Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, April 29, 2009

Mr Kamarul


Who is Mr Kamarul?



Tersentap beb.. bila baca soalan cenggini. he's my mr nice guy.
Banyak nama samaran yang dia guna ni.. nama yang biasa orang panggil dia..


ALI..


family n kerabat panggil dia..


KAMARUL



tapi nama rasmi dia..panjang beb.. tapi aku ringkaskan sedikit.. jenuh nak taip nama dia yang panjang ni. nasib baik cukup-cukup dalam ic.. kalu tak, ada 2 ic la mamat ni.. so nama ringkasannya..


t.k.a bin t.s.o

Burung Tempatan yang Tiada Nama Melayu..

Pelik kan.. selalunya setiap burung tempatan ada nama masing-masing. tapi burung ini memang tiada nama Melayu nya.. dipetik dari 'The New Sunday Times April 15, 2007'.. di bawah ni ada gambar spesies macam itik ni. amek kat internet..




Burung ini dipanggil the little Grebe.


The Little Grebe is a small duck-like waterbird which can be found in water ponds at Janda Baik.(http://www.mns.org.my/artstate.php?aid=424).



Local Bird With No Local Name Found!


There is an interesting little aquatic bird that has no Malay name. According to the villagers the local name of this bird is Little Grebe (Tachybaptus ruficollis). The majority of the villagers say it is the chick or the young of the "Belibis" or Whistling Teal (Dendrocynia javanica).

At a distance, the Little Grebe appears like a little duck but on closer examination, it has a pointed bill. The bird is almost tailless. It does not have webbed feet like ducks too.

Each toe has an independent leaf-like paddle. The Little Grebe is mostly seen single or in pairs in former mining pools, espeacially in the Klang Valley, Paya Indah Wetlands and Batang Berjuntai in Selangor, Malim Nawar and Kinta Valley in Perak.

They are also found in shallow artificial lakes like Timah Tasoh in Perlis. This little aquatic bird is an excellent swimmer and diver. In fact, it dives some 600 to 1 000 times a day in search of food or plants materials for nest-building. It feeds mainly on aquatic insects and larvae, fish and frogs. The relationships of mature pairs are xemplary as they share all the chores of house-keeping and parental care of the young till they fledge.


Adapted from 'The New Sunday Times' April 15, 2007




Monday, April 27, 2009

Being Adult


I like this story....


My fve-year old son's approach was innocent enough. "Dad, can I have a story?"
"Sure," I said. "But only one and you must go to sleep." He made himself comfortable while I flipped through a storybook, looking for the shortest story. I began to read.
"Jack and Jill went up the hill to ...."
"Why, Dad?" my son asked.
"Why what, son?"
"Why did they go up the hill?" he asked again innocently.
The answer was in the book, so I continued. "To fetch a pail of water. Jack fell...."
"Why, Dad? Why did they fetch a pail of water?"
That was a slightly more difficult question. If I remember correctly, in those days, there was no piped water and taps. "They had to take it home because in those days they didn't have any plumbing." I continued quickly, "Jack fell down and broke his crown and....."
"Why did he fall down, Dad?"
"His shoelace was not tied. He tripped and fell."
"Dad?"
"What?" I asked, trying to stay calm. "What's a crown?"
My head was beginning to ache. "His head. He fell down and broke his head."
" How Dad? Did he fall on his head?"
I counted to ten. I wanted to scream at Hans Christian Andersen for writing this story. I took a deep breath and continued, "Yes, he fell on his head and it broke."
"Would I break my head if I fell down?" my son asked.........

(adapted from: Gusto/Grammar Workout KBSM Form 2,
Kok Ming Wai & Sugguna Munusamy, 2006)



Sweet sangat citer ni. betapa sabarnya seorang ayah nak melayan anak...teringat zaman kanak-kanak dulu. But now, I plak jadi orang dewasa. Mende-mende cenggini la yang aku selalu hadapi depan anak murid aku. tanya soalan pelik-pelik..


Kekadang tu.. aku tak paham pe yang mereka cakap walau pun dalam bahasa melayu. ada yang nakal, ada yang bercinta...bayangkan umur 12 tahun dah pandai bercinta. bagi surat-menyurat, konflik percintaan la dan macam-macam lagi. Advance betul budak skrg nie...


ok..aku dah ngantuk la..

bye..







Sunday, April 26, 2009

Bilik Guru





A teacher's job is not confined to the classroom or within the school compound only. A teacher has to mark exercise books, prepare sets of test papers and record student's performance. A lot of these jobs are done at home.


Aku suka betul statement di atas tu. lagi-lagi dengan keadaan sekolah aku. muridnya ramai.. lebih kurang seribu murid. tapi sekolah kecil. jadi ruang pun kecil sangat. itu aku tak kesah.. small matter.. cuba la tengok bilik guru tu.. hanya seluas 2 buah kelas. meja disusun panjang-panjang, tiada kemudahan almari. meja dikongsi bersama-sama dengan 80 orang guru bagi sesi pagi dan petang.


