Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, October 12, 2009

Kota Kinabalu - Day 2

Program 12.10.09 ......
  1. Melawat Muzium Negeri Sabah
  2. Melawat Muzium Tamdun Islam
  3. Lunch
  4. Melawat Arkib Negeri Sabah
  5. Pantai Tanjung Aru


ni haaa.. gaya-gaya anak murid aku bergambar..
macam-macam peel..


penimbang berat... boleh ke timbang berat aku?



Radio antikk



Canopy Walk yang tak adventure sangat..
tp bagi aku ini daya penarik muzium di sini...
Kena rentas ini menuju ke Model Rumah2 Penduduk Sabah..



Sempat plak aku mintak tlg ngn PK Kokum snap kan gambar aku..



buaian kayu... di rumah Bisaya
Sangat la menarik perhatian aku..
lamin -ruang tempat tidur kaum Bisaya..



dapur di rumah Bajau
Bajau Kota belud..


Punya la aku excited nak menapak ke rumah Bajau ni.. Mati-mati aku ingat Bajau Laut Semporna... Rupanya Bajau Kota Belud.. Beza Bajau Kota Belud ngan Semporna... Bajau Kota Belud amat masyhur dengan menunggang kuda yang dihiasi dengan berwarna-warni semasa hari keramaian..


Tapi, Bajau Laut Semporna terkenal dengan kehebatan berenang dan pelayar laut.. sah kalu nek bot ngn derang ni tak sesat.. kalu aku yg bawak.. ntah-ntah tak sampai ke pulau.. dok teroleng-oleng di tengah laut.. dan Bajau Laut sini terkenal dengan Pesta Regata Lepa.. Akan ada si cewek-cewek mengalai (menari) dengan lemah-gemalai di atas bot yg teroleng-oleng tanpa rasa mabuk.. hebat.. dapat kt aku.. mau aku peluk kerusi bot.. mabuk punya pasal..



bergambar di hadapan Muzium Tamadun Islam
Kebosanan menunggu ketibaan van untuk mengangkut kami
pergi melantak makan tengah harii.. adeh!! panasz..




makan nasi beserta 'AGANG' katanya kakak cikgu2 ni..
Aku try la.. 'AGANG' ni dibuat dari ubi..
boleh tahan gak la rasanya.... asal boleh telan..




melawat arkib plakss..



ni antara dokumen yang telah diawet dengan
magnesium sulfat (tak silap la..aku lupa)..
dokumen akan tahan antara 20- 50 tahun..




iklan BOVRIL dulu kala..
lukisan pun dilukis tangan jer..



dan,, aktiviti seterusnya ke Pantai Tanjung Aru. memula tu aku tak nak la join bebudak ni bersuka-ria.. aleh2 aku pun ikut join sama.. cuma aku rendam kaki je la dalam air laut.. nak mandi malas sbb tak bw bju spare..


menengok atau bermain sama2 gals???



join bebudak laki plaks... nak wat bentuk ape ni?



cikgu dok melantak buah... tunggu jap lg aku dtg join sama...




berlatarbelakang kan senja nan merahhh..




Keindahan pemandangan senja di Pantai Tanjung Aru...


Aktiviti dan hari yang cukup padat... adehh.. letih..



2 comments:

is said...

best yer dapat wat lawatan ke muzium sabah...entah bila la dapat jejak situ ;)

NiK SeNsEI said...

itu la.. sampai cekgunya menumpan sama...