (UMS)....90% tenaga pengajar adalah dari Semenanjung.....orang Semenanjung jugak yg didik anak Sabah di UMS...


tapi bila dah berjaya..lupa diri..kutuk orang Semenanjung....padahal ko dah berhutang budi dengan orang Semenanjung..memang dasar orang Sabah HATI BUSUK !!!!Sudah la Sabah negeri teruk..tiap-tiap minggu bekalan elektrik putus, bekalan air putus....apa kerajaan Sabah buat????..makan rasuah jer ker?????.....arghhhhh..tension aku...aku benci negeri Sabah.....aku nak balik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! rujukan : mimbarkehidupan.blogspot.com

Komen Pertama
Orang semenanjungi memang KEPARAT!!! Dupang...
Memang benarlah kata Sang Pendeta, tapi biar saya tambah sedikit walau pun banyak perkara yg boleh dibahaskan ttg isu ini.
Saya cuma nak bagi point2 kenapa org mcm ini memang keparat:-
1. Golongang ini tidak menerima takdir dan ujian Illahi.
2. Mereka ini, bukanlah guru sebenar yg berjiwa guru. Mereka ada niat lain dan guru hanyalah batu loncatanUntuk meneruskan kehidupan seharian.
3. Ini adalah luahan rasa seorang guru yg tertewas. Mereka tidak dapat mencapai cita-cita sebenar mereka.
4. Golongan ini merbahaya! "kerana nila setitik habis susu sebelanga.
5. Orang macam ini, perlu cari kerjaya lain. Peluang kerjaya disemenanjung terbuka luas.


Kenapa guru jadi pilihan.
Fakta kenapa ramai org semenanjung jd guru disabah:
1. Sebab guru semananjung juga berhati BUSUK! Daripada bos hinggalah ke-kuli2 yg kuat mengampu.(org2 tertentu sahaja.). Kalaulah mereka berhati bersih sudah tentu anak2 didik mereka jd guru seperti mereka atau berjaya bidang lain. Adakah mereka lupa orang British lebih IKHLAS daripada mereka2 ini.
2. Orang2 semenanjung jugak berlagak pandai tp sebenarnya mereka Bodoh-sebagai contoh: Mereka menganggap orang2 Sabah adalah bodoh2 belaka,ketinggalan zaman dsb. Adakah mereka sedar anak2 Sabah itu berasal dari Melayu mana? Ini menunjukkan org2 Sabah lebih mendahului zaman berbanding dgn mereka sbb mereka masih bertenggek di-Tanah Semenanjung yg hasil2 nya telah lama dikebas penjajah.
3. Tanah semenanjung dan penduduknya sudah banyak kekurangan zat2 makan seperti protein ikan. Buah2an yg beracun dan pencemaran alam sekitar. Purata panjang hayat hanyalah 60-80 tahun. Sedangkan Sabah adalah kawasan yg masih segar. Kedatangan guru2 Semenanjung ke Sabah akan dpt memanjangkan hayat mereka dari 10-15 tahun lagi tidakkah org2 ini Bersyukur!!! Bodooohhh!
April 4, 2009 7:58 AM

Pendapat saya:

Saya antara warga pendidik semenanjung yang mengajar di Sabah. Saya sendiri tidak pernah mengatakan murid saya BODOH. saya tahu apa itu dupang.. dan ingin saya nyatakan di sini tidak semua guru semenanjung begitu. Saya sedih bila anda mengatakan kami ni keparat dan dupang!!

Semua manusia adalah sama. TAk perlu nak melabelkan siapa keparat, siapa dupang.


Antara yang pernah berlaku pada diri saya di sini:
Saya menyediakan jadual di dalam kelas saya sendiri. Apa yang berlaku, murid saya sendiri merosakkan hasil kerja saya. Penat saya buat. tapi senang-senang mereka rosakkan. Mereka Tak hargai langsung usaha saya. Peralatan saya musnah di depan saya sendiri, dilakukan oleh anak murid saya sendiri. Worksheet (lembaran kerja) saya potostat guna duit saya sendiri, saya berikan pada mereka. tapi ada segelintir anak murid saya senang-senang buang dan hilangkan worksheet begitu sahaja... tak tampal dalam buku walaupun saya telah arahkan. Bayangkan, kita guna duit sendiri.. tapi mereka tak hargai usaha saya.


Tapi saya bersabar sahaja. Saya hanya mampu membebel dan berikan sedikit hukuman untuk menyedarkan kesilapan mereka. Saya tak larat nak marah mereka sebab saya tak mampu. Walaupun mereka berbuat begitu pada saya, tak pernah saya mengatakan mereka KEPARAT.