Bila meeting pun dilakukan dalam bilik guru, baru la penuh bilik tersebut dan sesak macam dalam tin sardin. sampaikan kerusi pun kena amek dari kelas s ebelah. memang padat. dan timbul masalah lain, bila guru-guru nak letakkan barang di atas meja. mesti ada sedikit bunyi seperti ini...


ish, tak suka la semak-semak nie..



haa... elok sangat la.. mana aku nak campak buku anak murid aku. satu kelas lebih kurang 40 murid. aku ajar 4 kelas. mestila banyak buku atas meja aku. nak wat cmner, kita ni berkongsi meja. kena la tolerate kann.. tak macam di semenanjung dan ada sesetengah sekolah lain, di mana setiap guru mempunyai meja sendiri dan ruang sendiri serta diberi almari kecil lagi untuk simpan barang. memang jauh beza ngan sekolah aku ni..

ini meja aku, banyak buku kann




meja guru untuk 80 orang guru

nak simpan barang pun tak leh.. tiap-tiap hari dok angkut BUKU REKOD MENGAJAR. nak tinggal di sekolah, tiada ruang.. tak selamat. tapi walau camner pun aku bersyukur.. nak wat camner guna je la apa yang ada. takkan sebab kecil macam tu kita nak merungut n give up. Ye Tak??


Bila keadaan macam ni, suasana guru sendiri tak kondusif. nak tak nak, lebih rela semua kerja dibuat di rumah. nak stay back macam tak ada ruang. cikgu petang nak duduk mana lak.. so the best way, angkut barang bawa balik la ke rumah. kalu tak, jangan harap dapat siapkan kerja.


Aku ni selalu berangan balik rumah leh trus rileks.. tapi ngan keadaan sekolah aku tu agak tak mengizinkan aku untuk seronok bekerja. so better aku angkut semua balik rumah dan siapkan terus kerja berkaitan sekolah di rumah.


SAPE KATA KERJA CIKGU NI SENANG
BALIK RUMAH PUN KENA KERJA LAGI TAU..



Aku memang agak terkilan bila terdengar kata-kata sesapa yang menyatakan


senang je jd cikgu.



Amboi.. hang pi tengok dulu.. sape yang dok tulih nama anak hang yang panjang berekar-ekar sampai lenguh tangan ni. CIKGU JUGAK...so jangan uder estimate ekk karier guru ni..






Saturday, April 25, 2009

Cakar Ayam

Aku menggunakan courseware matematik nak ajar murid. ada la sedikit evaluation. susah bila kelas hanya 1 masa. lebih-lebih lagi bila buat division. Budak-budak ni lemah ckit buat division. aku pun nak discuss. tapi malas kan nak guna whiteboard. maka aku menggunakan alternatif. guna slideshow power point.


AKu terfikir nak guna cara ni coz masa di universiti dulu, ada sorang lecturer aku ni tulis pakai komputer jer.. Aku pun tengok cam kagum giler. rasa canggih dah la. so, aku try la godek-godek komputer kt hostel. bila dah tahu. erm, aku ni memang buta IT. mende ni senang jer..


Tengokla hasil tulisan aku yang amat buruk cam tulisan cakar ayam. nasib bek, student aku leh paham. haa, ni aku discuss ngan budak-budak. tapi derang banyak songeh lak. asalkan paham per yang aku tulis ok la.. ni banyak komplen..



teacher, kenapa zero itu besar..


haa... tengok tu.. asalkan korang paham udah ler.. jenuh la aku nak tulis cantik-cantik..


class ending with..


THANK YOU TEACHER....


Aku pun kelam-kabut kemas barang..









Friday, April 24, 2009

Mr Snake


Balik dari sekolah aku melayan sekejap Australia's Next Top Model. Masa Elimination Process, setiap model kena bergaya dengan seekor ular. bila tengok je Mr snake tu, aku teringat ketika aku ngan liza ke Bukit Bendera, tahun 2007.


Ada la sesi bergambar dengan ular. ish, mula-mula aku tengok tu,besar la ular nie. nak pegang pun takut. tetiba ternampak budak korea lebih kurang umur 8 tahun, bergambar dengan Mr Snake. Muka dia rilek jer. siap tergelak-gelak pegang Mr Snake yang berat tue..


Aku ni cam rasa tercabar lak.. aku pun try. dengan bayaran rm10 bersama sekeping gambar yang terus dicuci. Apakah perasaan aku?


mula-mula, orang tu lilitkan Mr Snake di badan aku macam rantai. masa pegang tu, aku dah bising-bising. "berat, berat".. dalam masa yang sama, ada gak manusia-manusia len dok tengok aksi aku. aku ni dah gelabah..


Adik, pegang kepala dia


Amboi, da la mende ni berat. bercampur dgn perasaan takut. Giler ape soh aku senyum. tapi akhirnya berjaya jugak aku bergambar. cuma gambar aku tu blur ckit la..


tak sangka, aku bergambar dengan Mr Snake..






Thursday, April 23, 2009

sembang-sembang

Budak-budak : Teacher pergi ke pesta regatta lepa?

niksensei : pergi, tapi pergi pagi je. teacher tak pergi tengok konsert

Budak-budak : itu la, saya pergi teacher, tapi tak nampak la teacher. nampak kepala
orang je..



zapppp... hahahaaa... padan muka.. aku dah agak. memang aku tak suka bersesak-sesak. masa kat ukm pun aku malas nak g celebrate hari merdeka ke, new year jer.. cuma ada la sekali..


masa aku tadika, parent aku bawak celebrate hari merdeka kat stadium merdeka, kl. tu je la kali pertama dan kali terakhir. padahal klcc tu dah dekat ngn rumah aku. tapi aku malas nak menapak ajer...





