Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, January 30, 2009

26 Januari- Pulau Manukan


Hari terakhir di KK, iaitu hari ketiga..program kami kali ini ke Pulau Manukan. Seeloknya bila ke pulau ini kena bergerak awal pagi. sebab biasanya bot ke Pulau Manukan bergerak pukul 8.30 pagi dan kami akan diambil pada pukul 2 ptg utk balik ke Tanah besar.
Tambang bot (Return): RM17
Yuran Jeti di KK: RM3
Yuran di Pulau Manukan: RM3
Sebelum nak naik bot. sempat juga la kami berposing di jeti Kota Kinabalu ni.

Perjalanan di dalam bot tidak lama. Lebih kurang dalam 15 minit sahaja. Akhirnya sampai juga kami di jeti Pulau Manukan. dah bersedia dgn life jacket dan gogle masing2. tak sabar nak terjun la tu.

to Lim Lee Fong: Ruginya you tak dapat join. tapi celebrate chinese new year lg penting kan. nanti I akan datang kk lagi cari Lim Lee Fong.




Agak menarik juga ikan-ikan di sini. Ada juga ikan-ikan yang saya tak jumpa di Mabul-Kapalai. dan yang pasti menyeronokkan. Dapat juga saya lihat ikan bernama Nemo tu. Wow! Cantik betul. Sedar-sedar da snorkel jauh ke tengah. Aduh...jenuh juga la nak berkuak patah balik ke pantai. berenang tak pandai. jadi main hentam la kuak lentang ke kupu-kupu ke.. asalkan bergerak dan dapat sampai ke pantai.

da puas bermain sampai la tepat pukul dua. ok..time's up. kena balik sudah.

hatiku mendongkol lagi- I tak nak balik Semporna. Banyak Kerja I tertunggak ni.
plz help me... waaaaa... waaaa..

Thanks to my frenz..especially Lizawati sbb da merancang percutian yang padat dan menarik. sampaikan I tak sempat nak shopping di KK. Maybe next time aje la... KK- i''ll coming again.



Thursday, January 29, 2009

25 Jan 2009-Melawat Tapak Bunga Rafflesia @ Bunga Pakma

Semasa perjalanan pulang dari Ranau. Kami (My friend and I) ada terlihat signboard Rafflesia Bloom. Susah ni nak lihat secara live bunga terbesar di dunia berkembang. Rafflesia ialah sejenis tumbuhan yang tidak mempunyai akar dan batang. dan bunga terbesar ini amat sukar untuk dilihat kerana ia hanya berkembang selama 7 hari dan akan berkembang balik selepas 9 bulan kemudian. dengan bayaran RM10 untuk melihat bunga pakma yang spesel tu. kami pun dgn terujanya bergerak ke tapak bunga pakma tersebut. dapat juga saya melihat bunga pakma dengan mata saya sendiri.


yang di sebelah kanan itu adalah bunga pakma yang sudah rosak. dalam kawasan tengah itu, ada saya ternampak seekor lalat hinggap di tengah bunga pakma. memang tidak di nafikan bahawa bunga ini bolen mengeluarkan bau yang busuk dan menarik hidupan lain.


Tempat bunga pakma berkembang ini di jaga dengan baik bagi mengelakkan diambil oleh manusia. ini disebabkan bunga ini mempunyai pelbagai khasiat. diambil dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zinatul.htm :

Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia.Ianya hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Bunga pakma spesies Rafflesia hasselti boleh didapati di Semenenjung Malaysia, terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik. Satu spesies bunga pakma di Indonesia ialah Refflesia patma. Di Sabah dan Sarawak terdapat beberapa spesies seperti Refflesia princei dan Rafflesia tuan-muda. Rafflesia manillana pula ialah spesies bunga pakma negara Filipina.


Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis. Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan untuk awet muda. Bunga pakma juga digunakan sebagai ubat perancang, buasir dan untuk serikan muka wanita.


Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut. Selepas bersalin, minuman bunga pakma adalah untuk mambersihkan rahim dan kecantikan perut. Air bunga pakma juga diminum selepas haid dan sebagai perangsang untuk wanita.




