Klik Nih...

Followers

Nuff

Sunday, May 31, 2009

Hari Tanpa TemBakau Sedunia.

Selamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia


Matlamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia (diambil dari harian Metro)
  1. Meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan berkaitan penggunaan tembakau
  2. Mendedahkan bahaya sebenar tabiat merokok.
  3. Memberi sokongan penuh kempen ati merokok di kalangan perokok dan bukan perokok.

Kenapa merokok? sebab ada nikotin dalam rokok tersebut. aku dah lupa struktur kimia nikotin dulu. dulu ke main aku dok melukis struktur jerk. Nikotin merupakan unsur yang boleh menyebabkan ketagihan. itu lah sebabnye depa ni suka merokok.



NIKOTIN
Antara struktur kimia kesukaan aku. sebab mudah diingat.
http://www.biopsychiatry.com/nicotine/index.html


Diambil dari wikipedia:

Nikotin boleh merangsang dan meningkatkan aktiviti metabolisma badan, kewaspadaan/kecergasan dan ingatan. Sesetengah pengguna nikotin melaporkan bahawa nikotin mempunyai kesan melegakan. Nikotin juga boleh meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah serta mengurangkan selera makan. Pada dos yang lebih besar, nikotin boleh menyebabkan kemuntahan dan nausea.

Pengguna nikotin juga selalunya terlalu bergantung kepada bahan kimia ini. Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokaina, tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Simptom tarikan yang berlaku termasuk sakit kepala, keresahan dan keteriritasian ( irritability ). Simptom ini mencapai tahap akut dalam 48 hingga 72 jam dan akan berakhir dalam beberapa bulan atau tahun.

Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk dependens fizikal terhadap nikotin. Kandungan nikotin yang diserap badan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya jenis jenis tembakau, sedutan asap rokok, dan penggunaan penapis/turas.


Khas buat para perokok.. Kebaikan Tidak Merokok; walaupun aku tahu tersangat susah nak berhenti kan..

  • Hidup lebih sihat
  • Sistem imunisasi yang lebih kuat
  • Tahap kesihatan dan selera makan leboh tinggi
  • Ketrampilan fizikal yang lebih menarik
  • Melindungi orang lain daripada menjadi perokok pasif
  • Teladan yang baik untuk anak-anak(walaupun tak de anak)
  • Pendapatan bersih yang lebih tinggi (iye, leh jimat kan)

p/s: tapi si dia dah isap 4 batang rokok ari nie.. aku gak yang menjadi perokok pasif.




Saturday, May 30, 2009

Dah sampai Kl



Rutin aku macam biasa bila di kl. aku akan tolong mak aku di kedai. bukan jahit baju. tapi jahit tepi baju. aku masih belum dikira pandai menjahit baju sendiri lagi. setakat ni, bila aku menjahit mesti ada part yang tak kena. kain aku pendek la, tangan pendek la.. mende cenggini kena kerap buat baru lah mahir untuk jahit baju. atau pun aku sendiri yang tidak mempunyai bakat kot.


ok. ada customer datang.. chow dulu beb..



Friday, May 29, 2009

Hari Yang Dinantikan




Alhamdulillah, hari yang dinantikan sudah tiba..


Flight aku petang ni. Pukul 6.00 petang. dari Tawau-Kuala Lumpur. Tempoh perjalanan adalah 3 jam. nek kematu dok dalam flight tu. DIjangka tiba di kl pukul 9.00 malam..


tak sabar nak jupe si dia.. Si dia yang akan ambil aku kat airport.kalu takde aral melintang laa...



ok.. doakan semoga perjalanan aku, teteh dan dida selamat..


Aminnn..


p/s.. lepas ni.. mesti jarang update blog..