Wednesday, April 22, 2009

Perkara yang saya suka tapi......


Teringat semasa amek SPM dulu. aku penah fail subjek kimia. result spm pun cuma kredit sahaja. then, masuk matrikulasi pun sebab result add math aku jer. di matrikulasi, baru aku tahu bahawa

chemistry is the best


so, yang lawaknya.. aku hanya study kimia ngan math. biologi haram aku nak baca. konon-konon nak score 4 pointer. berangan nak amek medic.. tapi cmner aku nak amek medic, dah tak minat subjek biologi kan.. biologi hanya la subjek yang aku suka belajar dan explore sahaja tapi aku tak suka nak buat revision untuk exam. penghasilannya.. result biologi aku teruk..


masuk ukm pun, aku apply bidang kimia. memang seronok sangat. dapat belajar apa yang aku suka. paling aku suka lukis struktur. dan struktur yang paling best sekali ialah struktur darah merah, hemoglobin. pergh! makan masa lebih kurang 2 jam la, aku nak mengingat n draw the stucture of hemoglobin.


buat final project pun best, dapat A beb. tapi leceh.. bila dapat reading, aku tunjuk kat Dr Jamaludin, dia soh aku buat lagi. boleh dikatakan seminggu sekali muka aku ni wajib bertandang ke bilik dia. ada jer aku nak bertanya. at last, sebulan pertama final semester, aku dah berjaya siapkan kerja makmal aku.

mana tak siap, aku dok bertafakur kat ukm tu masa cuti semester. tiap-tiap hari dari pukul 8pg-5tg aku dok berdiam kat makmal tahun 3. dok menilik kitosan (kulit udang) aku tue. aku kena wat kitosan tu menjadi gula(bukan gula wat air tu, tapi sejenis gula, disakarida). aku berjaya jugak.


dah bis wat degree, apply kpli n ada gak gatal2 anta abstrak thesis aku kat petronas. interview kpli aku dpt tu untuk post guru pemulihan. ceh, aku mintak cekgu sains, tp dapat interview, pemulihan, aku gamble je la. pergi saja. seminggu lepas tu, dapat interview petronas untuk post researcher. aku pun pergi, tapi dalam hati aku, aku tak minat la nak jadi researcher ni. memang aku tak study la..

Dahsyat gak interview Petronas, ada 5 panel. dah la sampai lambat. aleh-aleh korang tau dia tanya ape? sumenya pasal thesis aku masa 3rd year tu. mak aii, aku dah lupa. dah setahun aku tinggal. tanya mende yang memang aku pro. tapi dah lupa kan.. tak stadi punya pasal. tapi masa ni memang hati aku nak dapat kpli jer..


dapat tawaran kpli, tapi aku dapat Matematik. Alhamdulillah. dapat jugak yang relate ngan degree aku. tapi yang tak best, bila masuk maktab, member aku budak kpli sains, bukan degree sains, tapi dapat kpli-sains. aku bengang gak. aku yang betul-betul majoring sains ni tak dapat sains. tapi tak pe, aku redha jer. cuma kadang-kadang aku berangan nak ajar kimia. tapi kena g sekolah menengah, ish.. aku tak nak jd cekgu sekolah menengah..


Sampai pengakhirannya, aku ni masih rindukan kimia aku tue. rindu nak belajar kimia lagi..
sebab aku sangat suka KIMIA...









Tuesday, April 21, 2009

The world of kids

Justify Full



Malam ini giliran bebudak tahap 1 datang tuisyen. kebanyakan dari mereka student tahun 3 dan 1. sesi tuisyen dah habis. so they all duduk la kejap menunggu parents datang amek sambil minum air teh dan makan biskut gula.


Memang syok la budak ni bersantap. sampaikan sebalang biskut abes dikerjakan. masa derang dok bersantap ni, aku plak tengah menyusun kertas exam pertengahan tahun sekolah aku. dan ada lah di antara mereka yang dah siap makan tu pergi menulis sesuatu di whiteboard gulung si teh ni.


ha..korang baca la sendiri ea..




Konpius aku, dari mana derang tahu aku & teh ni sebilik?? Pandai-pandai je wat tajuk bahasa campuran kan. Bahasa apa yang nak dicampurkan, adakah bahasa bajau dan bahasa melayu? aku pun tak pasti..


tapi derang ni memang lawak la.. padahal ada yang hiperaktif tu, dah banyak kali kena marah ngan aku. ni ler budak. mereka tak pernah berdendam. walaupun kena marah camner pun, bila dah nak balik,

'bye teacher.. '

'hye teacher nik'

sambil tersengih kerang busuk kat aku.. aku layan kan ajer. sbb ada di antara mereka yang cute. senang hati aku tengok..




Sunday, April 19, 2009

sekejap ea

berbalik kepada Pesta Regatta Lepa semalam..


Ada kan, anak murid aku dalam perahu ukiran kayu kuning tu.. erm.


Setelah aku selidik, rupanya perahu itu mewakili Kg Selakan, Semporna. Sah-sah la student yang melambai aku tu dari kawasan tersebut.


Aku tak tahu kat mana kampung tu. tapi keputusan pertandingan menghias perahu pun aku tak tahu.. so tunggu je la dari khabar-khabar angin dari cikgu-cikgi kat sekolah.