Wednesday, January 28, 2009

Merentasi Canopy Walk & Mandi Air Panas di Poring Hot Spring

Selepas menikmati kesejukan di Kundasang, kami (saya dan kawan-kawan la) menuju pula ke Poring Hot Spring di Ranau, Sabah. ia terletak sejauh 40 kilometer atau pun 25 Batu dari Kinabalu Park. Apakah maksud Poring?? Poring bermaksud Buluh bagi bahasa suku kaum Kadazan. sebelum masuk ke Poring Hot Spring ada bayarannya juga.
Fees Poring Hot Spring : RM3/pax
Fees of Canopy Walk : RM5/pax - RM5/camera
Sebelum acara berendam di air panas, kami pergi merentasi Canopy Walk yg merupakan antara yang terpanjang di Asia Tenggara la. Tapi kan..sebelum menuju ke jambatan gantung ni. Kita kena memanjat gunung dari kolam mandi air panas ke Canopy Walk setinggi 550m. Alhamdulillah, setakat ini perjalanan ok, walaupun ada member saya yg da pancit sekejap. tapi ada juga yg sempat bergayut telefon. Konfius I.. orang lain penat. dia sempat nak answer call.


Ini antara sebahagian pemandangan di Canopy walk ini. boleh nampak air terjun. Gunung dan bukit. ada juga kanak-kanak yang berani merentasi jambatan gantung ini. berani kann..kalu saya mungkin saya xsanggup nak jalan di situ.


Di Jambatan Gantung ini, ada sejenis pokok besar sangat yang juga dikenali Raja Kayu (The King of Tree). ia juga dikenali sebagai pokok tualang dan nama Family nya Fabaceae dan nama saintifiknya ialah koompasia excelsa. It is the tallest, strongest and sturdiest tree. sampai nak peluk pokok ni pun tak sampai.


Selepas menikmati pemandangan yang indah di atas JAMBATAN GANTUNG. kami pun menuju ke kolam air panas. terserempak pula dengan classmate KPLI-SR JULY 2007. - MATEMATIK IPSAH. Ish.. xde muka lain ke yg saya nak jumpa ni. berjejak kasih pula di sini. I seorang sahaja dari my classmate yg dicampak ke Semporna. Mereka semua posting di KK. tapi sempat juga kami semua bergambar kenangan. hehe.

dan..tiba lah masanya untuk berendam di air panas. tapi malang nya... ramai sangat orang. saya tak dapat mandi juga. hanya merasa air yang takungan panasnya sangat sedikit sebab alat penyumbat dah rosak. akhirnya, saya hanya mandi di shower room sahaja di Poring Hot Spring. hampeh..













Kundasang...Saya dah sampai

Di awal pagi lebih kurang pukul 11am (tapi di Sabah sudah menjelang tengah hari). Geng-geng dari IPSAH intake July-2007 seramai 4 orang datang menjemput I di apartmen Beverly Hills Penampang dengan kereta Kelisa Cik Rozalina BJB _ _ _ _ yang comel itu. dari Penampang, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Alhamdulillah, berjaya juga sampai di Kundasang. maka dengan lajunya, kami bergegas check in di Rose Cabin kerana badan sudah letih. harganya RM189/night dengan satu katil queen, 2 katil supersingle dan satu katil double decker..

tiba di Kundasang pun da agak lewat. tapi sempat juga kami singgah di kedai menjual cenderamata di Kundasang.



Berbagai barangan yang dijual. tapi yg hanya menarik minat saya ialah alat muzik tradisional..
cuma saya tak tahu apa nama alat muzik tersebut..jadi I letakkan gambar saja di situ sahaja.


Selain dari itu...ada juga padi bukit dijual. member I cakap..padi bukit ni tak sedap bila dimakan.
erm.. I no komen. sebab xpernah merasa lagi nasi dari padi bukit nie.. tapi sempat juga snap gambar.. hehehe.


