Klik Nih...

Followers

Nuff

Wednesday, February 25, 2009

USTAZAH vs TEACHER

Ada meeting GURU KELAS hari ni.. maknanya.. P&P masa tu tak dapat dijalanlan. da banyak anak muridku ketinggalan ni. tiba-tiba Kak YAm datang..

nik, akak nak mintak tolong. nik gantikan ustaz Wan Zaki yer. Ustaz dapat KDP. ni tasmik budak-budak.

boleh jer.. selagi diri ini masih terdaya. lagipun Kak Yam bukan orang lain. dia banyak bantu saya semasa saya di awal posting di sekolah ini. Jasamu diKenang beb..

tepat jam 12.20...

bergerak ke surau sekolah..

KAK YAM: nama yang disebut ini dengan Ustazah Nik .... (sambil tersenyum dia memandang aku)


Saya pun terseyum jugak..

Saya kena tasmik budak-budak baca Iqra'.

ok, teacher (oppss..) Ustazah nak kamu baca dulu sementara tunggu giliran kawan kamu baca..


Tersilap.. sebab selama ini Pengganti Nama Saya.. Teacher atau Cikgu.. tapi kali ni da tukar title plak.. Jadinya.. tiap-tiap Selasa.. I akan pulang lewat sejam sebab terlibat dgn tasmik..

p/s: bila terfikir balik. patut jugak tasmik budak-budak.. sebab saya ni kadangkala malas nak baca quran. kalau my mom tahu.. teruk saya kena marah..








Monday, February 23, 2009

PLAN TAK JADI...

Ada la geng ustaz Azmi ni ajak saya n the gang pergi lepak-lepak di Pulau Sibuan. saya memang da lama tak ke pulau.. jadi memang excited.. padahal dalam hati..

kalau pergi.. abesla aku.. banyak kerja terbengkalai


Hati ini berbelah bagi.. NAK PERGI KE TAK? sebab malas nak pack barang.. dan malas nak penatkan badan..tapi nak pergi jugak.. sebab pulau ini cantik....

Tuhan seakan memahami saya. di awal pagi itu hujan turun tak berhenti.. padahal awal pukul 5 da bangun.. konon-konon nak menyiapkan kerja.. tapi ngantuk macam sial.. tak leh buat kerja jugak.. tunggu la sampai hujan berenti.. macam tak ada tanda nak berhenti.. ni mesti tak jadi nak ke pulau ni sbb hujan..

makanya...saya pun sambung tido.. sedap ni tido dalam hujan..

selang beberapa minit.. HUJAN BERHENTI.. ada panggilan dari IJOY.. adeh.. ngantuk sial.. sampai naka angkat hp pun tak larat.. so i just leave it.. then... smpai 5 miskol..

AT LAST.. kami semua tidak ke PULAU..plan ke pulau tu jadi balik.. tapi kami tak pergi gara-gara aku malas angkat telefon...

Aku tak ralat sangat.. sbb aku da pernah ke pulau tu.. tapi rasa sedikit bersalah pada Azrin. dia cikgu baru posting di Semporna. mestila excited nak ke Pulau.. Ampunkan saya..

huhu....nnt ada masa upload gambar pulau sibuan.. cantik beb...



Sunday, February 22, 2009

Hari Perbarisan Vs SBT

Sepatutnya hari ni.. nak ikut & tengok budak-budak pergi kawad..

TAPI....

TAPI....

hari ni ada SBT (SKim Baucer Tuisyen). Adess... saya tak boleh pergi. sedihnya.. tapi di awal pagi ni saya sempat menyiapkan pakaian budak-budak. tema biru beb.. pinjam sat baju pbsm wat sebagai kostum. tapi design simple ajer.. saya ni tak kreatif.

itu je yang mampu saya tolong.. kesian kat ustaz Wan Zaki.. kena bawa budak-budak tu sorang-sorang. harap-harap mereka berjaya.. MENANG..

tengah sibuk-sibuk ahli kawad berbaris.. cikgu yang menyebokkan diri snap gambar.. sempat gak la bergambar dengan puteri (pembawa sepanduk sekolah) dan kapten kawad. macam boyfriend I la plak.. kapten ni da sama tinggi dgn saya.. I ni spesis terbantut ckit.. jadi ngan anak murid pun nampak sama ajer...nasib bek tak kena buli...