Komen Kedua


bersimpati dgn cikgu tu..
aku byk kawan asal semenanjung bukan setakat guru pensyarah, pegawai kerajaan,askar pon ada x ada pon yg mengeluh mcm cikgu manja ketiak mak sorang tu. ramai kawan yg berat hati tinggalkan sabah sbb suasana sabah yg santai dan org2nya sendiri. apatah lagi elaun2 yg di terima amat besar berbanding penduduk sabah kerja di semenanjung (jab kerajaan).
ps: cikgu tu mmg kurang pengetahuan@x berpengetahuan...sabah kan dibawah kerajaan pusat. sebarang kekurangan ajukan jer pada PM. KM sabah sini hanya lah boneka sahaja...(pendapat peribadi ku).

umpama marahkan nyamuk kelambu di bakar (klu dia betul2 cikgu dia tau lah maksud perumpamaan ni kan kan kan)
sekian.rick, putatan
May 26, 2009 1:06 AM

Komen ketigaKomen
blog http://mimbarkehidupan.blogspot.com/ memang tidak wajar dan kebudak-budakkan.
mungkin pihak tertentu boleh menyiasat dan menyedarkan merka yang terlibat... mcm mana mau maju bersama dan menjayakan konsep satu malaysia jika ada yg bersikap kurang baik.
mungkin blog ini boleh diajukan kepada pihak yg lain seperti meletakkan nya dlm perbincangan konsep 1malaysia ke laman 1malaysia kita.
biar disiasat...orangnya.
Racun pemikiran seperti ini lah yang merosakkan keharmonian bersama..
Disebabkan tidak puas hati... memburukkan orang lain dan membangkitkan isu sensitif...
kerja dimana-mana sahaja dengan ikhlas...
apa anda semua fikir mengenai sikap pemilik blog
http://mimbarkehidupan.blogspot.com/?????


Pendapat saya lagi kepada penulis mimbar kehidupan..
Saya paham saudara masih dalam proses menyesuaikan diri. tapi kita kena hormaat pada peribumi. tak boleh la kita nak keep on complaining. bak kata pepatah.. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.


Saturday, June 20, 2009

Poligami

MAdu itu banyak khasiatnya. Madu itu juga sedap dimakan. Madu itu juga penawar.Madu itu juga RACUN bahhh..

Sangat la sensitif bila bercerita mengenai kahwin lebih dari satu.Cuma yang pasti, mustahil lelaki muslim tidak memasang niat untuk berkahwin lebih dari satu. itu kata yang pernah aku dengar dari seorang ustaz.

Ada juga aku berdiskusi dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin. katanya..

"I tak terfikir nak berkahwin lebih dari satu. sebab I nak jaga yang satu ni pun susah. maksud I, sebagai suami kita kena bimbing isteri kita dengan asas agama yang kukuh.Sedangkan yang seorang yang I ada ni pun. I macam risau, mampu ke I bimbing dia ke jalan yang benar?"

BAguslah ada lelaki yang berfikir sebegitu. tapi sangat susah nak jumpa rasanya.

Pada pendapat aku pulak..

Pada zaman kegemilangan anda (kaum lelaki) merasakan yang mereka mampu kahwin lebih dari satu.Juz go ahead. Ye la dalam Islam dibenarkan.

Tapi.. jangan la plakk.. bila sudah berumur, sudah letih nak berulang-alik 2 rumah mengikutgiliran. dah mula nak abaikan tanggungjawab anda. iaitu adil dan saksama.

Sebab aku dah lihat depan mata kepala aku sendiri. KAwan pada bapa aku sendiri sudah jalan senget sebelah. Biasanya di waktu umur sudah senja. Kebanyakkan golongan ini hanya berehat di rumah dan mengerjakanibadat atau melancong ke sana sini melawat anak ke, umrah ke, haji ke, berjumpa sanak-saudara ke..Tapi kawan ayah ni. kesian aku tengok, masih bekerja membanting tulang empat kerat semata-mata mencari rezeki untuk anak beliau bersama isteri kedua beliau. Anaknya masih kecil lagi..

Sedangkan.. isteri yang pertama sudah bersenang-lenang kerana anak isteri pertama kesemuanya sudah boleh berdikari. tidak perlu ditanggung oleh bapa.

Fikirkanlahh, akan tiba satu masa nanti anda akan keletihann untuk menguruskan keluarga anda yang besar.

tidak la aku bermaksud untuk menentang atau apa. Aku paham memang poligami dibenarkan dalam Islam. CUma bukan senang seseorang lelaki itu mampu bersikap adil. Aku tak pasti dari mana sumber ini..tapi yang aku ingat.. Jika kita tidak mampu untuk mengikut syarat-syarat poligami, sebaik-baiknya berkahwin la satu sahaja.





Friday, June 19, 2009

Mengerti???

"Na, sembarangan sahaja kau ni?"