Selepas ala-ala window shopping di sana..kami pun meneruskan perjalanan ke Rose Cabin. Setibanya di sana.. haa.. keropok snek lazat POTATO CHIPS da menjadi padat bagaikan belon mahu meletup. Mungkin ada perbezaan tekanan di atas bukit menyebabkan berlaku keadaan sedemikian. Cuba la try.. pastikan sebelum pergi ke Kundasang beli la any junk food dan tengok hasilnya di atas gunung itu..


Apa yang kami lakukan di Kundasang..antaranya pergi ke pasar kundasang. ada juga pelbagai tanaman dan makanan yang menarik. ada juga buah yang tak pernah saya lihat iaitu buah tarap.
dan tanaman pokok cili di mana cilinya berbentuk jantung dan ada yang berwarna kuning..

ini la buah tarap. buah yang hanya ada di Sabah sahaja. Buah ni macam kembar buah nangka dan buah cempedak. tapi isinya agak kecil berbanding isi buah cempedak. Rasanya masam manis. so pada sesapa yang akan berjalan di Kundasang patot cuba buah ini..


Ini pula pemandangan puncak gunung kinabalu dari Kundasang. Cantik kan. saya harap saya akan sampai ke puncak Kinabalu..rezeki saya agak baik. walaupun masa di Kundasang asyik hujan. tapi di awal pagi, saya masih berkesempatan melihat puncak gunung Kinabalu.. Puncak tertinggi di Asia Tenggara..


ni pula, my best buddy. Cik lizawati....belakang tu kabus di Kundasang..dulu pun kami selalu gamble jalan berdua..haha..masih ku teringat kenangan itu bah..


dan sempat juga kami mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Kundasang ni. macam stesen minyak dulu-dulu la... jadi jgn risau bila anda kehabisan minyak di bukit..



Di sini kami hanya mengisi perut di satu restoran sahaja iaitu INTAN'S RESTORAN AND CAFE.
harganya pun boleh tahan. tapi di sana, saya suka makan sup. Restoran ini berhadapan dengan Pasar Kundasang. tapi ada cerita di sebaliknya...

You all nampak tak perkataan 'BALAK' itu.. Macam konfius jer. takkan ada balak dalam kotak sekecil itu..


Jadi saya buat la pemerhatian apa isi dalam kotak itu...ha.. PENCUNGKIL GIGI. Rupanya mereka di sini menyebut BALAK itu ialah PENCUNGKIL GIGI. masalah bahasa betul ni.


susah juga kalu tak paham bahasa sabah kan.. nanti sambung lagi kisah merentas Canopy Walk di Poring Hot Spring dan mandi air panas..serta...





Bercuti ke Kota Kinabalu..



Sempena cuti Chinese New Year, saya & housemate plan jalan-jalan ke Kota Kinabalu. Kami menaiki bus Dayana Ekspress dengan moto nya..
Pulanglah bersama kami

Jadi before nak naik bus tu..haa..memang saya da siap bw bekalan plastik. mana la tau.. tiba-tiba termuntah di tengah jalan. susah la I..
p/s: sebenarnya tak nak bawa plastik sebab saya ni memang tido mati dalam bus..tapi ada ustaz di sekolah habaq mai

ustaz 1: Nik, hang pi mana cuti ni
niksensei: pi kk la ustaz (dengan bangganya)
ustaz 2: eh, ko penah naik ke bus
niksensei: pernah la.. bus kl-kelantan
ustaz-ustaz: ketawa terbahak-bahak..nik, jalan ke kk xsama macam di semenanjung.
niksensei: eh, ye ke ustaz..(sudah takut bah)

tak pasal-pasal saya kena bawa bekal plastik a.k.a bahasa kelantan supit gelenya..tapi bila naik bas..rupanya staf Bus Dayana Ekspress ini membekalkan passenger sebotol air mineral dan sehelai plastik supit gelenya. la..baik xpayah bawa. buat penuh ruang handbag I je tau..