12 pm....

Masa Berlalu..

Hujan pun dh reda. (apa jadi la dengan budak-budak tu berkawad dalam hujan)..

tetiba...

teacher, kalah la... ada sekolah lain jahat.. mengejek kami..


huh.. KALAH.. erm tak pe la.. padahal dalam hati mendongkol. susah payah aku stay back buat hiasan perbarisan dgn Kak Aidah. sampai aku jadi bahan bualan sbb tak masuk kelas kerana sibuk uruskan hal perbarisan..

Padahal..aku ni lewat sekejap jer... siap masuk kelas & bagi lembaran kerja lagi.. tapi aku terpaksa makan sekejap di kantin.. sbb aku tak sempat mkn bcoz hari tu teramat pack masa aku.. nnt sakit perut plak..


BARU SEKALI AKU MEMBUAT KESILAPAN.. TAPI SUDAH ADA ORANG MEMBAWA MULUT.. biasa la kan.. yang salah sahaja nampak di mata mereka.. yang baik tak dinilainya.


p/s: aku tahu sape pembawa berita itu.. hanya dia sahaja yang tahu aku ni terlibat dalam perbarisan.. tak ku heboh dan canang pada guru-guru yg lain mengenai penglibatan aku tu.. skrg sudah tahu tembelangnya.. actually ramai sudah ingatkan aku supaya hati-hati dgn dis lady.. ramai sudah terkena.. AKHIRNYA AKU PUN TERKENA JUGAK...




Friday, February 20, 2009

SEPATU PINK


Hari ni kena stay back di sekolah sebab nak setelkan baju perbarisan murid. jadi saya pun buat kerja di bilik UBK (unit bimbingan dan Kaunseling). di bilik ini kena buka kasut. so sepatu pink itu diletakkan di hadapan bilik guru...

bermula pukul 1.30-3.00 saya bertapa di bilik itu menyiapkan hiasan apa yang patut. dan akhirnya kerja berjaya dibereskan. saya pun mengemaskan bilik itu. tiba-tiba

teacher, kasut teacher ada sebelah sahaja

Aku tersentap.

aku dah tensen. GILA... aku nak balik macam mana.. takkan nak guna sebelah saja sepatu pink aku.. da la agak tinggi jugak sepatu tu.. si otok mana la yang kurang asam menyepak sandal aku itu... geramnyerrrrrrrr

GERAMMMMM


teacher, ni kasut teacher


Fuhh.. lega nya.. nasib baik si Aliff Haikal ni jumpa balik sepatu pink buruk aku itu.

Akhirnya.. berjaya juga aku pulang dalam keadaan semporna.. sampaikan mahu nek prebet di Pekan Semporna pun aku mintak tolong dengan 2 hero ini temankan aku. sebab.. aku tak larat nak bawa beg aku yang sarat dengan buku. alhamdulillah.. perjalanan selamat.


betapa sempornanya hidup ini.






Friday, February 13, 2009

Ragam Murid

Macam biasa.. selepas membebel (teaching) di white board. saya akan beri kerja pada murid-murid. Minggu ni belajar division saja. kena ulang banyak kali sebab tahap basic mereka sangat lemah. tapi alhamdulillah. mana-mana yang malas sudah menunjukkan minat untuk belajar. Rajin bertanya. itu yang saya suka..

tengah tanda kehadiran murid..

murid 1: teacher, baca buku sahlan ni
niksensei : buku apa??
murid 1: teacher baca la dulu

si sahlan ni dah bengang-bengang..

apa lagi.. saya pun rembat la buku dia. erm.. ada maksud di sebalik cerita buku itu.
patot la si sahlan ini marah.

niksensei : siapa Diyang ini? ok.. teacher akan rahsiakan. Diyang ni sekolah sini ka?
sahlan : ndak la teacher. dia di Simunul
niksensei : (owh.. SK Kg Simunul)

apa isi dalam buku tu..

DIYANG AKU SUKA KAU DIYANG
DIYANG KAU SUKA AKU KA DIYANG


Dalam hati ni.. aku tergelak.. macam-macam la budak-budak ni.