Pesta Regatta Lepa




Regatta Lepa merupakan satu festival tahunan yang diadakan di Semporna yang disambut oleh masyarakat Bajau. Lepa membawa maksud 'bot' dimana ianya dibuat daripada kayu merah seraya. (http://sabahfood.ws/index.php?option=com_content&view=article&id=32&Itemid=18).


Habis je sesi SBT, aku gatal-gatal nak join family kak zura jalan-jalan ke Regatta Lepa sekitar Pekan Semporna. tempat pertama aku tuju ialah di jeti. makluman, di Semporna tiada pantai. hanya ada jeti yang terus menghadap ke laut. sebab tu di sini banyak rumah di atas laut. selepas parking, berjalan la ke tepi jeti. ramainye orang. ada sorang budak ni pakai baju rama-rama.


semangat nak ke pesta


berjalan menyusuri jeti Taman Tun Sakaran, dah nampak bot berbaris. macam jakun jer aku ni. tak pernah tengok. hehe.

gerbang pintu Tun Sakaran


memang dah ramai orang pagi nie. tapi bila waktu malam mesti tak sanggup beb. macam-macam ada tau.tapi aku tak nak la citer. ape yang aku tau malam ni ada persembahan dari artis adibah noor dan stacy.

Antara bot yang ada


Pertandingan hiasan bot ni disertai oleh setiap kampung di Semporna. Yang aku tahu juara tahun lepas adalah dari Tampi-tampi. tapi tahun ni aku tak tahu la. esok baru kuar result pertandingan. di antara bot yang agak cantik, antara 1 buah bot di bawah. tapi aku tak tahu kampung mana. aku masih tak arif lagi nama kampung di semporna nie.



aku tengok bot-bot ni dok berdiam jer atas laut. mesti la macam teroleng-oleng ombak. ish. aku rasa bila aku dalam bot cenggitu, mesti aku dah mabuk laut. aku hanya leh bertahan bila bot tu bergerak laju jer. dok ralit tengok bot tu, tetiba ada orang dalam bot kuning melambai pada aku. macam konpius plak. takkan ada orang kenal aku kot. aku pun tilik la sape. erm, anak murid aku rupanya.

budak laki baju hitam tu


Nasib baik mak dia paham bahasa isyarat aku bagi. leh la aku snap gambar dia dalam perahu tersebut kan. lepas puas tengok perahu, aku pun berjalan-jalan ke gerai plak. erm. macam-macam dijual. ada handbag, brooch, gelang kristal, makanan dan layang-layang.


layang-layang ikan jerung


sempat jugak la aku dan family kak zura ke pameran di stadium semporna. stadium ni depan sekolah aku jer. kat sini ada pameran. siap ada bawak kambing lagi. aku teman Abang ni gi tengok kambing tu. selamba je dia usap kambing tu. saiz kambing ni agak besar. tetiba..

eee, besar nya telur
acik, amek la gambar telur tu




aku pun gatal g snap gambar tu jugak.

ada jugak pameran kraftangan kat sini. ada gubahan bunga kristal. tapi aku tak minat la plak.


then, jalan-jalan lagi ada persembahan tarian dari kg Lahat-lahat, Semporna. ada sorang ke pakcik, yang lain sume budak-budak.




Pesta regatta lepa nie diadakan 4 tahun sekali. tapi ada yang aku dengar dari penduduk sini, sambutan regatta lepa tahun ini tidak semeriah seperti tahun lalu. mungkin aku tak bernasib baik tahun ini. mana la tahu kan, tahun depan lagi meriah.







Saturday, April 18, 2009

It's Friday vs Cikgu Cantik

Hari Jumaat, sesi persekolahan bermula 7.00pg-11.20pg. Balik kali ni, tumpang Cikgu sekolah kami. orangnyer kecik-kecikan suka pakai eyeshadow warna hijau. bak kata anak Kak Zura..


"Ibu, ada cekgu sekolah ibu yang pendek-pendek tu cantik"

"ha.. memang la anak akak ni. yang pakai make up tu sume cantik bagi dia"


Wow. mesti syok kan kena puji. sampai sahaja di Taman Miramas Cikgu Cantik ni drop kami di kedai runcit. so, aku ngan kak zura berjalan terkedek-kedek ke rumah kak Zura. saje la nak temankan dia kat rumah sebab kak zura nk g amek anak dara dia kat umah babysitter tue.


At last, aku plak kena tahan. Kak Zura ajak aku lunch kat umah dia plak. erm, aku tak kesah. sambil-sambil tu, aku melayan la si Abang ni (umur 10 tahun) dok main playstation. aku tengok jer, aku tak minat la main ps ni. tapi bila si Abang ni main..


GAME OVER


aku la orang pertama gelakkan dia kuat-kuat. lepas tu, layan la plak si adik ni tengok TOM TOM BAK. tengok sambil baring-baring, amboi.. sedap-sedap si Adik ni peluk aku. erm.. bangun la kejap. gi tolong kak zura masak.


dah setel masak. aku lunch sama ngan Kak Zura dan adik.


dah bis makan. aku layan movie plak ngan 2 beradik ni. tengok cite The Pacifier. cerita ni kan ada unsur lawak gak. aku ngan bebudak ni memang bantai gelak r.

kau ni nik. sesuai la dengan anak akak. layan citer macam nie. akak tak de nyer nak tengok. mesti terlelap nie.




aku sengih jer..

dah 2 jam layan. aku balik. si abang ngan adik temankan aku jalan ke rumah no. 72. depa berdua ni nek basikal. leh plak si adik ni pakai skirt oren.


cepat-cepat jalan


Akhirnya dah sampai pun ke rumah no. 72. Terima kasih abang dan adik...