"teacher, betol ka ni oooooo"

Kadang-kadang aku tak pahammm.. kadang-kadang aku peningg.. kadang-kadang aku tergelakkk.. aku sendiri pun masih belum sepenunhya adapt dengan loghat mereka ituu..


tapi.. bebudak ni pandai betul ilmu menyelinapp..

aku ni selalu tahan derang.aku bagi derang lambat rehat. sebab derang ni suka bercakap dan sangat la lambat menyalin..


Hari ni baru aku diberitahu..


"ooooo teacher, ada yang tapok di belakang teacher pergi rehat!"


You all tahu tak ape maksud tapok??


Tapok itu sembunyi..


Kena tahu jugak serba sedikit bahasa bajau..


Supaya aku ni tak mudah ditipu oleh anak murid aku yang sememangnya banyak muslihatt..


Pandai yer.. kenakan teacher!!!!


Nak kena kamu ni???

Thursday, June 18, 2009

Sangat sibuk tapi mengada-ngada

Aku selalu gak merungut.. keje banyak. Bertanggungjawab ajar 4 kelas. dengan 28 waktu. Belum lagi dengan nak tanda lebih kurang 160 buah buku. Dah le aku ni suka bagi budak wat latihan. Memang padan muka aku sendiri kena mark banyak-banyak..Belum lagi dengan tugas guru kelas tahun 6, S/U tahun 6, Penyelaras LDP sekolah.


Bukan aku nak gempar-gempur kan jawatan aku.. tapi kekadang aku rasa diri ini tak mampu menyelesaikannya. Kalu dilihat mende macam simple. Bila melibatkan diri dalam tahun 6 ni baru la aku merasa kesusahan dan kegetiran menjagi warga pendidik tahun 6. Macam-macam kena buat..


Bak kata si zaki, "take it as a challenge".


ha ah. aku setuju. cuma kekadang bila aku terasa terlalu letihh.. aku jadi tensen.


dalam kesibukan kerja.. leh plak aku menyibukkan diri berjalan plak.. ada je aku nak pergi. Padahal, kerja memang menunggu.. tapi aku tak hirau kan. jalan punya pasall.. aku sanggup redah. bila nak fikirkan hal kerja. memang kerja takkan habis. Yang penting enjoy dulu.. baru serabut kepala ngan keje2 yang menyusahkan tu..


Tensen-tensen punn. aku ni memang kaki tido. Bagi la selambak keje, segunung masalah, segetir nak amek peperiksaan.. aku tetap jugak boleh tidur. Lagi-lagi bila banyak masalah.
Bila aku dah buntu.. pe yang aku nak buatt..


"erm, tak pe lah. tido dulu. esok fikir balik jalan penyelesaiannya"


Maka, asal dapat bantal jer.. terus terlena dengan sedikit dengkuran haluss..

Wednesday, June 17, 2009

UNTIL


FIND THE DURATION IN YEARS, MONTHS AND DAYS FROM
15 MAY 2007 UNTIL 7 SEPTEMBER 2008



Aku perasan gak asal bila aku sebut jer until, bebudak ni gelak-gelak. Mula-mula tu aku biarkan jer. Lantak la korang. Asalkan korang pahamm..



Lepas je semester break, ada lagi budak tahun 4 dok gelak-gelak.



KENAPA YOU ALL GELAK YER BILA SEBUT UNTIL?



"teacher, until tu pekak.. dalam bahasa Bajau"



patut la.. rupanya ada maksud len dalam bahasa Bajau.

Tuesday, June 16, 2009

LUTAU??????


"teacher ada Lutau"


Dahi aku berkerut.. aku tahu budak ni nak memberitahu aku sesuatu tapi aku tak paham. kawan-kawan dia yang lain dah gelak-gelak.


"dia cakap bahasa suluk la teacher"

Padan la aku tak paham. Cakap bahasa suluk. Kalu derang cakap Jawa pun aku tak paham gak. Aku pun tanya balik.. "apa lutau?"


"Lutau tu hantu, teacher"


Erm.. sesuka jer dia cakap murid sidang petang kat luar tu hantu.


Pening aku ngan bahasa derang nie..

Monday, June 15, 2009

Menutup Aurat

Sejauh mana kita berjaya menutup aurat?? Sedangkan aku sendiri pun tak berjaya jugak. aku memang malas nak pakai stokin. Jadi bila tang kaki memang aku sedikit tak menjaga aurat. Aku teringin nak cakap hal ni bila ada sorang ustaz sekolah aku cakap..

'tinggi budak ni pakai tudung. sampai nampak rambut'

Opss.. aku macam tu gak dulu. Masa aku kat keje kat MCLJ, aku pakai tudung tapi tak pakai anak tudung.dah le pakai tudung bawal kan. pastu sah-sah la nampak bayangan rambut dari tudung yang nipis tu. walaupun aku sanggul rambut aku tue.. tetap gak nampak bulatan sanggul tersebut. Kalu tak sanggul, lagi teruk. mesti nampak cam ekor kuda teroleng-oleng di balik tudung aku.. Adakah itu dikira menutup aurat??