Thursday, May 28, 2009

Misteri Sebuah Tingkap



Bilik aku dan teh adalah bilik yang paling tepi dan berhadap dengan satu tingkap ini. buka je pintu bilik nampak tingkap dan bila turun ke bawah. memang sah akan nampak tingkap pintu dapur rumah jiran kami yang sentiasa la terbuka 24 jam. katanya.. si nik


Walaupun aku ni bukan jenis penilik atau pemerhati, tapi aku perasan gak.. setiap kali aku pandang ke arah tingkap.. akan ada sepasang mata pakcik memandang tepat ke arah rumah kami. setiap kali yerk.. diulang. dasar mata keranjang. cess..


mesti la di dalam rumah pakai menyeksi kann.. ni tak pasal-pasal jadi freeshow kat mata si TUA BANGKA itu. kuang asam punya SI TUA.


cik teteh

"perasan tak pakcik tu asyik pandang tingkap rumah kita.."

nik sensei

"ha ah.. memang aku perasan.."

cik dida

"pakcik tu selalu pandang ke arah tingkap rumah kita"

nik sensei


"memang.. tak boleh jadi ni. nak beli kain la.. tutup tingkap tu."

cik dida

"da ada kain.. pakai kain da la.. "


maka, sesi menggantungkan kain dengan sepit baju pada tingkap bermula. sah-sah la bukan aku yang pasang. aku kan ala-ala pokok renek. mana nak sampai. cik dida yang pasangkan ok..


padan muka si TUA. Lepas ni ko dah tak de can nak tengok tayangan free kat rumah no. 72 nie. Dasar gatal. gi la hadap bini ko tu.


panazzzzz....










Wednesday, May 27, 2009

Hari Guru Peringkat Sekolah


Hari ni diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan SK Pekan Semporna. Pada awal pagi acara bermula dengan perhimpunan, nyanyian segala lagu, ucapan dari sesape.. dan pukul 10 pagi plak.. jamuannn..

diminta cikgu nik datang ke hadapan


maka dengan yakin aku ke depan.. ingatkan acara sukaneka dan pembahagian kumpulan sudah bermula. tapi lain plak yang aku harapkan..


cikgu nik, kau jadi MC yer.. ini tentatifnyer..


hamek ko.. tetiba je beb. aku pun. hah, ok.. hentam saje la.


Masa jamuan lak.. aku pun menuju ke kelas. tapi.. anak murid aku dah melantak semua makanan derang. yang tinggal hanya lah sisa jer. yang laki, macam hape jer. sume makanan depan mata balunn.. bila aku tanya ape derang bawa. sengih-sengih kat aku. yang tahu, asal nampak je food yang sedap, menarik dan cantik.. laju je dia balunn..


Aku malu.. kelas len baru nak mula jamuan. kelas aku sendiri dah bis jamuan.. adeh.. pening-pening. tapi tak pe..


Aku layannnnnnn


then, melawat kelas Kak Lijah.. syoknya dia masak sagor(masakan sabah) dan beberapa ikan kayu panggang. Ikan kayu tu, ikan tongkol. kebanyakkan ikan tongkol di sini besar-besar. sedap beb..


warna kuning tu, masakan sagor.



Tuesday, May 26, 2009

RIMUP 2009

RIMUP adalah singkatan bagi Rancangan Integrasi Murid Untuk perpaduan. Sekolah aku, SK Pekan Semporna mengadakan RIMUP dengan SJK (C) Nyuk Hwa, Semporna. Antara atur cara yang dijalankan ialah:


  1. Pertandingan koir lagu patriotik

  2. Pertandingan peragaan baju tradisional

Ada enam lagu yang dipertandingkan iaitu lagu Putera Puteri, Wawasan 2020, Muhibah, Malaysia Berjaya, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia. Aku bernasib baik sebab aku mendapat lagu Keranamu malaysia. Tersangat lah senang lagu ni. dan juga agak bernasib baik sebab dapat pakaian tradisional pun Baju Melayu. Ada enam kategori pakaian tradisional ni..


Pakaian Kaum Melayu


Pakaian Suku Kaum Suluk



Pakaian Suku Kaum Kadazan..




Pakaian Cina.. budak perempuan tu.. bajau yerk..



Pakaian India.. hot chick tu dak melayu..
Persembahan derang guna kuch kuch hota hai.. sentap beb...
lagu ni kan femes masa tahun 97-98..




Pakaian Suku Kaum Bajau..