Tuesday, April 14, 2009

Apakah Kita Ini Hebat??

Lepak-lepak di bilik kaunseling sekolah sambil nak uruskan folio model kerjaya. Ada guru tahap 1 mempersoalkan tahap Matematik murid tahun 5. Sifir tak hafal. cakap budak tu teruk sangat. dan dia beria-ia menyatakan bahawa budak dari hasil pengajaran dia mesti tak ada masalah punya.

ok.. betol ker??


itu tak kisah lagi. tapi ada statement dari dis cekgu buat aku tersentap..


sape yang ajar mereka? tambah dan tolak pun tak betul.. macam mana mereka ajar? kalu saya ajar mesti tak ada masalah.


mungkin betul apa katanya.. tapi aku kurang bersetuju setelah aku sendiri yang mengajar mereka. aku dah kenal sangat tahap anak murid aku. budak yang aku ajar sekarang ni tahun 6 dan tahun 4. Salahkan guru???


Aku tak pasti aku yang silap atau tidak?


Ada lagi guru dari semenanjung dah bercakap dengan aku..


nik, u jangan terlalu mengharap pada mereka. u buat macam mana pun memang hasilnya tak sama seperti yang you jangkakan. but.. satu jer.. plz don't give up. didik lah anak murid kita ni


Memang betul pun. dah berbagai cara aku cuba. dah banyak aku labur duit nak potostat worksheet. tapi hasilnya. tak seperti yang aku harapkan.. ada yang senang-senang hilangkan worksheet yang aku bagi. dah aku hias kelas sendiri. tapi dah dirosakkan oleh anak murid aku. dah berpuluh kali aku ulang perkara yang sama.. tapi hasilnya mereka tetap jugak


AKU NDAK TAHU TEACHER...


dan perkara yang paling aku tak nak dengar bila buat problem solving (menyelesaikan masalah). Aku dah taipkan soalan tu siap dengan dwibahasa lagi. baru je budak-budak dapat kertas dan baru tengok serta tanpa dibaca mereka terus berkata...


SUSAH TEACHER...


Apa lagi aku boleh buat.. nak terangkan konsep hari setiap bulan melalui tangan tu pun aku dah amek 2 masa. but aku tak pasti, adakah mereka dapat atau tak?? nampak gaya.. minggu ni dok belajar bahagian itu sahaja lah.,


Tahun Enam pun tak tahu berapa hari dalam bulan Februari. Apa itu Tahun Lompat??
Adeh, tepuk dahi aku beb...


so, tak pe la.. aku memang letak diri aku ni di tahap paling bawah sekali. soi, dis week marilah kita mengenali bulan-bulan dan tahun yer.. dalam tempoh minggu ni aku dok sibuk mengajar kira tempoh bulan, hari dan tahun je la..

tapi, aku leh agak.. kalu aku tanya how many seconds in 1 minute? minutes in 1 hour? hour in 1 day? sah-sah la sebahagian ramai tak tahu.. aku ni gelak dalam hati jer la... tapi tak per. sesusah mana pun aku kena kuat dan sabar untuk menyampaikan ilmu pada mereka semua.. Insyaallah..






Sunday, April 12, 2009

Labuk Bay



Ini la trademark si Monyet Bangkatan atau Prosboscis Monkey. Si HIDUNG BESAR.


Feeding time di Labuk Bay ni pukul 4.30 ptg. Kami pun meneruskan perjalanan ke Labuk Bay. Sudah sikit nak ke sini. masuk dalam simpang. Jauh sangat sehingga melalui SK Sungai Tiram. Sejak menjadi guru ni, aku tersangat alert dengan sekolah.


Best ni. Banyak ekor la si Monyet Bangkatan nie.. Monyet Jantan mempunyai saiz badan dan saiz hidung yang lebih besar serta ekornya berwarna putih. Manakala monyet betina mempunyai saiz hidung yang lebih kecil dan sedikit mancung serta ekornya tak berwarna putih.


Selain itu. ada lotong tau. aku dengan yakinnya bertanya..

ini monyet spesis ape?
owh ini lotong..


Opss... aku tak penah tengok lotong. tersengih je laa... tak dapat nak upload. ada kat kamera dida.


Selain itu, dapat gak tengok burung enggang. tapi ada beza laa... biasa dalam tv yang kita tengok, paruh tu warna kuning. tapi yang aku tengok kat Labuk Bay paruhnya bukan warna kuning pun.



ni rasanya.. betina. tengok hidung dia. mancung kan.


Sekawan monyet..


di sini ada 3 kumpulan monyet. 1 ekor monyet jantan dikelilingi banyak ekor monyet betina. wow! bestnyer. banyak monyet betina. jangan harap la ada bendasing (orang asing) nak amek makanan dari kumpulan tersebut. mesti ketua nya akan protect makanan tersebut. food itu hanya untuk member kumpulan dia sahaja tau. siap mengaum bila ada lotong nak try amek makanan depa. ish garangnya. biasanya ketua kumpulan monyet ni aku tengok.. rata-rata besar, saiz hidung besar dan garang.


si burung enggang sabah


ok.. habis dah cerita saya..