Alkisahnya, our trip begin at 7.30pm, 23 Januari dan akhirnya kami sampai di Kota Kinabalu(KK) pada jam lebih kurang 4.20am, 24 Januari keesokkan harinya. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan bestnyer tiada sesi muntah berlaku di atas bus. sebabnyer...hahaha..Saya ni boleh tido dgn lena dalam bus walaupun jalan ke kk sangat la berliku-liku..

Bila sampai di stesen bus Inanam, I da mula pening nak tumpang rehat kat mana ni.. Nasib baik kawan Teh datang jemput kami dan aku pun turut la menumpang sama ke apartmen Beverly Hills di Penampang.

Trip di kk ni hanya 3 hari 2 malam meliputi
  1. 2 hari 1 malam di Kundasang - Poring Hot Spring
  2. hari terakhir- Snorkel di Pulau Manukan

Thursday, January 15, 2009

Sepupu saya di Indonesia

Cuti penggal akhir yang lalu, pada 25 Nov-3 Disember, saya dan family jalan-jalan di Bandung.
Nak jumpa...
  1. my sis-study di UNPAD, Bandung
  2. mak su sy- she's married Indonesian Guy
  3. Ayah su- Suami kepada makcik saya
  4. my cousin - tapi dapat jumpa seorang je (depa 4 beradik)
erm..sepupu saya ni nama gelarannya HOHOP. tapi nama sebenarnya.. Primairi ......kenapa PRIMAIRI.. sebab, beliau dilahirkan di wad no. 1 dan di bilik no. 1. agak pelik tapi unik.. hehe.. ok.. nanti kita sambung lagi..





Wednesday, January 7, 2009

Nasi Kuning + Daging Payau masak sambal


Pagi ni cam biasa tak sempat nak breakfast. nak makan kat kantin je la.. Makanan Sabah ni ada nasi kuning. Kadang-kadang namanya nasi lemak, tapi guna nasi kuning. nak pergi menjengah kat kantin, nak pilih menu. erm...ada daging payau (daging rusa) masak sambal dan masak sup. Jarang di kantin sekolah ada menu daging rusa ni. Nak kena try ni... sedap juga daging payau ni. tapi panas la badan.. rasa cam rugi plak xamek sup daging payau. Alhamdulillah, PK dengan cuba baik hati bagi I cuba masakan sup daging payau tue. Memang banyak rempah yang digunakan. pekat plak tu.. macam makan kat kedai mamak pun ye jugak. erm..xleh nak upload gambar. nasi daging payau ni. ada masa nanti, saya upload ye..




Tuesday, January 6, 2009

Welcome Teacher!!

Opsss..saya terlambat pergi sekolah pagi nie. Driver (private taxi) saya tak datang jemput saya. Akhirnya, saya kena jalan kaki pergi ke sekolah. tepat pukul 6.55 am barulah terkocoh-kocoh sampai di sekolah.. Thanks 2..
  1. kak Azizah - tolong tengokkan anak murid saya masa hari pendaftaran
  2. Ustaz Amir - sebab tolong amek saya kt airport Tawau
  3. Ustaz Azmi - ngn keretanya baru saya boleh angkot barang banyak2
Awal pagi, dengan bersemangatnya nak masuk bilik darjah ni. alih-alih ada kejutan..
mak aii, kesiannya teacher..dapat kerusi cacat



tapi, ok la. saya minta tolong my student carikan kerusi lain. takkan la saya nak duduk di atas kerusi tu. jatuhla nanti.. Macam-macam ragam hari pertama di sekolah.

Sunday, January 4, 2009

Hari ni nak balik Semporna

Tugas tetap tugas.. sekarang da sampai masanya untuk kembali menjalankan tugas sebagai GURU. tahun 2009 ini memberikan satu cabaran yang besar buat saya. ape dia yek...
  1. Guru Kelas 6 Bersih
  2. muridnya 42 orang ye
  3. pelbagai tahap kecerdasan (multiple intelligence)
  4. ada yang pandai baca dan ada yang tidak pandai membaca
  5. Guru Matematik Tahun 6
  6. lain-lain... Penolong SU I
  7. lain-lain..Guru ICT
dan pagi nie..tengah buat final packing.. harap-harap semua lengkap.
ok BORNEO, HERE I COME....