Wednesday, February 11, 2009

Baju Pengawas


ini le baju pengawas SK Pekan Semporna. hanya pakai vest merah saje. simple aje kan. itu murid tahun 6. tengah orang sibuk berhimpun.. sibuk plak cikgu ni snap gambar plak..

Ini le tapak perhimpunan sekolah saya. dan di sini juga merupakan mini padang sekolah. sudut ruang untuk mereka bermain hanya kecil sahaja. sekolah ini hanya mempunyai keluasan yang kecil. jadi padangnya pun kecil sahaja. tapi murid nya ramai.. melebihi 1k tau. hah.. jadi berapa jumlah murid satu kelas?? 1 bilik darjah adalah seramai 40 orang beb.


ok.. I da tak tahu nak taip apa lagi.. =p

Tuesday, February 10, 2009

Aik!!..

Dah 10.50am.. sudah selesai masa di kelas 6 Jujur. Jadi saya pun bergerak dengan lajunya ke kelas saya sendiri. mana la tau. tiada guru di kelas. nak jenguk sekejap. alih-alih.. ada 2 orang murid duduk di tangga memeluk beg masing-masing.

niksensei: kenapa kamu di sini?
murid: aku dihalau ustaz keluar dari kelas..


Opss.. flashback..

9 februari 2009- sedang seronok mengajar division.. ada seorang murid ni bercakap. saya tersentap..
amboi.. suka-suka nak borak. nanti bila disuruh buat latihan, tak paham. padahal dah berkali-kali pesan.. 'FOCUS'. apa lagi.. hangin la.. terus marah-marah budak lelaki ini. sampai boy ini menangis.
Dalam hati (jahatnya aku ni..) tapi saya buat-buat macho la. padahal hati ni dah cair tengok dia menangis.


Murid yang dimarahi itu adalah murid yang sama dihalau oleh ustaz. jadi moral of the story. memang murid ni nakal.. tapi...

ada sedikit perubahan sejak beliau dimarahi. Kerja rumah yang diberi sentiasa disiapkan. dan yang paling saya suka.. murid dah pandai bertanya. bukan mudah jadi pendidik. kena banyak bersabar. lagi-lagi bila murid tak paham. kena ulang la berkali-kali sampai dapat...

itu la.. sape cakap jadi cekgu ni senang...





Sunday, February 8, 2009

Suatu Petang di Semporna



Petang tadi, saya temankan cik Dida-my housemate ke Pekan. kami nak ambil bahan yang kami potostat tu. Dalam perjalanan.. hujan gerimis dan tetiba..

cik Dida. nik, ada rainbow la..
eh, mana-mana.. (cepat-cepat snap)

macam tak pernah tengok pelangi plak.. =>

Thursday, February 5, 2009

Mari Belajar Bahasa Bajau

Kaum Bajau adalah kaum yang terbesar di daerah Semporna ini. dan juga, golongan ini la anak murid saya kecuali seorang Melayu dan seorang kaum Suluk. Guru-guru di sini pun kebanyakannya orang Bajau. Saja nak ilang kan stress di sekolah, saya ni gatal-gatal la nak tanya cekgu-cekgu di sini mengenai bahasa Bajau.. mula-mula I belajar cara menyebut nombor dalam bahasa Bajau..

1- isah
2- dua
3- tellu
4- empat
5- lima
6- nom
7- pituh
8- waluh
9- siam
10- sangpuh


Itu la dia nombor-nombor dalam bahasa bajau. konon-konon mahu belajar sebab I ni cekgu Matematik. tapi tak guna la plak.. sebab tak pandai nak menyebutnye.. kuang, kuang, kuang...