Sekarang aku dah berubah.. sebab aku tahu.. sangat la tidak kemas bila memakai tudung tapi nampakbebayang rambut di sebalik kain tudung yang nipis. len la kalu pakai tudung style skrg nie. Tudung Ikin tu..tak pakai anak tudung pun ok.. asalkan kain tudung tersebut tebal.

Aku teringat balik masa orientasi di UKM tahun 2003. Setiap student akan dapat tshirt putih lengan pendek dan diwajibkan pakai tshirt tersebut. Aku tak biasa pakai yang lengan pendek ni, so aku sarung la tshirt lengan panjang di dalam dan pakai tshirt putih di luar. masa tu mana ada yang cam sarung tangan tu.. yang fesyen sekarang ni.

tetiba ada sorang minah cina cakap ngan aku..

'eh, kenapa you pakai tshirt di dalam, i tengok yang lain ada jer tak pakai. biarkan je lengan terdedah'

camner aku jawab ea.. aku pun da lupa...
hahahahaha...

Sunday, June 14, 2009

Sehari Suntuk..


Aku dan Dida amek cab dari airport Tawau ke Semporna dengan harga tambangnya RM95. then kami terus menuju ke rumah family angkat Dida di Tampi-tampi sebab dida nak amek kete dia terus. Di rumah family angkat dida,aku rehat japp.. dan kami lunch di rumah umi dida. Alhamdulillah, rezeki..


Sampai di Taman Miramas, rumah kami.. rehat kejap dan aku pun kuar balik teman dida gi car wash. KAt sini paling murah cuci kete RM6 harganya. lepas cuci kete, gerak ke Pekan Semporna. Beli ape yang patut la. Dah sampai ke dewan.. tempat persandingan. Dewan ni macam balai raya di tempat kita.


Ada pelamin yang cantik dihias di hadapan dewan buat tatapan pengunjung. Majlis ni takde jamuan sebab, jamuan makan sudah diadakan semalam. Yang menariknya ada persembahan mengalai(menari).. ann.. segala barang dapur. tapi aku malas beli barang basah. sebab blum ada mood nak masak lagi..hehehe..masih teringat di KL. (rindunyee)..


Sebelum balik ke rumah. kami singgah makan di restoran Sri Melor di Semporna. aku dah kenyang tapi aku nak try la masakan kat restoran ni.. jadi aku order Kuey Tiaw Goreng Ayam. Dah dapat pun pe yang aku order. tapi warnanya agak ganjil ler plak.. tak pe aku belasah jer.. Sedap gak rasa kuey tiaw nie.

Kuey tiaw goreng ayam


Sampai rumah plak.. dapat kol dari kak Zura.

'nik, nak ikot akak tak gi kenduri kawen maid akak'

Eh.. mestila aku nak ikutttt. da lama aku teringin nak melihat masyarakat Semporna bagaimana masyarakat Sempornakawen. Majlis persandingan diadakan di Kg Bangau-Bangau. Haa.. unik di Semporna ni banyak nama tempat berunsurkankata ganda.. antaranya.. tampi-tampi, bangau-bangau, egang-egang, gelam-gelam, bum-bum, pom-pom dan selain itu..

Bila dah sampai ke Kg Bangau-bangau nie, aku kena melalui jeti panjang.. rumah di Kg Bangau-bangau ni macam dalamcite Duyung tu laa. betul cakap cikgu Sabarina. aku yang nak melalui jeti tu, punya la sangat berhati-hati. Takut jatuh dan banyak la sangat lubang sepanjang meniti jeti tersebutt.. scary siutt..


berdekatan dengan kedai runcit Kg Bangau-Bangau
belum sampai dewan lagi nihhh..


Dah sampai ke dewan.. tempat persandingan. Dewan ni macam balai raya di tempat kita. Ada pelamin yang cantik dihias di hadapan dewan buat tatapan pengunjung. Majlis ni takde jamuan sebab, jamuan makan sudah diadakan semalam. Yang menariknya ada persembahan mengalai(menari)..



tetiba dah ramai pengunjung..
makin lewat malam, makin ramai pengunjung yang tiba
nak tengok pengantin..

Persembahan pertama bermula dengan pasangan warga emas mengalai. Sporting la derang nie.

haa.. yang best sekali masa derang mengalai ni diiringi muzik life. Xde nye pakai cd. ada penyanyi sendiri. dan yangpasti suara derang memang best dan tak sumbanggg.. Pasangan warga emas ni mengalai di hadapan pengantin dan yang pastiakan ada penonton datang dan memberikan duit kepada sesiapa yang mengalai di hadapan pengantin.