Jalan-Jalan di Sandakan


Seawal 6.30 pagi, kami ber-4 (dida, teh, basri & saya) bergerak ke Sandakan. Travel dengan Kereta Myvi cik Dida bersama driver kami, En. Basri. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam menuju ke Sepilok. sebenarnya, nak mengejar ketika orang utan itu diberi makan pada pukul 10pagi. memang kami tiba tepat-tepat pukul 10pagi. tapi dok berlengah...pergi toilet la, isi perut la. so, bila nak ke kaunter..


sudah tidak sempat ni kamu mau tengok orang utan. mereka sudah lari balik hutan.



ceh....tak sempat dah.


Nampak gaya kami kena tunggu waktu makan pukul 3 petang plak. ok. sementara mengisi masa, kami pun ke bandar Sandakan. singgah dan beli food di Giant Sandakan.


Pukul 1.30 ptg, kami bergerak balik ke Sepilok. Hati dah berkobar-kobar nak tengok orang utan.


Ok.. dah beli tiket. jom masuk ke dalam..

KORANG TAHU APE MENDE YANG AKU NAMPAK DULU??

BERUK..

la, spesies ni memang dah kerap aku jumpa. masa kat matrikulasi N. Sembilan di Kuala Pilah, di Bukit Cerakah atau Bukit Cahaya Alam, dan UKM. tapi spesies yang banyak. mungkin orang utan ni malu kot.

Tunggu punya tunggu. akhirnya dapat melihat 2 ekor orang utan sahaja. tapi tak dapat nak zoom la. tak cantik. ni je la yang dapat diambil.



tak nampak sangat kan.. ramai jugak yang datang menjenguk haiwan ini. kadang-kadang aku terfikir, omputih tu semua sanggup habiskan duit nak melihat orang utan. ye la datang dari jauh plak tu.


Ada ibu beruk ni baru melahirkan anaknya. erm. cute kan abak dia. ramai betol omputih nie menangkap gambar. punggungnya pun masih merah lagi. mesti belum ilang lagi saket beranak tu. mak beruk ni asyik-asyik dok tanyang punggung. sampai ada manusia gelak-gelak cakap mak beruk tu buasir.. pandai-pandai je kan.


ibu dan anak


bontot merah


Di Sepilok ni, ada pameran serba sedikit mengenai orang utan. ada sesape mahu amek anak angkat tak?? ok angkat tangan..




Nama derang pun cantik.. ada nama rosalinda & mimi. secantik tuannya.


ok.. nanti nak cerita pulak pengalaman kat Labuk Bay..
Melihat Prosboscis Monkey..












Saturday, April 11, 2009

Keputusan


Susulan dari kisah Pandai-pandaila Bawa Diri.


Petang ini aku ke Dewan Masyarakat Semporna untuk menunggu keputusan Pertandingan Model Kerjaya yang dianjurkan oleh Karnival Kaunseling.


ni la pasukan boria SK Pekan


Ada 4 sekolah yang menyertai pertandingan boria ni.
  1. SK Kg Simunul
  2. SK Terusan Baru
  3. SK Bangau-Bangau
  4. SK Pekan Semporna

Akhirnya, sekolah aku (SK PEKAN) berjaya mendapat tempat pertama. manakala Pertandingan Model Kerjaya mendapat tempat Kedua. tapi yang sedihnya, piala naib johan patah.

Aku cam dapat agak jer.. dari jauh aku ada nampak satu pingat jatuh dan pecah berkecai, dalam hati aku, hadiah ni macam untuk budak sekolah aku jer.. sekali memang betol apa yg aku rasa.
Aku bersyukur juga. At least dapat tempat kedua. Tak ada la kedudukan sekolah aku ni tempat terakhir.

Anyway.. Congratz pada semua yang berjaya..

lain-lain kategori.. ada. tapi malas nak cite panjang-panjang..


cuma yang menarik pada hari ni dapat melihat persembahan dikir barat orang Sabah. agak menarik jugak. yang tak sangka, siap menyanyi lagu wau bulan versi loghat kelantan. ha.. yang ini dipersembahkan oleh sekolah menengah yer.


ok.. pen off..







Thursday, April 9, 2009

Pandai-pandai la bawa diri


Hari ini aku kena bawa 3 budak untuk Pertandingan Model Kerjaya. Kaedahnya, seorang murid akan membentangkan kerjaya pilihannya bertemakan "Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara". Pembentangan adalah menggunakan alat multimedia 'power point' dan murid ini dibantu oleh 2 orang murid lain untuk mengendalikan laptop. Peserta akan diberi 4 minit untuk membuat persediaan dan penyampaian tajuk masing-masing adalah selama 10 minit.


Maka, aku pun memilih kerjaya Ahli Farmasi setelah berdiskusi dengan budak-budak tersebut. sebabnya, aku dah naik muak la. asyik-asyik doktor je kan. so, kita cari kerjaya lain. asalkan mengikut tema "Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara. "


Awal pagi, sekitar pukul 7 pagi sesi pendaftaran. maka aku pun pergi mendaftar dan bagi handout 'power point' pada urusetia. ok.. finished.