Monday, May 25, 2009

Tahniah Kak Yam


Tahniah buat Kak Yam. Akhirnya, berjaya jugak akak bertukar sekolah di Selangor. Semoga Kak Yam teruskan perjuangan sebagai seorang guru. Nik tumpang gembira buat akak dan family akak. Semoga berbahagia dan teruskan usaha anda.. dan lepas ni.. tak de la kakak yang akan melayan nik kat sekolah.. Tahniah kak..


dan untuk yang seorang lagi.. Ustaz hafiz. dapat jugak tukar ke Perak. lepas ni tak de la orang yang akan belikan saya nasi lemak tiap-tiap pagi ni. kalu tak.. ada la yang tukang mengusik nik ni.. tak ada la orang yang tolong habaq mai tiket flight murah.. hilang 2 orang yang menjadi tempat saya mengadu..


Tahniah untuk kedua mereka..


dan saya, masih di sini. akan tiba juga masa saya berpindah ke sana. tapi saya tak tahu lagi bila..

Alhamdulillah, dua orang kawan saya dah dapat bertukar. Tahun ni, dah 3 orang dari sekolah kami dapat tukar ke tempat kampung masing-masing setelah berkhidmat 5-6 tahun. lama beb..


tetiba ada plak hadiah atas meja aku. dari Nurul Afikah plak..




Selamat hari guru teacher Nik. Terima kasih atas usaha teacher
mengajar.
Akhir kata "Selamat Hari Guru teacher Nik"



Jom kita tengok pe isinya.. jeng, jeng, jeng...


Saturday, May 23, 2009

Tak Paham

Kadang-kadang rasa nak mengamuk ajer..



Bebudak ni tak reti persaingan kottt. menyampahnye aku. setelah mark paper tahun 4, aku bandingkan markah murid tahun 4 dan tahun 6 di kelas aku sendiri.. bayangkan ada murid aku, paper 2 dapat 36 out of 40. tapi yang tahun 6.. paling tinggi aku mark setakat ini hanya 19 markah..


Nak lulus, kena score paper 2 paling rendah 20 markah.. tapi korang tahu pe respon derang bila aku cakap..

"tengok ni, budak tahun 4 leh dapat 36, tapi kamu semua nak dapat 20 pun tak sampai"


dengan beramai-ramai mereka bersorak..


tensen aku.. tak berkesan langsung. kaedah apa yang aku perlu gunakan lagi nak sedarkan si tua bangka tahun 6 yang tak sedar-sedar diri ni.. bukan semua ea.. tapi kebanyakkannya..


konon je sekolah di pekan. tapi pemikiran tak cam orang pekan. hampehhhh..


aku harap semakin hampir hari UPSR, akan menyedarkan mereka supaya teruskan usaha.. jangan ingat nak main jer.. Aminn








Friday, May 22, 2009

The Cards


Ada lagi final kad dari anak murid aku..

Daripada Dylela Anewar (4 Jujur)
Guru yang disayangi dan dihormati
Selamat Hari Guru
Guruku yang mengajar aku di sekolah
Memberi aku pelajaran yang berfaeda
Supaya aku menjadi manusia yang berguna.
Guruku juga mengajar sku dengan sepeniuh kasih
sayang.
Terima kasih cikgu yang telah banyak
mengajarku

Daripada Sazwan.. (4 Pintar)




Assalamuataikum..

Guru budi mu kami
ingaf (ingat) sampai bila?
lasa (jasa) mu ku kanang (kenang)
sampai akhir tak
mungkin berjaya alam (dalam)
tahun apa itu erti
ilmu yang kami pelajari
muga sekarang ucapan
Selamat Hari Guru
buat cigle(cikgu) yang
ku hormasi(hormati) Nik


Semalam, ada lagi kad yang mendatang dari murid-murid aku ni. ada jugak yang kirim melalui kawan. tak berani nak bagi pada aku sendiri. yang paling tidak kusangka, yang teruk kena marah ngan aku. yang tu la yang nak bagi kad pada aku. derang wat keje subjerk sivik.. cikgu sivik derang yang soh buat kad untuk hari guru.. lawak.. macam-macam jenis..


saje nak di abadikan dalam blog nie. mana la tahu.. kot-kot kad mereka ni tercicir ke di tengah jalan kannn.. at least aku leh gak recall balik bila tengok blog sendiri..