Ada perbezaan pada golongan tua dan muda mengalai. Bagi golongan veteran atau orang lama, mereka akan diiringi dengan tarian muzik yang agak perlahan dan rentak tarian pun agak perlahan jika dibandingkan dengan mereka yang lebih muda.


Jom, kita layannn gambar di bawah...

Peringkat orang muda mengalai



yang ramai-ramai ni.. nak bagi duit
pada mereka yang mengalai.. banyak duit derang
dapatt nie..



Pengantin (kaum Bajau) yang diraikan..


p/s: Anak kak Zura pun mengalai.. dapat RM4.00.. caya la Tasha!!!


Saturday, June 13, 2009

Gundah Gulana

Pagi besok flight aku pukul 7.20 pagi akan terbang terus ke Tawau. Dan pada hari ini, perasaan aku bercampur baur. Aku tersangat tak suka bila tiba situasi berpisah sekejap nie. Dulu aku berminat juga nak posting ke Sabah sebab point aku ialah..

'CUTI-CUTI MALAYSIA'

walaupun tak sampai setahun lagi, aku dah sampai situasi busannnn naik flight.. berkejaran ke airport. Check in la, luggage la.. pasport la. aku dah busannnn dengan situasi begini. Padahal, pada hakikinya aku masih belum abes pusing sabah lagi walaupun dah beberapa tempat di Sabah aku sudah sampai..

Realiti memang pahit. aku redah juga la hakikat yang aku kan kembali ke Sabah. Dari Tingkatan Satu dah berjauhan dengan ma ayah. dan kali ini adalah yang paling jauhhhh dari ma ayah. Baru aku terasa. betapa sukarnya nak balik ke semenanjung bila tiba saat-saat kecemasan nantii.. Moga dijauhkan..

Tapii.. dan tapi aku tetap enjoy di Sabah. watpe nak pikir mende sedih kan. Aku nak ke Pulau Sipadan ni. Bila la aku berjaya sampai sebab masa aku di sekolah sangat la pack. Aku berada di sekolah dari Isnin sehingga ke Sabtu. 6 hari dalam seminggu. nak berjalan pun susah.. bila kah aku berkesempatan ronda-ronda nih..

Lepas ni kehidupan kembali kepada sekolah. Marking buku, membebel kat anak murid. tu yang paling best.


Semoga perjalanan aku selamat besok. Insyaallah..


KL-TAWAU-SEMPORNA..




Friday, June 12, 2009

Ismi.. (nama saya)

ni ka


Diambil dari facebook. nama saya dalam bahasa Jepun. macam-macam la. ni ada lagi.. Rahsia di sebalik nama.


N : ..pemberi ciuman yang bagus juga
I : ..manis dan romatis
K : ..seorang yang hot

  1. seorang yang gila-gila
  2. membuat orang tertawa
  3. membuat pacaran lebih menarik
  4. seorang yang gila-gila

ok.. nak tengok cite Zati dan Si Mawas jappp....




Thursday, June 11, 2009

See The Leg

Kembali ke Tahun 2002..


aku mempunyai perangai yang pelik jugak semasa aku di matrikulasi. Aku suka membasuh baju seawal 4 pagi. Sanggup aku ni bangun awal pagi semata-mata nak membasuh baju yang aku simpan selama seminggu.


dah memang menjadi kebiasaan, aku akan bangun awal sekitar 4 pagi dan terus pergi membasuh guna berus yerk. aku tak nak mengganggu kawan-kawan lain yang sedang tidur. jadi aku berhajat nak basuh baju di bahagian wing B.. di mana wing B memang tak ada penghuni di 6 bilik yang ada kat situ. aku ni memang kuat memberus.. so aku menjauhkan diri.. Berani plak aku nie..


Tengah syok memberus.. ada suara

"basuh baju ke dik?"


Terkejut aku... aku bermonolog (dalam hati)

"sebelum ape-ape aku jawab, bek aku tengok kaki tu dulu. cecah tanah ke tidak mana tahu.. kot-kot hantu"

Aku dah serammmmm..
Alhamdulillah.. kaki dia memang cecah tanah. baru aku berani menjawab.

"ha ah.. saya basuh baju kak"

Leganya hati sebab.. yang tegur aku tu rupanya makcik guard. Buat aku takut jer.. Semenjak kisah itu berlaku, aku dah kurangkan sikit aktiviti membasuh di awal pagi. tapi kekadang aku buat gak. aku ni memang tak serik..



Wednesday, June 10, 2009

Rindu

Aku tersangat merindui my history... masa tadika dan sekolah rendah tak ingat sangat la..

  1. SMU (A) Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kelantan (1997-early 2000)
    Masa ini aku tersangat nakal.. (panjat pagar memang dah biasa)
    Semata-mata nak masuk ke asrama.
    Banyak sangat kenangan indah.