Wednesday, February 4, 2009

Makcik di Pekan


Hari itu.. pergi town. konon-konon nak pergi potostat ape yg patot. sambil-sambil itu leh la I nak keluar @ transfer duit kan. di sini banyak juga warga filipina. ada juga anak-anak kecil yang meminta sedekah. dah banyak kali I jumpa. bila tengok, kesian.

tapi, tak boleh ajar depa bagi duit. takot nanti depa cam muka I. bila depa da kenal 'dis face' penah bagi duit pada depa. abes.. mereka akan turut sahaja ke mana kita pergi. sampai la mereka dapat duit. saya pun pernah terkena. saya tak nak bagi duit pada mereka, tapi ada seorang budak ini dengan beraninya menarik handbag saya. ish.. terkejut juga. mungkin mereka ini sudah terbiasa menerima habuan dari orang ramai. jadi bila tak dapat, nak paksa-paksa plak.

elok la pula nak pegi atm. nak keluarkan duit. alih-alih ada sorang makcik ni. makcik ni tak mandi kot. bau hapak. datang dekat-dekat dan cakap sesuatu yang saya tidak faham. tapi ini perkara biasa di Semporna. mesti la dia nak kita bagi sedekah pada dia.

masa awal-awal di Semporna agak pelik juga dengan keadaan di sini. tapi sekarang da ok. Alhamdulillah.. da boleh sesuaikan diri dengan persekitaran di sini.




Tuesday, February 3, 2009

Ikan Selar atau Ikan Tulai



Lauk di dapur sudah habis. Jadi saya dgn Cikgu Teh nak ke pasar untuk membeli stok makanan. keadaan di luar hujan. dan ketika di pasar basah, ternampak selonggok ikan selar di atas meja penjual itu.

Penjual ikan : Dik, ikan tulai
Nik Sensei : (......ish.. ikan ape plak.. macam ikan selar) sengih2

Padahal macam yakin je ikan selar. tapi jarang shopping ikan. so, I jadi konfius plak. tapi macam nak beli ikan lain. tak berani pula. ikan pelik-pelik je. takkan nak beli ikan buntal. Akhirnya, kami pun beli juga ikan tulai itu.

Sampai je rumah, terus I mms my Mr Right. memang betul la. Ikan tulai tu adalah ikan selar. bahasa orang semporna ni. bikin I keliru saja..






Mun Sotong


Hari ni ada Function Memperkasakan Sekolah Kebangsaan di Seafest Hotel sempena lawatan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YB Dato Hj Alimuddin Bin Hj Mohd Dom ke Semporna. Macam biasa. Sekolah saya juga terlibat dalam Majlis tersebut. Makanya, awal pukul 7 saya kena pergi seafest untuk mengendalikan pengedaran buku atur cara kepada mereka yang hadir..

Di Hotel Seafest, sempat plak bertemu dgn rumet. Sebab beliau pun terlibat dengan majlis tersebut.

Setelah berjaya menyiapkan tugas kami.. erm. apa lagi. 'makan time.' di sini ada satu restoran bernama Seafest Cafe. Jadi kami pun mahu mengalas perut di sana. First time saya makan di sini. dan rupanya di sini ada set breakfast antaranya 'Mun Sotong'.

Kena try ni. Lagipun di Semporna, hanya restoran ini sahaja ada menu Mun Sotong. Rasanya.. erm. agak manis juga. dan antara maklumat yang diberitahu oleh Cikgu Hjh Mariam, sotong ini sotong kurita dan di masak selama 12 jam. (eh.. lamanya!). nak rasa. meh le datang semporna.

Sunday, February 1, 2009

Apa yang tiada di Semporna


Apa yang tiada di Semporna???? bila ternampak sederet roti Gardenia di KK.. bestnye la.. di Semporna tiada roti Gardenia. first time di Semporna, saya terbeli roti keras tau. tak dapat nak makan roti Gardenia ni..

Kenapa ye tiada? Satu masalahnya.. apa-apa bahan atau surat khabar akan sampai di KK terlebih dahulu. kemudian akan dihantar ke Tawau. dan akhirnya baru sampai Semporna. Sebab itu la.. susah nak dapat paper. Contoh hari isnin..tapi dapat paper hari ahad...

Shopping complex??? memang tiada. Ada pun macam standard Gedung Harian di Kuala Pilah tu la.. Bank pun hanya ada 3 bank sahaja di sini. BSN, Maybank dan Tabung Haji. jadi bila hari gaji,
memang tak dapat draw. ramai sangat manusia akan beratur di atm. paling cepat leh amek gaji adalah 3 hari selepas dari tarikh gaji.. itu pun kalu lengang..

walau apa pun.. bagus juga. tiada la asyik nak shopping je kan..ok pen off..