Dari Siti Khadijah (4 Jujur)








Kepada tice nik
Assalamualaikum...
tice ku yang cantik dan yang manis
kabar kamu sehat juga ka


Pantun
Bunga telur jadi
hiasan pengantin baru
kita raikan bahasa
dan budaya jadi warisan
daulatkan selalu
jangan abaikan


p/s: aku tak paham pe tujuan pantunnya itu...


dari no name...






siap letak sticker gajah dan panda tu.. mari kita dengarkan kata hikmah beliau..




saya sayang gulu (guru) yang saya suka ini ialah guru: Nik
Saya suka mata pehalagaran (pelajaran) bahasa mathematies..

Adeh!!!! tiap-tiap hari aku tulis mathematics kat tengah whiteboard. nak jugak letak bahasa mathematics...


Dari Siti Nor Asikin, 4 Pintar




Kata-kata beliau...siap ada fraction lagi tu beb...




Saya sayang Cikgu Nik
saya suka maperalagaran (matapelajaran) bahasa mathematies
kerana mebuat saya berlajah..


terima kasih

Siti Nor asikin sayang cikgu Nik



Bahasa mathematies lagi.. eja matapelajaran salah..
yang tak tahan tu.. gambar ular... ape motif???



Dari Nor Syafikah (4 Pintar)




ini plak.. aku tak paham apa yang ditulis oleh syafikah ni..



assalamualaikum...
cikgu saya ingin mengucap terima kasih kepada guru
kenapa saya tidak percaya ke pada guru semoga panjang umur
dari syafikah


Dari Nor Fazira (4 Jujur)




yang ini lagi la merepek.. pantun kott..



Guru saya yang kalau memetik guru keranji
Selamat hari guru saya die (sayang dia) teacher saya
Buat guru yang kuhormati
Nama guru saya... Nik





Sepatutnya.. Selamat Hari Guru.


ape-ape aje la..

Dari Siti Hurjana, (4 Jujur)






haa.. ini lagi best..bercampur aduk.. untuk kekasih, ibu, ayah dan guru. 3 in one.. hahahaha..
siap memuji diri sendiri sopan santun tu..



Selamat hari guru dan kekasi (kekasih) sayang kepada ibu dan Ayah
saya juga sopan santun dan saya juga sukah membaca buku budak yang bayk (banyak)


Dari darwisa.. (4 Jujur)





Untuk cikgu yang ku kasihi. Semoga berbahagia selalu.
ucapkan ribuan terima kasih, di atas usaha dan dorongan yang
Cikgu berikan pada kami selama kami menantuk lima (menuntut ilmu).
penyorbanan (pengorbanan) dan jasa yang cikgu berikan takkan Pernah kulupakan


Dari Nur Aisyah Hidayah (4 Jujur)





Saya amat berterima kasih kepada cikgu yang telah mengajar saya. saya dengan penuh kasih, sayang saya sayang akan guru saya. Terima kasih guru yang telah banyak mengajarku. semoga panjang umur. Guru yang dihormati; Nik


Dari Albab, (4 Jujur)




Assalamualaikum tice Nik tice, saya ucapkan selamat hari guru dan semoga panjang umur dan terimah kasih telah mengajar saya. tapi saya suka pelajaran yang diberikan oleh tice maafkan saya kalau saya bersala

daripada Albab terima kasih








Dari Shah Nizam, 4 Jujur.





Saya ucapkan selamat hari guru kepada teacher nik. saya amat mengkagumi sikap teacher nik yang tegas, rajin dan berani. pelajaran teacher nik sungguh bagus dalam memberi pengetahuan yang luas sekali. terima kasih teacher nik kerana mengajar



Sekian dan ucapan terima kasih buat semua murid tahun 4 Jujur dan 4 Pintar...









Thursday, May 21, 2009

Hairan...