  2. SMK Puteri Wilayah, Kg Baru. KL (2000-2001)
    paling happening masa dok kat asrama..
    sanggup panjat katil(cari tingkap yang paling tinggi)
    nak tengok perkahwinan Azzarima
    di masjid Kg Baru, padahal.. memang tak nampak..
    Ape motif tah? hasilnya.. bayang Azza pun tak nampak


  3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
    (2002-2003)
    Kehangatan kisah hantu karipap yang menghantui bebudak matrik
    Saat yang paling best, sebab masa tu sumenye sebaya aku jer..
    Pernah 4 hari tak de air.. berebut-rebut amek air kat lori yang
    datang selang beberapa hari tah.. Berendam di ULU BENDUL, syok..
    Masa kemarau, memang nampak bebudak laki mandi pakai short
    jer kat tepi tangki air. bukan aku nak tengok.
    tapi ternampak sebab nak ke DK(Dewan Kuliah) memang melalui
    Blok B (Asrama lelaki)

  4. Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains dan Teknologi
    Bangunan Kimia.. (2003-2006)
    Tahun 1- Bilik berdua
    Tahun 2- Bilik berdua (tapi ada toilet dalam bilik)
    Tahun 3 - Dok bilik sorang-sorang..
    Masa 3rd year selalu study kat bangunan kimia bersama
    Midi, Mina, Gha dan lain2.. memang syokk...


  5. Kerja di Malaysian Current Law Journal (August 2006-April 2007)
    Macam-macam aku buat..

  6. As a Teacher 'Murabbi' at Sekolah Islam Adni (April 2007-Jun 2007)
    Aku ajar Mathematics Year 1 and Year 2 Science Year 3
    Seronok.. sebab budak sana happening walaupun
    derang lebih terer English dari BM.

  7. IPSAH (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim), Kedah
    (Julai 2007-Jun 2008)
    Aku enjoy kat sini, jupe si LIZA..
    Gamble berdua ke Pulau Langkawi n terus ke Pulau Payar
    Yang tak reti berenang ni, tetiba scuba sedalam 4 m
    Macam tak caya jer.. tapi memang best..
    Cantik sangat cipataan TUHAN


  8. Akhirnya, aku sampai juga di Semporna, Sabah..

Tuesday, June 9, 2009

Vandalisme

Terpaksa menapak ke Mid Valley nek Komuter yang memang lembab tu semata-mata nak jupe LIZA.


Sedang menunggu komuter datang. tetiba aku terlihat satu mende. Papan Iklan.. mula-mula aku tak pasan, tapi tetiba ada nampak satu dot.. jenguk balik. Rupanya ada dua dot.. Ish..


Patutnya.. nak conteng. hormat la sikit da le model tu bertudung kan.. entah ape tah.. otak derang tau pk mende cenggitu jer.



Ni ha.. ada lagi.. ada plak gigi model ni lompang yer. entah hape2 la derang nie..





Monday, June 8, 2009

Shopping

Beli barang lagi..


FIN: RM78.80
MASK + SNORKEL: RM69.90
SWIMMING CAP: RM14.30


dan jumlahnya.. RM163.00

Sunday, June 7, 2009

With Him..

Pagi Ahad, aku keluar dan jumpe si dia. Aku temankan si dia pergi ke Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Tomoi di Selangor.

ada 3 orang budak tomoi yang aku jumpa masa perasmian. Happening jugak derang ni. Tapi masalahnye derang ni orang Kelantan. Aku ni bermasalah sikit nak speaking Kelantan. Of course la orang dengar nama aku ada 'nik' akan assume aku ni boleh cakap dialek Kelantan. Tapi yang malangnya, aku sukar nak membalas. aku hanya mampu memberi respon dalam bahasa Kelantan bila aku bersama sepupu aku yang terpilih sahaja. ngengade kan aku ni..

Berbalik pada majlis yang aku pergi ni kan. macam biasa, ada YB yang akan merasmikan majlis. Ada la orang kuat tomoi. dan majlis akan dipersembahkan dengan latihan tomoi oleh pelajar tomoi dan juga sedikit persembahan perlawanan oleh peserta tomoi yang berpengalaman iaitu
budak bertiga yang aku kenal ni la..


Apa yang menarik perhatian aku, sukan tomoi ni bukan setakat ko nak bertumbuk jer kat gelanggang. Rupanya tomoi ni juga ada seni nya yang tersendiri macam silat. Apa yang aku lihat semasa majlis tersebut.. ada upacara angkat sembah jugak rupanya tomoi ini dengan diiringi muzik yang aku tak tahu pe nama muzik tu..


Mende cenggini kan, betul berlainan dengan jiwa aku. cuma aku suka sebab aku dapat satu lagi pengalaman yang baru. kerana setiap pengalaman itu memberikan satu nilai yang tidak terhingga.


