Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, December 8, 2009

Daeng Mempawah Bergelar Hang Tuah


Aku membelek majalah Kuntum adik aku neh.. aku tertarik n nak baca CERITA KLASIK MELAYU neh.. saja nak berkongsi..


Diambil dari Majalah Kuntum (September 2005)




"Pantang anak Melayu memulangkan pemberian orang! Kita rasa elok kalau diubah namanya sebagaimana nama anak-anak Melayu kita di Melaka ini." (Sultan Mansur Shah)

"Ampun Tuanku, cadangan Tuanku itu patik berdua (Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja) amat bersetuju! Berilah dia apa juga gelaran pada batang tubuhnya yang agak-agak serasi dengannya, Tuanku!"

"Ya! Kalau begitu, kita gemar kalau kanak-kanak ini kita namakan HANG TUAH sahaja! Moga-moga dia akan membawa tuah kepada Mamanda! Kepada kerajaan kita, dan seluruh rakyat yang berbangsa Melayu ini!"

"Titah dijunjung di atas batu jemala patik, Tuanku!" sembah mereka berdua.

Kemudian sekalian yang hadir di balairong seri itu pun berseru tiga kali dengan kuatnya, "Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"

Atas jasanya itu, Orang Kaya Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun telah diberi anugerah persalinan oleh baginda Sultan.



1 comment:

mremzack said...

kat kedah lagi banyak hang... Hang buat apa, hang pi mana, hang nak apa, mak hang, pak hang. ... hang bodo pun ada.