Sudah hari keempat peperiksaan. aku sentiasa memerhatikan gelagat anak murid aku di sini. sangat la pelik..


aku tak nampak situasi murid membaca buku di tepi longkang, aku tak nampak murid menyemak jawapan selepas test, hatta sekalipun nak tengok bebudak ni pegang buku pun susah.


Yang aku nampak, mereka bermain berkejar-kejaran di padang kecil sekolah aku dengan gembira tanpa rasa gundah-gulana bahawa adakah mereka dah betul-betul bersedia untuk test pada pagi ini....


bak kata guru lain..


mereka ni lagi suka bila ada exam.. sebab tak payah bawa buku..
tak ada kerja rumah

susahnya di sini, tiada budaya memegang buku. teringat zaman aku dulu.. bila exam, time tu la nak menjenguk buku-buku tersebut. siap duduk di tepi longkang sambil membaca dan semak nota buat kali terakhir. bila dah abes exam, berpusu-pusu nak check.. betul ke jawapan aku ni??


dan perkara yang amat aku tak suka.. dah habis menjawab exam, tak de pun nak check jawapan waima nak check ada tak lagi soalan yang tidak dijawab..


bahkan salin perkataan pun leh ada 'spelling error' . yang derang tahu, dah siap menjawab dan boleh MAINNNN..


ingat nak main ajer budak-budak ni...






Wednesday, May 20, 2009

Kursus Program Taklimat Saga Matematik Tahun 6


Semalam, aku menghadiri taklimat Program Saga Matematik Tahun Enam, 2009. Taklimat dikendalikan oleh Cikgu Malek. dia ni asalnya orang Kedah. tapi dah lama menetap di sini.


Ada sedikit teknik lain menjawab matematik. walaupun aku tahu ada guru-guru lain dah tahu teknik begini. tapi aku nak kongsi kan sahaja..

ini kaedah addition. tapi tak ada process regrouping. terus je tulis di bawah.


macam 2 + 8 = 10. terus tulis di bawahnya 10..


kemudian 4 + 8 = 12, so 12 tu mesti diletakkan mengikut place value.. itu yang penting..


sama juga begini, 9 + 1 = 10, letakkan terus 10 di bawah..


kemudian, 5 + 1 = 6, letakkan di ruang yang betul yerk.. ikut place value..



kemudian, yang terakhir sekali.. tambahkan balik kesemuanya..



ni plak multiplication.. lukis lidi sahaja..




contoh, 12- lukis satu lidi secara menegak untuk 1 dan lukis 2 lidi untuk 2.. siapppp




kemudian, untuk nombor 13, lukis 1 lidi untuk 1 dan lukis 3 lidi untuk 3 secara menegak..


seterusnya, lukiskan seperti dia atas di bahagian persilangan antara garisan yang dilukis.. lihat atas..




Kira pertembungan (titik merah) yang di sebelah kanan adalah mewakili nombor sebelah kanan. Sebelah kiri mewakili nombor yang paling hadapan. dan yang di tengah tersebut, adalah nombor di tengah..

Persilangan kanan: ada 6 titik. maka nombor paling kanan ialah 6.

Persilangan Tengah: ada 5 titik, maka nombor di tengah adalah 5

Persilangan Kiri: ada 1 titik, maka nombor di hadapan sekali adalah 1.


Kaedah ni agak mudah. tapi masih perlu di kaji. kadang-kadang certain number sahaja yang boleh digunakan.. aku ni pun masih baru dengan cara ini. Baru memperoleh ilmu baru dari yang pakar.

Akhirnya, akan mendapat 'product' sama seperti kaedah yang biasa kita gunakan.




Amnya, kita menggunakan 'long division method' untuk mendapatkan hasil bahagi/quotient.


tapi, kaedah ini juga dibenarkan bergantung kepada keupayaan murid tersebut. seperti gambar ditunjukkan di bawah. Repeated of 3 x 8 adalah dibenarkan as long student can get the correct anwswer. asalkan basic n concept division tersebut adalah betul. seperti yang berlaku di bawah.. Akhirnya. Quotient yang diperolehi ialah 71 dan jawapannya adalah sama dengan 'long division method'.



Sekian, itu sahaja yang aku paham dan ingin dikongsikan bersama anda semua.