Selama ni, aku ni memang betul tak amek hal mende ganaz cenggini. Wrestling pun aku tak tengok. Aku selalu je tercengang-cengang bila kawan aku sakan bercerita pasal wrestling (masa tu kat Puteri Wilayah).. Bayangkan aku leh pelik bila member perempuan aku leh layan wrestling. Siap leh cite pasal The Rock, stone Cold.. aku tau nama the rock ni pun dari kawan aku ni, Seliza.. asal je pagi Jumaat.. kena la tadah telinga dengar cerita wrestling dia bersama dua pakwe kesayangan dia tuh..


sakan depa bergambar


ni pandang kamera mana plakk??

Friday, June 5, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa


Tengah menyediakan makan malam, tetiba ma tanya.

kat mana tu nasi lemak antarabangsa?

teringat kembali zaman amek SPM dulu, tahun 2001. Aku duduk di Dorm G, Asrama SMK Puteri Wilayah di Kg Baru. Masa di Dorm G, hanya 4 orang sahaja form 5. Aku, dayu, Rubi dan Nor. Aku baru 1st time duduk di asrama SMK Puteri Wilayah ni. Ada la terdengar mengenai nasi lemak antarabangsa nie. Aku tanya Rubi mengenai makanan yang femes di kg baru ni.

Apa kata si Rubi.. Sedap la nik. nanti kita mintak Pak Guard belikan nasi lemak antarabangsa untuk kita bertiga (masa tu si dayu dah tak dok asrama). Gerai nasi lemak tu dekat je dengan asrama sekolah aku. Juz seberang jalan sampaila ke lorong yang ada 'DAULAT TUANKU'.

Maka, si Rubi dan si Nor menggunakan skill yang ada mintak tolong Pak Guard tersebut. Perlu ada teknik tertentu supaya hal ini menjadi rahsia dan tidak sampai pada pengetahuan warden kami yang pekat loghat Kedahnya.

Pesanan nasi lemak dah sampai. tiba masa melantak.. peraturan asrama perlu dipatuhi juga. tepat pukul 11 malam, lampu dorm perlu ditutup. semua penghuni asrama kena tidur. apa jadi dengan kami bertiga.. kami melantak dalam keadaan gelap di dalam dorm kami. sambil menahan segala bunyi daripada didengar oleh warden kami. Dorm aku tu sebaris dengan rumah warden. itu yang bahaya.. takut kantoi beb..

Pergh.. kelazatannya memang terasa. aku cukup puas.

seronok berkawan dengan rubi dan nor. padahal kami ni berlainan kelas di sekolah. Rubi dari kelas sastera, nor dari aliran sains agama dan aku dari aliran sains tulen. tapi kami cukup rapat.. mandi pun nak sama-sama. tapi lain bilik yer..

Prep sama-sama.. jakun plak tu.. bebudak form 5 leh tido lewat sampai pukul 12 malam. kelonggaran sebab nak amek spm. kami bertiga suka study kat bilik khas untuk 'stay up'.. bila ada 30 saat nak ke pukul 12. tau pe yang kami buat..

dok mengira saat-saat ke jam 12 tengah malam. tengok kelipan kl tower berkelip-kelip sampai la lampu kl tower dipadamkan. bukan dok study. dok layan benda merapu.. memang kami jakun..


sampai di sini sahajaaaa....


Thursday, June 4, 2009

AKU SEBUAH BUKU

Sedang aku membelek koleksi buku adik aku. Aku terbaca satu karangan beliau. Masa tu dia baru tahun 3. Mari kita baca..


AKU SEBUAH BUKU


Aku ialah sebuah buku. Namaku buku Bahasa Malaysia Tahun Tiga. Aku dibuat dan dicetak di kilang. Aku dibuat daripada kertas.


Aku dibawa ke sebuah gedung buku di Kuala Lumpur. Aku dipasarkan di sebuah kedai buku di Titiwangsa. Aku digunakan dengan baik. Aku digunakan sebagai bahan bacaan.


Telah setahun aku berkhidmat kepada tuanku. Tuan aku membeli buku yang baru namun aku telah digunakan oleh adiknya.



Sesuka je aku publish karangan dia nie.. simple je kann..



Wednesday, June 3, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Aku ke Masjid India teman mak aku beli kain. Pukul 1.30 tengah hari kami balik tapi naik teksi sebab malas nak berjalan ke Lrt Putra. Jadi, kami pun beratur menunggu teksi.Ada Melayu, India tengah que di sebelah shopping complex Sogo tu.

Tetiba aku ternampak sorang perempuan bertudung labuh meluru mendapatkan teksi tanpa beratur dan tidak menghiraukan perasaan orang lain yang sedang menunggu. Dalam hati, aku mendongkol..