Pertandingan bermula pukul 2 ptg. mengikut jadual ditetapkan. sebaik je aku sampai. dimaklumkan pertandingan di mulakan untuk sekolah menengah dulu. nak tunggu lagi. ok. undi turn plak. Sekolah aku last contestant ok. nasib je 4 sekolah.

tiba-tiba mintak 'handout power point' plak. aku beritahu la aku dah bagi. tapi apa katanya.


saya tak terima pun. cekgu beri pada siapa..


Ni pehal plak beb. penant-penat aku berjalan ke dewan masyarakat gi bagi handout tu. ni jawapan dia beri. takkan aku nak wat balik. satu salinan pun aku tak bawa. maka aku cari alternatif lain. mujur giliran sekolah aku yang terakhir. sempat la aku mancari staf PKG ni. akhirnya jumpa. maka dengan menebalkan diri aku mintak tolong staff PKG Semporna print kan handout tu. mission complete!


satu lagi hal. mintak dalam bentuk cd plak. mana la aku bawa beb. mungkin rezeki aku baik. ada guru sekolah lain ada nayak cd kosong. maka aku pun mintak beli cd dengan dia. huh.. kelam kabut aku. tapi tak sempat nak burn cd jugak. sebabnya sudah tiba giliran sekolah aku.


1st part - pasang Projektor dan Laptop
  1. dengan confident aku pasang. tapi no signal
  2. salah sorang judges tolong. ok da dapat signal
  3. pancaran LCD berkelip-kelip plak
  4. check, kabel tu longgar
  5. da try banyak kali. still not flexible
2nd part - Alternatif lain pasang lcd
  1. aku dah gelabah. tapi wat muka sengih-sengih (leh tak)
  2. aku minta guna projektor sekolah aku sendiri (nasib baik bawa)
  3. alhamdulillah berjaya
  4. tapi.. aku tak paham la arahan mereka (tolak ke sana.. ke sana tu tolak ke mana?)
  5. at last, ketua hakim datang tolong aku arrange kedudukan projektor
  6. adeh..malu aku.. tapi memang aku tak paham arahan orang sabah ni (penggunaan ayat yang mengelirukan aku dan aku pun tengah panik ketika itu)

pembentangan. (projektor sekolah tu)


Akhirnya berjaya juga.. my students pun menjalankan sesi pembentangan beliau...yang speselnya aku dibenarkan masuk semasa pembentangan tersebut. padahal pada ikut syarat asal, guru pengiring tidak dibenarkan melihat persembahan murid aku sendiri. lega.. dapat juga aku rakam gambar mereka.

Sebelum kami balik. aku pun mengucapkan terima kasih pada pihak juri sebab membantu aku semasa nak pancarkan projector tersebut.. huh. setel..


Result pertandingan besok. tapi aku lebih teruja nak tengok boria..


Wednesday, April 8, 2009

Allergik

Bercerita mengenai allergik ni perkara biasa la kan. setiap orang ada allergik memasing. my sis pun sama gak. dia tak suka makan buah. bayangkan hanya ada 4 jenis buah sahaja yang dia makan. tak ke rugi. buah kesukaan adik aku tu..
  1. epal
  2. pisang
  3. jambu
  4. tembikai


hanya buah tu je menjadi bahan makanan pelawas dia. ma selalu cakap..

kulit acah(my sis) tak cantik, dah la tak makan sayur. buah pun tak makan


aku ni memang kaki kutuk la my sis aku. dah la dia tu banyak allegik. salah makan, kulit merah bintik-bintik nek badan dan naik gatal. memang aku sakan gelak dia.


Alih-alih pada penghujung tahun 2006, aku bedal la kuey tiaw kerang di ampang point. masa tu aku keje kat ampang (kerani jer) baru lepas grad. balik opis. tetiba..

badan rasa tak selesa.. panas-panas.. (takkan dalam aircond pun
panas kan)

mula rasa gatal-gatal

muka naik bintat-bintat (macam lepas kena gigit nyamuk)

buruknyer muka aku masa tu..dah la bintat besar alam..


dan akhirnya, aku berjaya mencari jawapan. Genap umur aku 22 tahun. aku disahkan ada sedikit allergik pada makanan seafood. ini kali pertama aku allergik. selama ni memang tak pernah, melantak la banyak mana pun. gerenti akku tak menghadapi masalah.


dan.. untuk kali KEDUA aku terkena lagi. aku melantak 2 ekor udang yang kawan teh beli.. elok je lepas 2,3 jam selepas itu. aku dah gatal-gatal badan. rasa panas. dok tergaru-garu kepala. dan tiba-tiba aku dapat merasa ada benjolan kecil di kepala aku. cepat-cepat aku berlari tengok cermin.


haaa.. amek ko.. muka dah berbintat.. di leher pun ada satu bintat. di kepala tak payah cakap la. memang ada. tapi aku tak nampak laa.. di lengan pun ada. memang hari ni aku dok menggaru jer. sampai ke pagi. masih ada lagi kesan tersebut.


nampak gaya. aku kena dapatkan calamine losyen. wat standby. walau pun jarang terkena. Tapi sekali kena bahana allergik tu.nak wat sapu kat badan (khas untuk mereka yang ada alahan gatal-gatal cam aku). perghh.. memang best menahan miang-miang. sampai ke pagi gatal nie..


ada hikmah kot tak bagi aku makan banyak sangat kat cni. ada sudah cikgu di sini kena GOUT sebab banyak sangat makan seafood di Semporna. Bak kata Fauzi, technician sekolah aku..

laut di Semporna ni banyak batu kapur.