Thursday, January 1, 2009

Kedai Ayah & Ibu


Goodbye 2008...hari terakhir dan penutup bagi tahun 2009. maknanye kedai ayah & ibu da berusia 28 tahun. ayah berniaga sejak dia bujang dari tahun 1980 sehingga sekarang. banyak pengalaman manis dan pahit kami sekeluarga harungi sepanjang saya menempuh hidup di Bandaraya Kuala Lumpur ini selama 24 tahun.

ini mesin Jahit Tepi kesukaan saya.. Boleh Jahit dengan Laju.
kat depan tu mesin jahit tepi tudung

Bermula tahun 1980 hingga 1996, ayah berniaga kedai menjual alat-alat tulis. masa tu hidup di KL, nak kata hidup mewah...tak jugak..ayah pun xpakai kereta lagi. then, bila saya dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang..masa tu memang hati ini berkobar-kobar ingin belajar di sana. tapi apakan daya ayah kesempitan wang masa tu. nak pindah rumah lagi kat setapak. Jadi saya pun dihantar ke Sekolah Agama Ar-Rahmah Kenali yang kini dikenali Maahad Rahmah Kenali. Duduk asrama jugak la. Walaupun pada masa tu, saya ni layak ke Sekolah Naim, ada kazen nak tolong. tapi ayah tengah serabut ngan masalah kewangan dan akhirnya tetap la saya bersekolah di Rahmah Kenali.

bermula tahun 1997..kami sekeluarga sudah pun berpindah ke Setapak. Ayah pun beli motor honda dari member dia untuk berulang-alik ke kedai. sebab kedai tu je la Periuk Nasi kami. Memandangkan ada 2 orang adik yang bersekolah di keramat, agak sukar untuk ke sekolah tiap-tiap hari dari setapak dengan motorsikal. Penyelesaiannya, ayah, ibu(ma), 2 orang adik saya terpaksa tinggal di kedai selama hari persekolahan kecuali weekend. Saya pula belajar di Kelantan masa tu dan tidak merasai pengalaman tidur di kedai yang sempit, panas dan persekitaran yang bising sebab pada waktu malam, pasar keramat menjadi tempat mainan budak-budak.



Ape yang ayah jual di kedai masa tu. Hanya keropok, budu dan sedikit peralatan alat tulis. Ketika itu, Malaysia dilanda kewgawatan ekonomi dan ini turut menjejaskan perniagaan ayah sehingga kami sekeluarga tidur di loteng (ayah bina loteng di atas kedai). Macam-macam pandangan warga Pasar terhadap Ayah & Ma termasuk anak-anaknya sekali. Sehingga saya sendiri dapat merasakan pandangan HINA dari salah sesetengah Peniaga di Pasar Keramat semenjak saya kecil lagi. Walaupun, tiada sebarang kata-kata dilontarkan. Tapi saya dan adik-adik cukup paham pandangan HINA itu.

Alhamdulillah, Ma ada kemahiran menjahit. Skill menjahit Ma tu la yang membantu kewangan kami sekelurga. itu pun berapa sangat la yang Ma dapat dengan berbagai lagi bil yang perlu dibayar. Maklum la tinggal di bandar. Jadi, perlahan-lahan kedai ayah berubah kepada kedai Jahit (menjual alat-alat jahitan dan tempahan jahit tepi). Di kedai itu juga bermulanya saya belajar jahit tepi baju.

Bila keadaan ekonomi meningkat, kami sekeluarga tidak lagi tidur di kedai. Alhamdulillah. Keadaan kami agak baik jika dibandingkan dengan dahulu. Sebab itu la, bila masa cuti jangan harap la saya ni kerap nak update blog. Sibuk tolong Ayah & Ibu menjahit di kedai ada la.. heehee.. Bila terkenang balik sejarah hidup.. kadang-kadang leh menitiskan air mata. Setiap insan ada dugaan masing-masing.. Pandai-pandai la kita harunginya asalkan pada landasan yang betul.