Kot iyer pun ko dah bertudung labuh. leh tak jangan nak bagi malu kat kaum yang bertudung labuh len. jaga r perangai tu sikit.bukan main dalam iklan tv kempen budi bahasa budaya kita, tapi ko sedap-sedap nak potong que..

Aku dah banyak kali terkena kes macam ni. dulu, masa aku belajar kat IPSAH, Kedah. Akuselalu nek bus ke Sg Petani. Mesti la aku ni ada nak ke tandas kann.. elok je aku beratur..tetiba ada si tua cina terus je ke depan. aku juz pandang sebelah mata je la..datang plak.. si pompuan cina mana tah, menonong terus ke depan.

ini dah lebih.. dah aku baik hati kan.. jadi aku pun diam kan ajer.
baik kan aku.,. che wah..

Sepanjang aku ke mana-mana tandas awam, aku cukup pantang masuk tandas selepas orang cina guna. AKu tak katakan semua kaum cina. tapi kebanyakkan aku terkena dengan mereka gak.Sebaik je aku masuk, ada tisu tandas kat dalam mangkuk tandas.

EEEEeee.. geli beb.. takkan ko tak leh nak flush dulu sebelum kuar. Situasi macam ni memang kerap aku terkena lagi-lagi dengan kaum cina ni la..

Pengakhiran, jangan salah paham yerk.. aku pun tahu bukan semua orang bukan begitu. Memang benar pepatah melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sesama la kita menjaga budi bahasa memasing yerk..

Tuesday, June 2, 2009

Menguap



Dalam tak sedar, jam analog aku telah menunjukkan hampir ke angka 12 menandakan sudah sampai ke tengah malam. aku pun dah mula mengantuk. rupanya ada satu fakta yang best mengenai mengantuk ini.


Mengantuk merupakan salah satu proses mengekalkan keseimbangan suhu badan. Memang benar, apabila kita keletihan dan tidak cukup tidur, orang akan menguap. tapi..


Kenapa yer kita mengantuk?

Manusia menguap apabila kepala seseorang mula berasa panas, maka otak akan mengawal suhu dan menyebabkan kuapan berlaku. Begitu juga apabila kita berada dalam keadaan yang terlampu sejuk juga boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk.


Apabila kita keletihan dan tidak cukup tidur, suhu otak akan meningkat. Peningkatan suhu ini akan membuatkan otak kita bertindak dan berlakunya kuapan pada seseorang.


Tapi, kena berhati-hati sekiranya kuapan berlebihan berlaku. Ia menunjukkan masalah menyejukkan otak. selain itu, orang yang kerap menguap ini mungkin petanda bagi pesakit sawan yang akan mengalami kekejangan dan meramalkan ketibaan sakit kepala kepada orangyang menghidap migrain.

Nampak macam simple.. tapi tak leh pandang remeh kan..


ok.. otak aku dah panas.. aku pun da mula menguap.
dan aku ingin tidur..Good Night!



Monday, June 1, 2009

Mood

Pagi ni jer dah terjaga pukul 4 pagi. ish, leceh tol. ni terbawak-bawak rutin dari Semporna la ni. biasanya time ni le aku bangun. sebab nak cover keje yang tertangguh sebelum pergi ke sekolah. Pagi ni macam biasa, bergerak ke Datok Keramat. Tolong ma jaga kedai n jahet pe yang patutt..

ada sorang makcik ni cakap..

"makcik tak boleh jahet hari isnin. makcik leh jahet baju hari rabu jerk. sebab bila jahet baju masa ari isnin mesti tak jadi. jahet senget la.. kain terkoyak la.."


Tapi aku.. tak de la sampai bergantung pada hari untuk menentukan mood aku sendiri. cuma aku suka pada hari RABU bila aku di Semporna. tapi berbeza pula di Semenanjung. aku tak nak menghitung hari. biasanya bila bercuti cepat jer masa tu berlalu.

KETIKA DI SEMPORNA:


ISNIN;

hari yang malas, sebab tetiba jer kena bangun awal pagi dan kena pegi sekolah.
tapi bila dah sampai sekolah. mood aku dah jadi neutral.



SELASA;

rasa macam.. lamanya nak ke hari Jumaat. bila dah sampai sekolah. tak syok sebab hari ni jadual aku pack berbekalkan gap setengah jam.


RABU;

merupakan hari kesukaan aku. kerana hari rabu akan mendekatkan aku kepada hari jumaat dan seterusnya sabtu.. ye ye..


KHAMIS;

tak sabar-sabar nak tunggu hari jumaat.. yessz...



JUMAAT;


muka berseri-seri sebab cuti dan kadang-kadang pada hari ni aku akan balik semenanjung..


SABTU:


seronok sebab dah cuti.


AHAD


hepi sangat. tapi bila mengenangkan esok hari isnin. esok kena kerja.. muka pun jadi bosannn..