(aku terpikir, bila masa laut ada batu kapur)


batu karang ke beb, ko biar betol, mana ada batu kapur dalam laut. air masin. cehh.. wat konpius aku jerk..

encik fauzi kata..haa.. batu karang


salah cakap. kan dah terkena ngan aku.


kuang_kuang_kuang




Solat Itu Tiang Agama

Selepas tasmik bacaan murid tahun 5. aku pun nak blah.tapi ada murid tahun 3 datang surau nak solat. ok fine..

aku pun perati la depa solat. erm. bagusnya.


tapi.. bila ada tang menjeling-jeling tu aku dah pelik. bab menjeling ni ok lagi.


ada plak nak masuk tahiyat akhir. mereka terus bagi salam. aik.. cepatnya baca tahiyat. tengok-tengok depa ni baru sambung bacaan. bacaan ape pun aku tak tahu. next.

video

opss...tak habis lagi derang solat ni. siap mereka menyambung kepada rakaat seterusnya. adeh. ape mende depa solat ni. tak ape la. asalkan mereka ada usaha nak menjalankan rukun islam yang kedua itu. Alhamdulillah.

Monday, April 6, 2009

Arghhh..


Rutin macam biasa. tiap-tiap hari pergi sekolah.

Masa terakhir (11.50-12.20 tgh hari)

Teacher, ada 6 orang kena panggil dgn Cikgu Alkonso...



Opss...memang la selaku guru kelas, aku ada report pada guru disiplin ada sorang anak murid aku suka ponteng kelas. tapi aku beritahu sorang jer.. alih-alih 6 orang. apa kes???


Kebetulan bila nak balik terserempak dengan Cikgu Alkonso. dia pun ceritakan kisahnya.

erm.. patut la kena tahan. ada ke bawa lastik ke sekolah. dan cikgu alkonso ni dah gelakkan aku.. na, budak si nik nakal betol bah..

aku hanya tersenyum mengerti.....








Malam itu...



erm...besok da nak gi sekolah plak. nak tido. tapi ada bahan yang tak siap lagi. kena turun bawah. tulis la pe yang patot. memang betol alat bantu mengajar memang banyak membantu guru dalam sesi P&P. dengan aku ni ada kelas banyak masa. nak mengadap karenah 40 kepala. erm, memang la.. letih gak. kadang-kadang masa rehat murid, aku lepak je di kelas derang. tumpang sekejap..


bukan ape.. nak ke bilik guru dah satu hal. then nak pergi next class plak. so baik aku dok diam-diam dalam kelas sesape. then bila da bell ring. aku blah la. tapi ada satu hal lain plakkk...
sibuk plak budak-budak ni datang nak borak ngan aku. aku ni nak rehat jap. layan kan ajer.. dan satu kisah bermula..
teacher kenal abang aku, Kamarul kelas 6
Jujur.
kenal. kenapa?
teacher selalu cop buku abang aku
kan
ha ah. memang pun. ada kan teacher cop 'incomplete'
ada..
kamu tahu apa maksud itu?
ndak tahu...
maksudnya (kerja rumah tak siap)
haaaa..(sambil nganga mulut).


aku dah agak. mesti derang ni paham. erm. tak pe la. tapi kekadang aku enjoy layan karenah budak-budak ni. ilang tensen aku. padahal dah teruk kena bambu ngan aku. tapi bila keesokan nya. elok je mukanya. tak rasa macam benci kat aku punn... sebab tu la aku suka bebudak cni. cuma ada satu je yang membuatkan aku sedikit bengang.. budak-budak ni MALAS....




Saturday, April 4, 2009

April blues...



sudah dua minggu aku di sini selepas pulang dari kl. memang tak sedar masa berlalu dengan cepat. sentiasa bz setiap hari. sampaikan aku tak sedar perjalanan masa... macam-macam berlaku dalam 2 minggu ni..

kena kuat semangat beb...

kerja di sini agak mencabar jugak..

dengan mengharungi jumlah murid yang ramai.. lebih kurang 1000 murid di sekolah. sebagai guru kelas lagi. nak menguruskan 37 anak buah yang sangat nakal. dengan masalah disiplin. maklum le banyak anak teruna. derang ni tahu nak main jer. but i wish...

semoga di semester ke-2 mereka akan berubah..

upsr semakin dekat....

ni hal murid. hal cikgu len plak. kena hati-hati dok cni. kalu aku ni wat silap ckit da pandang sebelah mata. apa nyer.. korang tu perfect sangat.

ni ha.. satu cite. aku baru abes kelas.. tetiba dtg sorg kakak nie..
nik, kau buat soalan tahun 4 paper 1 ye..
akak buat paper 2
aku mengangguk lemah.. (keletihan menghadapi karenah murid)

nape nik, nampak berat jer..

tak la kak.. saya penat ni. saya baru abes kelas. (kelas aku pack hri ni).

eleh.. gara-gara korang la nie. tak nak lebih 24 masa. yang teruk guru tahun 6 kena.
2 cekgu pregnant thn 6 dpt 30 masa. ada ke patot. ish.. berat sebelah..
tapi tak pe laa...
layan kan ajer..

buat je kerja...

lantak korang la kalu nak mengata aku..

macam la hangpa baguih sgt..




ok.. chow..